Restoran Mama San. Dengar nama mesti orang anggap ia satu lagi restoran makanan Cina dengan sajian-sajian mewah autentik. Namun, telahan itu nyata meleset kerana apa yang ditawarkan lebih menarik. Ia menggabungkan tujuh cita rasa utama Asia di bawah satu bumbung. Melayu, Cina, India, Thailand, Indonesia, Kemboja, dan Vietnam.
Restoran yang terletak di aras bawah pusat beli belah Suria KLCC Kuala Lumpur ini, menampilkan dekorasi yang direka secara konseptual. Diilhamkan daripada satu ‘perjalanan’ Shanghai-meets-Paris in the 20’s, dengan hiasan dinding retro dan dipenuhi lukisan penuh memori.
Semua sajian di Restoran Mama San sebenarnya ilham Cef Will Meyrick, salah seorang cef bertaraf antarabangsa dari Indonesia.
Antara hidangan istimewa yang boleh dinikmati di sini ialah dendeng belado, sajian rusuk lembu yang dimasak dengan pelbagai rempah ratus serta daun limau purut. Ayam panggang Padang, ikan siakap bakar Bali, ayam mentega dengan sos krim kacang gajus. Rendang daging, itik panggang, phad Thai, pho bo Vietnam, tom yam, dan shank kambing Rogan Josh. Serta pelbagai makanan laut dengan resipi istimewa Nyonya.
Anda juga boleh memesan lunch set dengan harga berpatutan RM 39 sahaja.
Sementara itu, bagi melayani suasana pagi atau petang untuk bersantai bersama-sama rakan atau keluarga, boleh memesan bites little tapas. Ia hidangan dengan aneka pilihan makanan Asia.
Antaranya, ayam goreng berempah dengan daun kari serta cili, murtabak kambing. Roti nan keju, sotong goreng, cekodok pisang dan samosa berinti ayam serta kentang.
Bagi penggemar pencuci mulut pula, apa kata mencuba pencuci mulut yang unik. Seperti ban nutella pak boi, pau kukus nutella disajikan dengan ais krim affogato vanila dan espresso.
Selain itu, terdapat juga durian pannacotta yang kaya dengan rasa durian sebenar. Serta tat Indonesia bersama kelapa muda dan badam, serta cendol.
Bagi menghilangkan dahaga pula, nikmati rasa dingin minuman ginger flower. Iaitu campuran bunga kantan segar bersama limau yang cukup popular di Restoran Mama San. Selain air kelapa serta soda, mojito air kelapa dan pelbagai pilihan kopi, teh serta jus buah-buahan tropika.
Harga makanannya kerana ditawarkan daripada serendah RM14 hingga RM80, berbaloi dengan kualiti dan kuantiti yang diperoleh. Kualiti masakan menggunakan bahan-bahan segar sahaja.
Restoran Mama San
Lot G46, Ground Level, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Website : www.mamasankualalumpur.com
Waktu Perniagaan: 8.00 pagi hingga 12 tengah malam