Artikel ini berkongsikan senarai nasi dagang Terengganu yang patut anda cuba jika anda berada di Terengganu. Nasi Dagang merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan.
Terdapat perbezaan antara nasi dagang Kelantan dan nasi dagang Terengganu. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.
Tetapi berlainan dengan Nasi Dagang Kelantan, ianya menggunakan beras berbeza yang dikenali sebagai beras dagang.
Apa-apapun nasi dagang adalah menu wajib cuba jika ke negeri kedua-dua ini.Untuk Terengganu, ianya biasanya dimakan dengan ikan tongkol. Nasi dagang mempunyai kuah rempah yang berbeza tetapi seakan-akan kari.Acar timun juga disediakan untuk melengkapkan hidangan ini.
Disini kami kongsikan 5 restoran nasi dagang Terengganu asli yang sedap yang wajib dicuba. Semoga anda menyukai senarai kedai makan yang dikongsikan.
Imej:Foursquare
Salah satu tempat makan nasi dagang yang sedap di Terengganu adalah di Batu Burok. Dengar kata, di sinilah terletaknya restoran Nasi Dagang paling sedap di Kuala Terengganu iaitu Sudut Selera Kak Pah. Ramai memuji dan mengatakan ianya memang sedap dan sukar mencari nasi dagang berkualiti seperti ini.
Alamat kedai Kedai Nasi Dagang Kak Pah ialah Gerai nombor 30 di deretan kedai makan di Pantai Batu Burok.
Selain daripada Nasi Dagang, restoran ini ada juga menjual Nasi Lemak sebagai pilihan. Ini mungkin bagi mereka yang inginkan kelainan menu lain untuk bersarapan. Nasi Lemaknya juga dipuji sebagai menu yang sedap.
Menu di sini hanya dijual khas untuk sarapan sahaja. Kedai ini dibuka seawal pukul 8.30 pagi. Walau bagaimanapun, Nasi Dagang dan Nasi Lemak di sini biasanya akan habis terjual sekitar jam 10.30 pagi.
Pesanan kami, jika anda berhasrat untuk merasa Nasi Dagang yang ini, silalah ke sini seawal ianya dibuka. Jika tidak, melepaslah untuk merasa Nasi Dagang terbaik Negeri Terengganu.
Imej:Facebook
Nasi dagang ini pula terletak jauh dari Kuala Terengganu. Kira-kira 20km. Namun masih ramai yang sanggup datang ke sini kerana ianya tempat makan nasi dagang yang menarik.
Kedai ini lebih dikenali penduduk tempatan dengan nama gerai tepi kubur kerana kedudukannya yang bersebelahan dengan tanah perkuburan itu.Ianya tidak mempunyai kedai tetap, dikatakan merupakan tanah wakaf.Melihat gambar, kami pasti anda tidak sabar untuk ke sini.
Imej:Facebook
Di Kuala Terengganu pula, anda boleh mencuba nasi dagang Kak Jah. Anda pasti tidak akan kecewa.Ianya terletak di Bukit Besar.
Imej:Facebook
Seterusnya nasi dagang yang berada dalam senarai kami adalah Nasi Dagang Mok Ngoh Chendering. Sedikit panjang untuk disebut.Kedai ini terletak di Chendering iaitu 10 km dari bandaraya Kuala Terengganu.
Nasi Dagang Mok Ngoh memang antara tersohor di Terengganu. Dikatakan ianya telah beroperasi sejak tahun 1950 lagi dan menjadi kedai tumpuan pelancong dari luar Terengganu.
Imej:Facebook
Akhir sekali, nasi dagang yang wajib anda cuba adalah Nasi Dagang Warisan Batu Buruk. Nasi Dagang Warisan ini terletak di sebelah stesen Shell dekat simpang Jalan Budiman, Batu Burok. Jadi sebenarnya tidak sukar untuk dicari.
Ianya dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat dan sabtu. Ianya mula dijual pada pukul 9 pagi dan berakhir 12 tengah hari. Satu alternatif kedai nasi dagang di Batu Burok selain Nasi Dagang Kak Pah.
Bagaimana dengan senarai ini? Anda pernah cuba makan di sini? Kongsilah bersama kami tentang pendapat anda tentangnya. Ataupun anda suka gerai yang lain yang mungkin kami tidak tahu? Semoga artikel ini bermanfaat.