KL & Selangor memang ada banyak restoran. Namun, untuk mencari restoran naan sekitar KL & Selangor kadangkala agak susah. Tambahan pula dengan lambakan gerai lain yang memenuhi setiap jalan, memang mencabar!

Tercari-cari restoran naan sekitar KL & Selangor yang boleh anda serbu untuk menikmati naan terlazat? Berikut kami senaraikan 13 restoran naan di KL & Selangor.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

#1 RSMY Best Cheese Naan

Alamat: 11&13, Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 12 tengah malam

Melihat namanya sahaja anda pasti tahu yang naan keju di restoran RSMY Best Cheese Naan ini bukan biasa-biasa. Jika anda pencinta naan, pasti nama restoran ini tidak asing lagi buat anda.

restoran naan kl selangor

Imej via Foursquare

Naan keju di restoran ini memang terbaik. Rotinya tebal dan kejunya juga banyak. Namun begitu, naan keju ini tidak pula memuakkan, malah menyelerakan dan mengenyangkan!

Selain naan keju, naan tandoori dan garlic tandoori juga turut digemari ramai. Alang-alang singgah ke sini, cuba sahaja ketiga-tiganya sekali. Dijamin memuaskan hati!

#2 Murni SS2

Alamat: 53, Jalan SS 2/75, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 8 pagi – 5 pagi manakala Ahad bermula 5 petang – 5 pagi

Restoran Murni Discovery atau lebih dikenali dengan nama Murni SS2 juga turut menyediakan naan yang sedap, khusunya naan keju. Agak-agak apa yang membuatkannya begitu istimewa di sini ya?

restoran naan kl selangor

Imej via Foursquare

Gambar tidak menipu, naan kejunya memang setebal itu! Memang puas jika dinikmati terutamanya jika anda peminat tegar keju. Ianya disediakan bersama kuah dhal dan paling best  – susu cair. Manis dan berkrim!

Ada dua jenis naan keju yang boleh didapati – Naan Garlic Cheese dan yang paling laris, Naan Mozarella Beckham Special. Naan Tandoori Ayam dan Naan Bawang Cili Padi juga boleh anda cuba.

#3 Sri Steven’s Corner OUG

Alamat: Jalan Kelang Lama, 18 & 18A, Jalan Hujan Rahmat Dua, Taman Perindustrian Oug, 58200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 24 jam

Naan keju di restoran Sri Steven’s Corner OUG ini memang dipuji ramai. Walaupun restoran ini menyediakan beraneka jenis menu, namun naan kejunya tetap terjual dengan laku.

naan sri stevens corner

Imej via Foursquare

Ketebalan kejunya memang boleh bikin sesiapa sahaja yang melihat tergoda. Kejunya sampai melimpah keluar, jadi isu ‘kedekut’ keju memang tidak akan timbul sama sekali.

Selain naan keju, naan tandoori juga turut menerima tempias yang sama. Ayamnya bersaiz besar dan cukup kaya dengan rasa. Memang tersangat rugi jika anda tak cuba!

#4 Williams Corner

Alamat: Taman Mayang Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 6.30 petang – 2 pagi manakala Ahad bermula 6.30 petang – 12 tengah malam

Restoran ini bukan sahaja terkenal kerana ia merupakan antara port lepak yang best di Petaling Jaya, ianya juga terkenal dengan naan keju yang lazat!

restoran naan kl selangor

Imej via Foursquare

Kebanyakan restoran menggunakan keju mozarella untuk naan keju, namun berbeza dengan restoran ini yang menggunakan keju cheddar. Inilah yang menyumbang kepada rasa lemak-lemak bekrim pada kejunya, memang memikat!

Di samping rasanya yang enak, ianya juga bersaiz besar. Kalau anda datang ke sini dengan perut kosong, memang tak sah kalau anda tak pesan naan keju di sini.

#5 Restoran Hakim

Alamat: 40, 42, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Jika anda peminat tegar naan keju dan naan tandoori, singgah sahaja di Restoran Hakim untuk menikmati menu-menu tersebut yang juga merupakan antara menu yang laku keras di restoran ini.

naan cheese restoran hakim

Imej via Foursquare

Keliru kerana tak tahu mahu cuba yang mana satu? Cubalah kedua-duanya sekali! Double Cheese Naan Tandoori merupakan gabungan kedua-dua menu ini. Lebih keju pula tu, siapa sahaja yang tak teringin?

#6 Restoran Barra Seksyen 6

Alamat: Seksyen 6, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Mahu cuba berbagai jenis naan? Singgah sahaja di Restoran Barra Seksyen 6 yang terletak di Bandar Baru Bangi ini. Bukan ada naan keju atau naan tandoori sahaja,  ada banyak lagi yang boleh anda nikmati.

restoran naan kl selangor

Imej via Instagram

Antara yang boleh dicuba ialah naan mozarella, naan cheese garlic, naan biasa, naan tandoori dan banyak lagi. Paling best, ada naan mozarella bersama kuah kari kambing. Memang cheesy habis!

#7 Restoran Nathan’s Corner

Alamat: 1, Jalan 6/155, Bukit Jalil, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Waktu Operasi: 24 jam

Kebanyakan naan keju kelihatan sama sahaja dari luarannya. Berbeza dengan naan keju di Restoran Nathan’s Corner ini. Agak-agak apa yang begitu unik tentangnya?

restoran naan kl selangor

Imej via Foursquare

Kejunya bukan sahaja ada pada dalam rotinya, malah ianya juga ditabur di atas naan. Bukan sedikit, tapi memang banyak. Pendek kata, memang penuh dengan keju!

Namun, hidangan ini tidak pula memuakkan. Kuahnya juga boleh tahan sedap, memang rugilah kalau tak pesan menu ini jika ke sini!

#8 Ehsan’s Bukit Jelutong

Alamat: No. 1G, Jalan Bazar P U8/P, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 12 tengah malam

Pernah terdengar tentang restoran Ehsan’s? Restoran ini kian viral di media sosial dek kerana penangan naan keju yang cukup hebat, memang bikin ramai ketagih!

ehsan's shah alam

Imej via Foursquare

Keistimewaan utama naan keju di sini terletak kepada ketebalan rotinya dan jumlah keju yang banyak. Sekali tarik, memang panjang kejunya.

Ada dua jenis naan keju yang disediakan – Naan Cheese Special dan Naan Cheese Garlic. Pesan sahaja yang mana yang kena dengan selera, keenakkanya masih sama juga!

#9 Restoran Mahbub

Alamat: 15-17, Lorong Ara Kiri 1, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:  Setiap hari, 7 pagi – 2 pagi

Restoran Mahbub ini pula terkenal dengan menu briyani seperti Briyani Bukhari dan briyani ayam madu. Namun, naan keju dan naan tandoori di sini juga tidak kurang hebatnya.

restoran naan kl selangor

Imej via Foursquare

Untuk naan keju, Garlic Buter Naan merupakan menu yang wajib anda nikmati. Kejunya agak banyak dan saiz hidangan juga besar, jadi ia bukan sahaja menjamin keenakkan, malah kekenyangan!

#10 Tandoori Hut

Alamat: Ampang Opposite Ampang Point, Taman Dato Ahmad Razali, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 6.30 petang – 12 tengah malam manakala Jumaat bermula 7 petang – 12 tengah malam

Dari luarannya, Tandoori Hut ini nampak seperti restoran biasa sahaja. Namun, anda tak tahu yang sebenarnya ada menu yang sangat terkenal di sini iaitu ayam tandoori.

tandoori hut

Imej via Instagram

Hidangan tersebut boleh dinikmati bersama nasi atau naan. Dek kerana saiz ayamnya yang agak besar, kalau anda makan bersama naan sahaja pun anda akan meninggalkan restoran ini dengan perut yang kenyang. Terbaik!

#11 Restoran Mosin

Alamat: 27, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 24 jam

Naan di Restoran Mosin ini tidak perlu kami perkenalkan lagi, kerana ianya merupakan antara yang cukup terkenal sekitar KL. Wah, agaknya apa yang membuatkannya begitu istimewa sekali?

taj mahal naan

Imej via Foursquare

Dua naan keju yang boleh anda cuba ialah Mumtaz Naan dan Taj Mahal Naan. Naan ini tidak terlalu tebal, rangup di luar namun lembut di dalamnya. Kejunya? Paling menikmatkan!

#12 Briyani Asif Bukit Bintang

Alamat: 7 & 9, Jalan Padang, Jalan, Lorong Walter Granier, Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 11 malam

Walaupun restoran ini terkenal dengan briyani, naan di sini juga tidak kurang hebatnya. Alang-alang anda teringin briyani kambing, pesan sahaja naan sekali.

naan garlic cheese

Imej via Foursquare

Naan yang wajib dicuba ialah Garlic Cheese Naan. Roti yang lembut ditambah pula dengan keju yang menaikkan selera memang boleh bikin sesiapa sahaja jatuh cinta. Oh, jangan lupa pesan Mango Lassi bersama!

#13 Naan Lounge

Alamat: 44, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 pagi – 11.30 malam manakala Jumaat bermula 2.30 petang – 11.30 malam
Restoran makanan Pakistan ini memang terkenal dengan aneka jenis menu. Naan merupakan antara hidangan yang terlaris di restoran Naan Lounge.

naan lounge

Imej via Foursquare

Ada berbagai jenis naan yang boleh anda pesan, namun naan keju merupakan menu signature di sini. Sukakan makanan manis? Cubalah naan nutella, dijamin sedap!

Kesimpulan

Anda pasti sudah tak sabar-sabar mahu serbu restoran naan di KL & Selangor yang kami senaraikan ini, bukan? Jangan lepaskan peluang ini, singgah sahaja sebelum rugi!

Kami juga ingin nasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai, kerana pada waktu kemuncak selalunya ramai pelanggan yang menyerbu. Takut nanti melepas pula.

Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.