Ruma Puteh KL menjadi tempat makan pilihan ramai yang mahukan satu kelainan. Jika ada yang bertanya tentang tempat makan romantik atau instagrammable di KL, pasti ramai yang akan mencadangkan restoran ini.

Selain rasa makanan itu sendiri, ramai yang mencari tempat makan yang mempunyai persekitaran yang bersih, selesa dan cantik bagi menambah ‘feel’ makan itu sendiri.

Jika anda berada di Kuala Lumpur dan mencari restoran yang lengkap dari segala aspek ini, Ruma Puteh KL pasti memuaskan citarasa anda. Nak tahu konsep, menu dan maklumat lain, jom tengok dan terokainya!

Keunikan Ruma Puteh

Ruma Puteh KL sebenarnya adalah sebuah perumahan namun telah diubah suai menjadi kafe yang sangat unik dan cantik. Pasti ada yang pernah melihat kafe ini di media sosial kerana pernah tular dengan kecantikan tempatnya.

Bukan sekadar tular dan estetik, kafe ini memiliki sijil halal. Oleh itu, bagi pengunjung muslim anda boleh menjamu selera di sini tanpa ragu-ragu.

Bagi mereka yang tidak mengetahui lokasinya,  kafe ini berada berdekatan Istana Budaya dan Taman Tasik Titiwangsa. Lokasi yang sememangnya strategik kerana selepas anda penat mengunjungi tempat menarik tersebut, perut pasti terasa lapar. Jadi, datanglah ke sini!

Bukan sahaja mudah dicari, malah parkir juga luas. Anda boleh memarkir kereta di tepi jalan berhadapan kafe atau di parkir Istana Budaya.

Konsep dan Dekorasi Kafe

Sebaik sahaja anda masuk ke perkarangan kafe, anda akan melalui pintu gerbang unik yang berwarna-warni. Ia merupakan salah satu port kegemaran ramai pengunjung untuk bergambar.

Ruang makan juga luas dan selesa. Pilih sahaja untuk makan di perkarangan kafe yang berkonsepkan alam atau ruang minimalist berpendingin hawa di bahagian dalam. Apa yang pasti, kedua-dua ruang sangat instagrammable!

Dekorasi luaran kafe dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan menghijau, persis dalam taman. Nak makan sambil hirup udara yang segar di tengah-tengah kota? Ini tempat yang sesuai buat anda!

Dekorasi dalaman pula lebih minimalist dengan warna yang tenang selain putih iaitu warna biru turqoise. Tak cukup dengan itu, ruangan dalaman dihiasi dengan lampu chandelier yang membuatkan sudut lebih estetik.

Ramai yang ke sini untuk mengambil gambar sambil menjamu selera. Jadi, jangan ketinggalan untuk bergambar di pelbagai sudut setelah menjamu selera. Hasil gambar pasti memuaskan lebih-lebih lagi buat mereka yang datang pada waktu kemuncak iaitu tengahhari.

Menu dan Harga

Kafe yang menggunakan warna putih sebagai warna majoriti di setiap sudut ini menyajikan pelbagai makanan enak. Walaupun kafe ini kelihatan moden, namun sajiannya berkonsepkan makanan tempatan. Namun jangan risau, ada beberapa pilihan makanan barat buat pecita ‘western food’.

Tak mahu makanan yang berat atau mahu sekadar mengopi? Anda pasti jatuh cinta dengan aneka pencuci mulut dari pastry, kek, ais krim dan sebagainya.

Antara menu pilihan ramai termasuklah Nasi Kerabu Puteri Saadong, Nasi Lemak, Laksa Bugis dan Lontong Darat. Buat pecinta ‘western food’, aneka burger, pasta, salad dan lain-lain boleh anda pilih dengan berselera.

Jika dilihat di senarai menu Ruma Puteh KL, anda pasti rambang mata untuk memilihnya. Bukan sahaja makanan, malah aneka minuman ditawarkan terdiri daripada kopi, jus, teh dan lain-lain. Dapat minum Smashing Apple, Orange Sunrise dan Velvet Lime sewaktu cuaca terik, pasti dapat menyegarkan tekak dan hilang dahaga.

Ramai yang mengatakan harga menu-menu di sini sedikit tinggi. Namun harga yang tinggi sudah pasti berbaloi dengan rasa, layanan, suasana dan perkhidmatan yang diberikan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat tambahan, Ruma Puteh KL sesuai dijadikan lokasi untuk sebarang penganjuran majlis termasuk sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya. Banyak juga yang jadikan lokasi pengambaran.

Sekiranya anda ingin datang, membuat tempahan awal atau mengetahui maklumat lebih lanjut, layari laman berikut:

Facebook: Ruma Puteh

Instagram: Ruma Puteh

No telefon: 017-300 4909

Lokasi: 60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 7.00 malam)

Jom ajak pasangan, keluarga atau rakan-rakan ke Ruma Puteh KL untuk menikmati pelbagai juadah aneka selera di ibu kota. Para instagrammable dan food hunter, ini port terbaik buat anda! Masukkan kafe estetik ini sebagai lokasi perlu dikunjungi sewaktu percutian anda.

Tunggu apa lagi? Jom rancangnya sekarang!

Nak tahu lebih banyak tempat menarik yang berada di Kuala Lumpur? Nah, ini artikel rujukan buat anda bagi memudahkan percutian seronok di negeri ini!

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.