Tanjung Dawai yang terletak di Kedah terkenal  dengan warung dan restoran menjual makanan laut segar sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Jika dahulu, Tanjung Dawai hanya pangkalan mendarat ikan yang sibuk. Suasana ini pada waktu pagi dan petang kerana nelayan pulang dari laut. Namun suasana kini, berubah sama sekali. Di Tanjung Dawai kini terdapat lebih 20 gerai dan restoran yang menyajikan makanan laut dengan menu tidak begitu banyak berbeza. Namun ada satu restoran memilih kelainan untuk menyajikan masakan laut berupa menu istimewa gulai ikan sembilang. Restoran Naim Gulai Sembilang yang diusahakan telah membawa tuah dan menjadi tumpuan masyarakat tempatan, malah para pelancong.

restoran naim gulai sembilang

Imej via Facebook

Gerai tersebut terletak berdekatan Dewan Komuniti Bestari Kampung Sungai Pial, kira-kira 3 kilometer sebelum sampai ke pekan Tanjung Dawai.

Makan Gulai Sembilang Dalam Claypot di Restoran Naim Gulai Sembilang

Sajian istimewanya yang cukup popular ialah Gulai ikan sembilang yang dihidangkan dalam claypot panas-panas. Bagi penggemar ikan sembilang, memang sedapnya gulainya dimakan bersama nasi, lauk-pauk lain dan sambal belacan serta ulam-ulaman.

Warung ini dibuka dari 7 pagi hingga 4 petang. Pagi ada nasi bersama lauk-lauk. Gulai sembilang disediakan bermula dari jam 9 pagi. Waktu tengahari tak disediakan lauk-pauk ala buffet, semua ala-carte.

Harga untuk ikan sembilang dikira dalam gram dimana 100g RM7.00. Ada makanan yang dikira dalam gram. Ada juga harga yang dikira ikut berapa orang makan.

menu

Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada kakitangan kerajaan, pegawai polis, peniaga dan pelancong pelbagai keturunan dari sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Selain menu utama iaitu gulai sembilang, Restoran Naim Gulai Sembilang juga turut menyediakan menu lain. Ikan kembong lemak sumbat, sotong goreng, ketam dan udang menjadi tumpuan pengunjung. Semua hasil laut di sini segar sebab dekat dengan laut.  Malah bubur kacang hijau, pulut hitam dan minuman percuma setiap Sabtu serta Ahad.

naim gulai sembilang

Nak tahu rahsia keenakkan gulai sembilang ni?  Rahsianya adalah rempah yang asli iaitu rempah kari itu dicipta sendiri oleh tuannya.  Termasuk juga cara menyiang ikan sembilang tu sendiri. Silap siang ikan akan bau hanyir. Jadi rahsia bagi mengelak ikan sembilang itu berbau hanyir, adalah dengan memicit hidung ikan itu untuk mengeluarkan lendir.

gulai sembilang

Imej via Foursquare

Cara Ke Sana

Naim Gulai Sembilang

Kg Sg Pial, Tanjung Dawai

Bedong Kedah

Telefon: 019-445 5014

Waktu operasi dari jam 7 pagi hingga 4 petang. Dibuka setiap hari dan tutup hari Jumaat. Untuk merasi gulai sembilang datang dari jam 9 pagi keatas.

Nak mudah ini dia lokasi GPS.

GPS:  5.709017, 100.356391

5°42’32.5″N 100°21’23.0″E

 

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.