Tak sangka dapat makan dalam sungai sambil merendam kaki dan menikmati makanan. Itulah pengalaman menarik dan unik yang boleh anda rasai apabila ke BBQ Lamb Kemensah.

makan dalam sungai
Imej via [travellah]

Makan dalam sungai juga amat menyeronokkan apabila ditambah pula dengan menu yang dihidangkan. BBQ Lamb Kemensah menyediakan menu western sebagai hidangan utamanya. Memang sedap betul!

Suasana Dan Kemudahan Di BBQ Lamb Kemensah

Walaupun makan dalam sungai, BBQ Lamb Kemensah juga mempunyai ruang makan di bahagian atas. 

Untuk pengetahuan anda, bagi pelanggan yang makan di bahagian atas boleh terus ambil tempat dan makan. Manakala bagi yang mahu makan dalam sungai perlu menunggu turn masing-masing. 

makan dalam sungai
Imej via [ig]

Bagi memudahkan anda, sebaiknya booking terlebih dahulu sebelum datang. Jika booking, akan ada ruang makan yang disimpankan untuk anda. Jadi tidak perlu tunggu lama.

Tak perlu risau tentang cuaca panas, kerana anda disediakan topi pada tengahari untuk elakkan daripada berpanas-panasan.

Tips Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb Kemensah

Anda perlu berhati-hati dengan barang peribadi seperti beg, kasut dan sebagainya. Takut barang dari beg jatuh dalam sungai dan takut kasut dibawa arus sungai.

makan dalam sungai
Imej via [thisisreef]

Untuk tempat letak kereta pula, ianya agak sukar kerana tanah persendirian. Namun begitu, ada parking yang sesuai boleh anda gunakan. 

Menu Makanan Di BBQ Lamb Kemensah Selangor

Makanan yang disediakan di BBQ Lamb Kemensah ini berkonsepkan western. Walaupun western, tetapi menu makanan disini tetap menyediakan nasi, lebih kenyanglah macam ni!

makan dalam sungai
Imej via [smartlocal]

 Antara menu yang boleh anda cuba adalah nasi berempah, BBQ Lamb, seafood platter, smokey duck rice, smokey lamb, seafood couple, chicken grill dan banyak lagi.

makan dalam sungai
Imej via [trip]

Selain itu, menu pilihan dan kegemaran ramai untuk makan dalam sungai ini adalah nasi daging itik dan BBQ Lamb. Anda juga boleh menikmati Lobster Cheese yang sukar ditemui di restoran lain.

makan dalam sungai
Imej via [ayuarjuna]

Bagi menu makanan yang dihidangkan, tekstur makanan adalah kemas dan bersih, sangat menyelerakan.

Terdapat juga Set makanan untuk ramai orang makan. Namun, harganya juga agak sedikit Mahal. Bagi yang nak makan beramai-ramai, anda boleh mengambil set makan untuk ramai makan. Yang penting, puas hati dengan hidangan tersebut, malah anda dapat lauk pauk atau jenis makanan yang banyak pula tu.

makan dalam sungai
Imej via [kaori]

Boleh dikatakan hidangan di sini adalah set western yang menarik dan pelbagai. Yang penting kenyang! 

Bersebelahan dengan sungai, sememangnya tempat makan di Selangor ini sangat santai dan tenang. Datang awal untuk elak daripada ramai dan perlu menunggu. Jika ingin makan di dalam sungai, perlu booking awal. Semestinya makan di BBQ Lamb Kemensah ini merupakan pengalaman yang sukar anda dapatkan di mana-mana restoran.

makan dalam sungai
Imej via [fb]

Lokasi: 19, Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: 12 tengahari – 12 malam

No telefon:  012-2114100

Jom baca juga tempat makan menarik di Kak Su Laksa Perlis, Warung Kak Eta dan Zulyahya Steamboat.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.