Bagi seorang food hunter, dia tetap akan mencari cendol yang sedap walaupun sekarang musim hujan. Orang cakap kalau musim panas baru umpphh makan cendol. Di Sungai Petani ada beberapa tempat yang jual cendol yang sedap. Salah satunya Cendol Uncle Usin.

cendol uncle usin

Imej via Facebook

Bagi penggemar cendol, sebelum ini pakcik Husain sendiri yang menjual. Sekarang perniagaan ini diambil alih oleh anaknya. Tapi jangan risau, rasa tetap sama. Jika dulu hanya cendol biasa dan cendol pulut sahaja yang dijual, kini pelbagai jenis cendol ada di sini.

Sebagai orang Malaysia, korang semua mesti pernah menikmati cendol. Cendol yang diramu dengan santan segar, sirap air gula melaka, disira pula di atas gumpalan ais kisar yang sejuk menyamankan.

Nikmat Makan Cendol Uncle Usin

Korang kalau tengok menu cendol di sini mesti terkejut. Ada berbelas jenis cendol yang dijual. Selain cendol biasa dan cendol pulut, ada juga cendol durian (pilihan ramai) dan juga cendol mangga.

Dengan harga serendah RM 2.00 sehingga RM 10.00, korang dah boleh menikmati cendol yang sedap.

Cendol Uncle Usin ini boleh dikatakan sedap. Cukup rasa dan bahan dia cukup banyak. Sesetengah penjual cendol ada yang kedekut bahan. Tapi yang ini memang banyak. Kuah manis dan berlemak. Cukup rasa.

Cendol dah memang sedap, ditambah pula dengan ulas durian yang besar dan gebu. Memang terangkat.

cendol durian

Siapa kata mangga tak boleh dinikmati bersama cendol? Di sini korang boleh cuba cendol mangga yang jarang dijual di tempat lain.

cendol mangga

Gerai yang terletak di tepi pagar Kem Lapangan Terbang ini juga menjual ais kacang (ABC) Jagung Leleh dan juga ais kepal kosong.  Tak rugi jika memesan ais kacang jagung leleh ni. Dah la setinggi Gunung Jerai, bahan pula macam-macam. Ini baru betul ABC.

ais kacang jagung leleh

Kalau korang nak tambah durian atau mangga dalam ais kacang pun boleh. Bagitahu sahaja. Semua jadi.

Tak lengkap jika korang tak order makan sebagai pelengkap hidangan. Ada laksa, laksa sotong, pasembor dan mee rebus. Kalau nak yang ringan sikit korang boleh pesan rojak buah.

laksa

Kombinasi terbaik apabila boleh minum petang cendol dengan laksa.

Konsep kat gerai ni cukup simple. Order, makan dan bayar. Kalau nak bungkus pun boleh. Kuantiti sama banyak makan dan bungkus. Paling penting harga tetap sama.

Nak cuba Cendol Uncle Usin yang lejen ni? Boleh terjah di:

Cendol Uncle Usin

Tepi Pagar Kem Lapangan Terbang. (Sebelah pintu masuk kem).

Jalan Sungai Layar, Sungai Petani.

Waktu operasi : 11:30 pg sampai 6:00 ptg

Buka Rabu hingga Ahad.

Facebook : thecendolicius

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.