Wah, tak sangka dekat Malaysia ada restoran itik panggang halal gaya Hong Kong. Peminat daging itik di Malaysia mesti teruja datang ke Flyin Duck Co dan ingin merasai hidangan itik panggang ini. Sememangnya ia halal!

Pada asalnya, kedai ini dikenali dengan nama Halal Duck Co, namun ditukar kepada Flyin Duck Co. Buat anda yang tidak pernah menjamah daging itik, mungkin kedai yang diusahakan oleh sepasang suami isteri muslim ini akan menjadi kali pertama buat anda merasai itik panggang yang masih panas dan menggiurkan.

itik panggang cyberjaya
Imej via [google]

Sekiranya anda seorang yang sangat skeptikal dengan status halal sesuatu makanan, jangan risau kerana di dalam kedai ini anda akan menemui banyak stiker halal yang terpampang. Usah risau.

itik panggang halal cyberjaya
Imej via [durianpurple]

MENU FLYEN DUCK CO. | Itik Panggang Halal Lazat

Hidangan utama kedai ini semestinya itik panggang sesuai dengan namanya. Ia dijual dengan porsi seekor itik, setengah ekor itik, suku bahagian atas atau bahagian bawah itik. Bukan itu sahaja, mereka turut menjual itik pipa untuk porsi seekor itik dan setengah ekor itik.

Isi daging itiknya yang lembut dan tidak hamis, ditambah pula dengan perapan yang sesuai dengan rasa pasti tidak akan mengecewakan anda. Sos yang disediakan turut memainkan peranan penting bagi melazatkan juadah itik panggang.

itik panggang halal
Imej via [fb]

Selain itu, jika anda tidak ingin menyantap daging itik semata-mata, Flyen Duck Co. turut menyediakan set nasi itik panggang. Set nasinya datang dengan sup bebola ikan, taugeh bawang putih dan hirisan timun.

Nasi dimasak dengan perapan itik membuatkan rasanya lebih unik. Daging itiknya yang ranggup di luar tapi gebu di dalam di makan bersama nasi pasti membuatkan anda terduduk kekenyangan.

itik panggang cyberjaya
Imej via [google]

MENU LAIN FLYEN DUCK CO. | Ayam Panggang Halal

Seandainya anda datang bersama rakan atau keluarga yang tidak makan itik, jangan risau kerana restoran yang diikitiraf halal oleh Jakim ini turut menyediakan ayam panggang. Porsi ayam panggang yang disediakan adalah seekor dan setengah ekor ayam dan suku bahagian atas atau bahagian bawah ayam.

 Seperti hidangan itik juga, terdapat set nasi ayam yang ditawarkan. Turut disediakan juga set jimat dan combo untuk makan beramai-ramai bagi yang berminat. Minuman terlaris di sini adalah Air Mata Kucing dan Chrysanthemum Tea. Anda wajib mencubanya!

itik panggang cyberjaya
Imej via [fb]

Saya sarankan buat peminat itik panggang atau anda yang baru sahaja ingin mecuba daging itik agar datang ke Flyen Duck Co. kerana tidak diragukan lagi kepakaran mereka dalam menyediakan hidangan itik.

Memang lazat sangat! Ayuh datang bersama keluarga dan rakan-rakan.

Lokasi:  F-G-03, Jalan Vita 1, Plaza Crystalville, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Waktu Operasi: 10 pagi – 8 malam

No Telefon: 016-9880348 

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.