Pernah tak menikmati hidangan masakan India sebenar di mana-mana Restoran? Khas untuk yang berada di Kuala Lumpur, anda boleh ke Betel Leaf. Betel Leaf terletak di kawasan Leboh Ampang dan sudah pasti ia halal.

Imej via [tripadvisor]

Ramai pelanggan berbeza bangsa dan agama datang ke sini termasuk para pelancong. Bagi yang belum pernah datang, anda perlu belajar untuk makan makanan india style, pasti akan suka!

Tak percaya? Jom tengok menu-menunya terlebih dahulu. Sangat meliurkan dan menyelerakan. Sekali tengok pun pasti rasa kenyang.

Menu Makanan Betel Leaf, Leboh Ampang Kuala Lumpur

Imej via [tripadvisor]

Makanan yang disediakan disini diletakkan di atas daun pisang untuk lebih cantik dan beraroma. Terdapat banyak jenis masakan India style di restoran ini yang boleh anda cuba. Antaranya adalah nasi serta lauk pauk, aneka roti, parathas, naan dan banyak lagi pilihan makanan. 

Jom lihat antara jenis kategori makanan yang disediakan disini.

  • Papad
  • Raita dan salad
  • Vegetarian menu
  • Kebab
  • Sup
  • Daging Kambing, Arnab, Ayam, Ikan, Ketam, Udang dengan cara menu india style
  • Aneka nasi
  • Kulcha

Antara nasi berlauk dan makanan popular yang boleh anda makan di sini adalah seperti Set Thali, Naan, nasi dan lauk pauk berkonsepkan masakan india. Nak kata seperti nasi kandar, ya juga tetapi ia adalah masakan style india dan rasanya juga berbeza tetapi sangat sedap dan amat mengenyangkan!

Imej via [tripadvisor]
Imej via [tripadvisor]

Makanan jenis daging seperti daging kambing yang disediakan adalah sangat segar. Patutlah orang Arab, orang Iran, Chinese, India dan melayu semuanya suka makan di sini. Harganya juga berpatutan sesuai dengan masakan dan kualiti makanannya. Sangat berbaloi!

Imej via [tripadvisor]

Dari segi rasa, ia sangat sedap dan lazat. Anda boleh dapatkan pengalaman makan makanan masakan India disini, pasti takkan menyesal buat pilihan. Cuba dulu, baru tahu. Keadaan restoran ini juga selesa walaupun dari luar nampak seperti kecil sahaja.

Tips Berkunjung Ke Betel Leaf, Kuala Lumpur

Imej via [tripadvisor]

Restoran Betel Leaf ini boleh dikatakan terletak di tengah-tengah kota di Leboh Ampang, anda perlu mencari parking yang berhampiran. 

Opps, Jangan lupa juga untuk sediakan perut yang lapar sebelum datang ke sini supaya anda benar-benar menikmati keenakan masakan makanan india di sini. 

Anda boleh datang beramai-ramai bersama kawan-kawan dan keluarga kerana ia juga sesuai bagi mereka yang datang secara berkumpulan. Tetapi pastikan awal untuk dapatkan meja makan yang sesuai!

Lokasi :  77A, Leboh Ampang, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:  11 Pagi sehingga 11.30 Malam

No Telefon :   018-2805134

Jom baca juga Restoran Hayyan Huda Opah’s Kitchen dan Abang Strawberry Cameron Highland

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.