Ikan bakar sememangnya antara menu hidangan yang sering menjadi pilihan ramai.

Tambahan pula dimakan bersama air asam yang cukup ramuannya. Sudah pasti, kecur air liur dibuatnya.

Restoran Sisik yang telah beroperasi sejak tahun 2014, menghidangkan pelbagai pilihan makanan Kampung dan antara menu yang sering mendapat permintaan ramai adalah menu Ikan Bakar Umbai serta Asam Pedas Melaka.

Pada awalnya restoran ini dikenali sebagai Resepi Warisan Tok.

Namun, restoran ini telah dijenamakan semula dengan nama Restoran Sisik.

Ikan Bakar

Imej via facebook

Menu Utama

Memandangkan ikan bakar menjadi menu utama di restoran ini, pemilik restoran ini telah mengolah sendiri resepi ikan bakar untuk dihidangkan kepada para pelanggan demi menjaga mutu serta menjaga kepuasan pelanggan yang datang.

Resepi yang digunakan sebagai perapan ikan bakar merupakan ramuan asli dari Melaka dan ternyata ikan bakar yang terdapat di sini sangat berbeza dengan ikan bakar di restoran lain serta mempunyai keunikan yang tersendiri.

Para pelanggan boleh memilih pelbagai jenis ikan yang dibakar dengan rempah khas serta disirami dengan air asam dan dihidangkan semasa masih panas.

Gulai Tempoyak

Imej via facebook

Hanya Ikan Segar dan Terbaik

Hanya ikan – ikan segar sahaja dijadikan ikan bakar di sini demi menjaga kepuasan pelanggan.

Adunan rempah ratus yang diilhamkan sendiri oleh pemilik restoran sememangnya menjadi kegilaan para pelanggan.

Restoran ini turut menyediakan pelbagai menu hidangan lain dan antara yang turut menjadi pilihan adalah asam pedas Melaka yang asli.

Kuahnya yang pekat, likat serta cukup rasanya sering mendapat pujian pelanggan yang datang menjamu selera di sini.

Asam Pedas Melaka

Asam pedas Melaka ini dihidangkan bersama pelbagai pilihan ikan dan dihidangkan panas – panas buat para pelanggan.

Sudah pasti, ia membuka selera para pelanggan yang sedang kelaparan.

Asam Pedas

Imej via facebook

Restoran ini bukan sahaja menyediakan menu makan tengahari, namun anda boleh juga menjamu selera di sini pada sebelah petang.

Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu

Menu yang boleh anda cuba jika berkunjung ke restoran ini pada sebelah petang pula sudah tentulah Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu yang begitu berbeza.

Menu ini bermula pada jam 4.00 petang sehingga jam 10.00 malam.

Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu ini dimasak di dalam buluh yang dialas dengan daun pisang serta daun pandan dan dikukus sehingga masak.

Nasi Lemak Buluh Perindu

Imej via facebook

Nasi lemak ini dihidangkan panas – panas kepada pelanggan dan sudah tentu aroma gabungan daun pandan, daun pisang serta buluh ini membuatkan anda tidak sabar untuk menjamu selera.

Sudah pasti perut semakin kuat berkeroncong meminta diisi dengan nasi lemak tersebut.

Nasi lemak ini boleh dimakan bersama lauk pauk pilihan yang disediakan seperti sambal udang galah petai, sambal sotong, rendang ayam dan juga paru berlada.

Pelbagai Menu Pilihan

Selain itu juga, jika anda tidak mahu menikmati nasi lemak sebagai hidangan, anda boleh juga memilih pelbagai menu lain yang terdapat di sini.

Usah risau kerana restoran ini menyediakan sehingga 200 jenis pilihan makanan serta minuman buat para pelanggan.

Sudah tentu ada menu yang pasti menjadi pilihan anda.

Lokasi Menarik

Kedudukan lokasi restoran yang terletak di hadapan Blok A GM KLang membuatkan ia sering menjadi tumpuan para pelanggan yang datang ke GM Klang.

Sudah pasti setelah anda penat membeli belah di GM Klang, perut juga pasti terasa lapar.

Jangan lupa singgah dahulu ke Restoran Sisik ini sebelum pulang ke rumah supaya perjalanan pulang anda nanti berjalan lancar tanpa perlu tercari – cari tempat makan yang sedap untuk menjamu selera.

Alamat : Restoran Sisik, No 32, Jalan Kasuarina 1/KS, Bandar Botanic Klang( Depan GM Klang)

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.