Patin Tempoyak semakin mendapat tempat di hati semua. Malah, ia bukan sahaja menjadi kegemaran masyarakat Melayu, namun turut diminati oleh masyarakat Cina, India dan masyarakat luar. Untuk menikmati hidangan istimewa ini, pelanggan sudah boleh menikmati hidangan tersebut tanpa perlu ke Temerloh lagi.

Pelbagai Jenis Ikan Air Tawar

Selain ikan patin, terdapat ikan sungai lain seperti kelah, jelawat, tilapia, baung, belida, sebarau, kerai, gohok, lampam jawa, seluang dan banyak lagi. Banyak lagi ikan lain yang juga boleh dimasak tempoyak bergantung kepada permintaan dan tempahan dari pelanggan yang boleh dibuat sehari sebelum menjamu selera di sini.

Ikan Patin

Imej via denai

Bagi peminat ikan patin masak tempoyak, anda disarankan untuk untuk datang ke restoran ini dan rasai sendiri keenakan makanan di sini terutamanya ikan patin masak tempoyak dan kulat petai. Pasti anda menambah nasi lagi kerana keenakkan patin tempoyak di sini.

Menu Lain Memikat Selera

Anda juga boleh mencuba pelbagai menu lain yang sememangnya sedap seperti nasi goreng cili padi yang disajikan bersama ikan patin goreng, kupang berlada, ikan pekasam, asam pedas, ikan goreng kenit, pelbagai masakan udang galah yang fresh dan bermacam lagi. Saiz ikan patin tempoyak yang siap dimasak agak besar dan boleh dikongsi bersama 3 orang untuk menikmatinya. Jadi, anda boleh memilih pelbagai menu lain yang boleh dirasai bersama – sama yang boleh dimakan dengan nasi putih.

Ikan Patin

Imej via denai

Restoran ini terletak di Taman Perdagangan Selaseh, Batu Caves, Gombak berhadapan dengan Lebuhraya Duke. Biarpun restoran ini baru sahaja di buka, namun ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Restoran ini di buka bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. Hidangan patin Temerloh di restoran ini juga merupakan hidangan kegemaran penyanyi Malaysia iaitu Najwa Latiff. Beliau sering datang menjamu selera di sini untuk menikmati hidangan kegemarannya iaitu patin tempoyak kerana diakui ianya hidangan yang sangat sedap sehingga menjilat jari.

Bagi anda yang tinggal di kawasan Gombak serta yang berhampiran, boleh datang dan mencuba sendiri ikan patin tempoyak yang sememangnya asli serta segar dari Temerloh. Kebiasaannya menjelang hujung minggu restoran ini sentiasa dibanjiri pelanggan dari sekitar Kuala Lumpur dan juga pelanggan dari luar yang ingin menikmati patin tempoyak yang semakin viral di media social ini.

Ikan Patin

Imej via denai

Harga Pun Murah

Harga patin tempoyak di sini cumalah RM 15.00 untuk satu hidangan. Hidangan lain juga dikenakan dengan harga yang sangat berpatutan. Lauk pauk yang disediakan di sini adalah yang terbaik dan segar dari ladang disediakan buat para pelanggan.

Pastinya anda berbaloi mengeluarkan belanja menjamu selera di sini. Gerenti puas hati. Cuba sekali, pasti akan datang kembali ke sini.

Alamat : No 11-1, Jalan PPS 1, Selaseh Commercial Centre, Batu Caves, 68100 Selangor

Penulis: Harwati Rukari

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.