Nama Restoran Me’nate pernah dilanda kontroversi selepas salah seorang pelanggannya berkongsi bil berjumlah hampir RM10,000. Tidak cukup dengan itu, timbul pula isu berkaitan dengan seorang selebriti terkemuka tanah air.

 

Restoran Menate Shah Alam
Imej via Facebook

 

Sejak itu nama Restoran Me’nate menjadi viral di media sosial dan meniti di bibir rakyat Malaysia.Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Begitu juga dengan Restoran Me’nate.

Perkara yang nampak buruk telah membuka peluang untuk rakyat Malaysia mengenali dengan lebih dekat pemilik restoran dan keistimewaan di restorannya. Restoran Me’nate muncul di dalam banyak laman web popular seperti The Vocket, Oh Bulan, dan Oh Media.

 

Pengalaman Dalam Penghasilan Steak

Pemiliknya, Mustaffa Othman sebenarnya bukanlah calang-calang orang. Beliau pernah menuntut ilmu dan berpengalaman luas mengenai daging. Segala kesukaran berjaya ditempuhi semasa dia nekad membawa dirinya ke kota London bagi mencapai impiannya. Lebih membanggakan, beliau pernah berkhidmat untuk Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, London.

Maka, bukanlah sesuatu yang aneh bila makanan seperti steak di restorannya menjadi perbualan ramai orang. Pemiliknya pakar dalam memastikan daging yang dimasak adalah yang terbaik. Pendek kata, pelanggan dapat menikmati daging pada tahap Istana Buckingham!

 

Harga Makanan Di Menate Steak House

Sejenis daging yang sering disebut ialah daging dari Jepun yang dikenali sebagai Wa’gyu. Harganya berbeza mengikut berat dan dan bahagian iaitu bermula dengan RM65 untuk 100gm. Semua daging mentah sudah diletakkan harga semasa anda memilihnya. Maka, tidak timbul isu terkejut dengan bil yang diberikan kepada anda selepas makan.

 

Restoran Menate

Restoran Menate

 

Jika anda tidak suka daging atau tidak makan daging lembu, mereka ada pilihan kambing dan ayam, salmon, dan pasta. Menu kanak-kanak juga tidak dilupakan. Antaranya ialah pilihan sosej dengan kentang dan wedges, pepperoni bersama dengan kentang putar, pasta dan pilihan bebola daging. Sebelum terlupa, mereka juga ada menjual burger.

Sebenarnya rata-rata pelanggan memuji masakan di Restoran Me’nate sehingga tiada pilihan khusus atau terbaik untuk dipilih. Oleh itu, jika anda keliru dengan semua menu tersebut, tanya kepada pelayan pilihan mereka untuk anda. Secara keseluruhan, pelanggan amat berpuas hati dengan makanan, tempat dan layanan mereka.

 

Cawangan Restoran Menate Bangi, Ampang, Setapak dan Wangsa Maju

Ada empat cawangan Me’nate Steak Hub yang boleh anda kunjungi iaitu di Setapak, Ampang Jaya, dan Wangsa Maju.

Berikut adalah alamat Me’nate Steak Hub:

Bangi:25, Jalan Medan Pusat 2D, 3B Curve Business Park, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Setapak: C-01-01 & C-01-03, Starpac Point, Jalan Taman Ibukota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur.

Ampang Jaya: 16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, 68000 Ampang Jaya, Malaysia.

Wangsa Maju: 25, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Link, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Sila hubungi 012-9051 1517 / 011-1283 8749 untuk tempahan atau lawat laman Facebook  mereka untuk maklumat terkini berkaitan restoran mereka.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.