Sukakan Nasi Padang? Jika ya, ada satu restoran di Penang yang dikatakan ada menyediakan Nasi Padang yang sedap rasanya dan asli resepinya – Restoran Nasi Padang Minang!

Tidak dinafikan, restoran ini merupakan antara restoran yang top di Penang. Buktinya, jumlah pelanggan yang membanjiri restoran sentiasa ramai, terutamanya pada waktu kemuncak.

Tertanya-tanya mengapa restoran Nasi Padang Minang begitu terkenal & hidangan apa yang boleh dicuba? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Nasi Padang, Persis Nasi Padang di Indonesia!

Bagi yang tidak tahu tentang menu ini, Nasi Padang merupakan hidangan Indonesia yang menyajikan nasi putih bersama lauk pauk Indonesia. Nampak sama seperti nasi campur, namun ada bezanya dari segi lauk.

nasi padang minang

Imej via Foursquare

Di restoran ini, Nasi Padang merupakan menu utamanya. Ianya mendapat banyak pujian dari pelanggan dek kerana keasliannya dan keenakkannya. Aromanya juga sangat memikat!

Ada berbagai jenis lauk-pauk yang boleh anda makan bersama menu ini. Sebut sahaja lauk apa yang anda teringin, pasti ada disediakan di ruang lauk-pauknya.

Aneka Jenis Lauk Pauk, Bikin Rambang Mata!

Memang agak mengecewakan bila semangat sudah berkobar-kobar mahu menikmati makanan tengah hari yang enak, tiba-tiba lauk yang disediakan di sesetengah restoran ada beberapa jenis sahaja.

lauk pauk

Imej via Foursquare

nasi padang minang

Imej via Foursquare

Masalah sebegini tidak akan anda hadapi jika anda singgah di restoran ini, kerana lauk-pauk yang disajikan ada berbagai. Kami berani jamin yang pinggan anda akan penuh dengan lauk, percayalah!

Antara lauk yang boleh didapati ialah ayam masak merah, gulai ayam, sambal telur, tempe goreng, dan banyak lagi. Kalau kami senaraikan kesemuanya, sampai Subuh pun tak habis.

Cencaru Goreng Sumbat, Lauk Yang Paling ‘Tip-Top’!

Haa, inilah lauk yang paling mendapat sambutan di restoran ini. Mungkin cencaru goreng kedengaran biasa sahaja buat anda, kerana hampir semua restoran ada menyediakannya.

Namun, menu ini berbeza dengan cencaru goreng di restoran yang lain. Restoran ini menyajikan cencaru goreng sumbat yang bersaiz besar. Ianya disumbat dengan bawang goreng.

cencaru goreng nasi padang minang

Imej via Foursquare

nasi padang minang

Imej via Foursquare

Tertanya-tanya tentang rasanya? Semestinya sedap! Isi ikan yang lembut dan aromanya yang harum mampu bikin sesiapa sahaja ketagih setelah mencubanya.

Sedikit tips, walaupun hidangan ini enak dimakan begitu sahaja, pesanlah sambal kicap bersama. Sambal kicapnya pedas, memang sesuai jika anda cicah cencaru sumbat bersamanya. Terbaik!

Banyak Lagi

Tak lengkaplah Nasi Padang kalau anda tak tambah ulam-ulaman dan sayur-sayuran bersama. Restoran ini juga ada menyediakan pelbagai jenis ulam-ulaman.

Jangan lupa nikmatinya bersama sambal yang disediakan. Kalau dah namanya masakan Minang, pasti pedas sambalnya. Memang padu!

Kesimpulan

Sudah tak sabar-sabar mahu serbu Restoran Nasi Padang Minang? Alang-alang melancong ke Penang, serbu sahaja restoran ini jika berpeluang. Rugi kalau tak datang!

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang bersesuaian kerana dikhuatiri ruang dalam restoran dan ruang parkir penuh.

Alamat: 92, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 3 petang

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Penang? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Best di Penang

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .