Semua orang mesti suka makan ramai-ramai dalam dulang. Makan berkongsi bersama sebenarnya lagi seronok sebab dapat rasa macam-macam lauk dan dapat luangkan masa dengan orang tersayang.

Dekat sekitar KL pun dah ada banyak restoran yang menawarkan menu ‘platter’ besar. ‘Portion’nya yang banyak boleh dikongsi berdua sehingga enam orang!

1. A & J Burgergrill & Western

A&J Burgergrill & Western

Imej dari Malayfoodlicious

Makanan western dekat sini memang sangat-sangat ‘recommended’. Macam-macam yang ditawarkan dari steak sampai ke pasta semua ada. Set talamnya punyalah besar sehingga boleh dikongsi enam orang. Jangan lupa juga untuk cuba menu istimewa burger bakar dan nasi goreng kambing yang cukup padu!

Alamat : Lot A24549ARMA, Jalan Sungai Merab, 43000 Kajang
Waktu Operasi : Ditutup pada hari Isnin. Selasa hingga 4.00 petang hingga 11.30malam.
Sabtu dan Ahad : 12.0 tengah hari hingga 11.30 malam

2. ICE BUCKET

Ice Bucket

Imej dari Ice Bucket

Siapa tak suka ‘dessert’? Lebih-lebih lagi masa cuaca panas, memang sedap dimakan. Jom singgah nikmati ais parut di Ice Bucket! Ais parutnya bukan biasa-biasa. Ia dihidangkan dengan pilihan buah-buahan segar, aiskrim dan biskut. Topping warna-warni pun ada. Nama pun Ice Bucket, memang takkan habis seorang kalau pesan satu. Kalau rasa lapar, dekat sini pun ada jual makanan western, burger dan laksa yang sedap-sedap.

Alamat : L2 – 18, IOI City Mall, IOI Resort, 62502 Putrajaya, Selangor
Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

3. EXPERIMENT KITCHEN

Experiment Kitchen

Imej dari Facebook

Kalau bab hidangan menu dalam talam, restoran yang satu ini memang cukup terkenal. ‘Review’ dari pelanggan dan pengkritik makanan memang cukup memberangsangkan. Sampai rancangan televisyen JJCM pun pernah bertandang ke sini. Ada seafood platter, western platter.

Lihat sendiri berapa banyak makanan yang dihidangkan dalam satu talam. Memang puas hati!  Jangan lupa juga untuk cuba menu burger nya. Yang paling unik sekali pastinya ‘softshell crab’ burger.

Alamat : No. 10G, Jalan Cheras Maju,, Pusat Perniagaan Cheras Maju, Balakong, 43200 Cheras 9 Miles, Selangor
Waktu Operasi : Ditutup pada Isnin, Selasa hingga Khamis & Ahad: 5.30 petang hingga 1.00 pagi, Sabtu 5.30 petang hingga 11.30 malam

4. COBOROY CAFE

Coboroy

Imej dari Malayfoodlicious

Tak ada tempat lain lagi yang anda boleh dapat seafood platter bermula harga RM20! Walaupun untuk portion seorang, tapi macam-macam lauk disertakan.

Antaranya lauk ketam sambal, lala masak kicap berlada, udang buttermilk, sotong goreng tepung lengkap dengan nasi putih. Ramai juga yang recommend untuk cuba menu buttermilk seafood atau ayam dekat sini. Katanya antara yang terbaik yang ada di luar sana.

Alamat :Rimba Jaya, 41300 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 12.00 tengah hari hingga 12.00 malam

5. GEGEY

Gegey

Imej dari Gegey

Jangan lupa untuk serbu kedai ni kalau anda peminat makanan western dan hidangan Kelantan. Antara platter paling terkenal dekat sini semestinya platter colek siap dengan lokching, Nasi lemak seafood platter, dan Gegey seafood platter.

Kalau rasa nak makan nasi, banyak juga pilihan yang ada dekat sini termasuk nasi kerabu, nasi peemak dan nasi gegey. Ice blendednya yang cukup meriah dengan potongan kek dan macam-macam manisan warna-warni sebagai topping sangat menarik untuk dicuba.

Alamat : -Jalan Diplomatik 1, Presint Diplomatik, 62000 Putrajaya
– No. 12 & 14, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam

Waktu Operasi : Ditutup pada Isnin, Selasa hingga Ahad : 12.00 tengah hari hingga 11.00 malam

6. NY STEAK SHACK

NY Steak Shack

Imej dari becky-wong.com

Hidangan western cukup istimewa dengan gaya New York asli. Antara menu yang ‘recommended’ ialah dalam rangkaian sharing platter. Poultry Platter iaitu kombinasi ayam dalam talam yang disertai dengan nasi labu, sayur dan kentang goreng dan ‘sizzling duck chop’.

Kalau ‘beef platter’ ia didatangkan dengan NY Striploin sizzling, manakala lamb platter dihidangkan bersama sizzling lamb leg. Harganya pula cukup berbaloi dengan hidangan ‘western’ premium sebegini.

Alamat :Lot No. L6-R11 & L6-R11A, 6th Floor Kompleks Sogo, 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kompleks Sogo, 50100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 10.oo pagi hingga 9.00 malam

7. NASI DAGING UTARA SEDAP BAQ HANG

Nasi Daging Utara

Imej dari Twitter Viralfoodcrew

Kalau tiba-tiba teringin nak makan nasi daging, tak perlu ‘travel’ jauh ke Kedah. Resepi istimewa ini khas daripada Pendang ini sekarang dibuka di Shah Alam. Makan dalam talam dihidangkan untuk dua hingga enam orang. Pekena pula dengan air dalam jag tinggi macam menara, memang menyelerakan!

Alamat : No.19 Jalan U3/3BK,Pusat Perniagaan Subang Seksyen U3
Shah Alam
Waktu Operasi : 12.00 tengah hari hingga 12.00 pagi

8. KEDAI MAKAN FEI & ALI

Fei & Ali

Imej dari Twitter

Restoran Fei & Ali menghidangkan masakan fusion yang pasti membuatkan anda teringat-ingat. Sambal Platter dengan lauk sambal udang,sambal sotong sambal ikan dory serta kepak ayam dan sayur cukup berbaloi dikongsi untuk 4 orang.

Western platternya juga cukup istimewa lengkap dengan hirisan daging, kambing, kepak ayam, butter rice dan dua jenis pasta. Makanan lain seperti burger, aneka nasi dan pencuci mulut seperti kek dan waffle pun ada bagi melengkapkan juadah.

Alamat :22, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : Ditutup pada Isnin, Selasa hingga Khamis : 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang, 6.00 petang hingga 10.30 malam, Jumaat : 12.00 malam hingga 4.00 petang, 6.00 petang hingga 11.00 malam, Sabtu dan Ahad 12.30 tengah hari hingga 11.00 malam.

Walaupun kebanyakan hidangan talam berkonsepkan western, namun setiap satunya menghidangkan dengan cara berbeza dan tersendiri.

Western unik seperti platter nasi lemak, nasi daging dan sambal platter pula sesuai untuk yang lebih gemarkan hidangan dengan nasi. Apapun, hidangan platter adalah pilihan yang terbaik untuk yang mahu mencuba pelbagai menu dalam satu masa dan peluang untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan.

Penulis: Nazirah Hassan

Penulis yang gemar 'travel' dan mencuba tempat makan baru.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.