Zaman sekarang, tidak dinafikan memang susah untuk mencari kedai makan yang menawarkan harga yang murah. Kebanyakannya pasti menawarkan harga yang mencekik darah.

Walaupun ada yang menawarkan harga yang murah, kualiti makanannya juga pasti meragukan. Pendek kata, memang susah nak cari restoran yang bukan sahaja menawarkan harga yang murah, malah menyediakan makanan yang enak.

restoran tok keramat

Imej via Foursquare

Namun, perkara yang sebaliknya berlaku di sebuah restoran di Jitra ini. Restoran Tok Keramat ini sangat terkenal dengan aneka jenis masakan kampung yang enak dan murah. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentangnya!

Kepelbagaian Jenis Hidangan yang Bikin Ramai Rambang Mata

lauk @ restoran tok keramat

Imej via Foursquare

Hidangan di Restoran Tok Keramat ini kebanyakannya berasaskan masakan kampung. Lauk-pauk yang disediakan memang cukup berbagai. Sebut sahaja yang mana terlintas di minda, pasti ada!

sotong bakar @ restoran tok keramat

Imej via Facebook

Antaranya ialah gulai kawah, kurma daging, ayam goreng dan banyak lagi. Lauk yang menjadi rebutan ramai ialah semestinya lauk yang dibakar seperti ikan bakar, ayam bakar dan sotong bakar. ulam-ulaman @ restoran tok keramat

Imej via FoursquareSelain itu, ulam-ulaman juga ada beraneka jenis di sini. Ada ulam pucuk paku, petai, kacang botol dan banyak lagi jenis ulaman. Dicicah pula bersama sambal belacan mereka yang cukup pedas, pasti lebih ‘kaw!

Harga yang Ditawarkan Mengejutkan Ramai

Agak-agak kenapa ramai terkejut dengan harga yang ditawarkan? Semestinya kerana harga makanannya yang sangat murah. Untuk sesetengah restoran yang terkenal, pasti harga makanannya mahal, namun tidak di sini.

harga murah @ restoran tok keramat

Imej via Foursquare

Walaupun banyak lauk yang dipilih, namun harga yang boleh didapati untuk sepinggan boleh mencecah kurang RM10! Mana lagi kedai makan yang menawarkan harga semurah Restoran Tok Keramat ini? Susah nak cari!

Menu Sarapan yang Tidak Kurang Hebatnya

Restoran Tok Keramat bukan sahaja menyediakan makanan tengahari, malah untuk sarapan pun ada. Menu sarapan di sini juga seenak dan semurah makanan tengahari yang lain.

pek nga @ restoran tok keramat

Imej via Foursquare

Antara menu sarapan yang anda boleh cuba ialah roti jala, roti canai, roti Arab dan banyak lagi. Kami cadangkan agar anda cuba pek nga, lempeng orang Utara yang cukup terkenal di sini. Lebih enak dimakan bersama gulai ikan!

Banyak Lagi

Kuih-muih tempatan juga ada dijual di sini. Boleh juga ditambah dalam hidangan anda sebagai pelengkap rasa atau sebagai makan petang. Antara kuih-muih yang disediakan ialah cucur badak, ketayap, karipap, kuih seri muka dan banyak lagi.

coconut shake @ restoran tok keramat

Imej via Facebook

Selain itu, ada beberapa kiosk yang  yang menjual makanan dan minuman, Dari makanan berat ke snek, semuanya ada. Jadi singgah sahaja di kiosk yang anda berkenan.

Kesimpulan

Memang banyak tarikan istimewa di Restoran Tok Keramat ini. Tidak hairanlah ianya begitu terkenal di Jitra. Bukan sahaja di Jitra, malah di serata negeri. Buktinya, ramai pelanggan di sini yang datang dari jauh, memang kuat pengaruhnya!

Jika anda ingin singgah di restoran ini, kami sarankan agar anda datang awal kerana dikhuatiri lauk-pauk habis. Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Selamat menjamu selera!

Alamat: Jalan Ilmu, 06000 Jitra, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 4 petang

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.