Kadang-kala teringin juga kan nak makan ikan bakar, pari bakar, sotong goreng tepung, ketam goreng cili, kerang bakar dan macam-macam lagi lah makanan laut.

Tapi, dekat mana restoran seafood yang best dan sedap sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ni? Mari lihat team kami senaraikan.

#1 Restoran Nur Cahaya Seafood, Pantai Remis, Kuala Selangor

Imej via Burn & Qis

Kalau nak fee-feel tepi laut maka anda bolehlah ke restoran ni yang terletak betul-betul di tepi laut. Mereka memberi banyak pilihan menu dan pelbagai jenis makanan laut yang segar dengan harga yang juga berpatutan.

Antara yang boleh anda cuba ialah udang goreng kunyit, ketam masak sweet sour, lala masak tiga rasa, sotong goreng tepung, mentarang masak halia dan pastinya ikan siakap bakar.

#2 Restoran Intai-intai, Ampang

Imej via KL Urbanite

Restoran intai-intai Ampang menjanjikan suasana yang agak romantik. Bolehlah anda ke sini jika hendak menikmati makanan seafood bersama dengan orang yang tersayang.

Antara yang menarik di sini ialah kerabu mangga, pucuk paku goreng belacan, tomyam seafood campur yang pekat, ayam masak bercili ala Thai, nasi goreng seafood serta suhun goreng.

#3 Restoran Terapung HM Sri Bagan

Imej via Buku Nota A.sha

Seperti nama restoran itu sendiri, Restoran Terapung HM Sri Bagan berkonsepkan terapung dan unik. Harga makanan laut di restoran ini juga berpatutan.

Antara yang anda boleh cuba di sini ialah semestinya ikan siakap bakar, kerang masak serai, pepahat masak cili, ikan kerapu masak stim asam boi dan juga ketam masak berempah.

#4 Restoran Puteri Ayu, Shah Alam

Imej via eXplorasa

Untuk mereka yang berada di sekitar Shah Alam, maka anda wajib mencuba makanan laut di restoran Puteri Ayu ni. Banyak pilihan makanan laut yang sedap seperti Tomyam seafood yang pekat, ikan siakap bakar, sotong bakar berempah serta pelbagai pilihan pencuci mulut.

#5 Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor

Imej via Star2.com

Rasanya tak lengkap senarai sekiranya tidak dimasukkan sekali Aroma Ikan Bakar di Pantai Jeram, Kuala Selangor. Restoran ini menghadap laut dan anda boleh menikmati makanan laut yang segar sambil melihat matahari terbenam.

Ramai yang memberikan respon yang baik tentang restoran ni. Tempat yang besar dan anda boleh pilih samada hendak duduk di kerusi atau makan bersila di pondok-pondok di sana.

Memberikan pelbagai pilihan makanan laut dengan harga juga murah, sedap dan semestinya berbaloi. Antara yang wajib anda cuba ialah ketam masak cili, udang tumis petai, ikan bakar berempah dan macam-macam lagi.

Penulis: Ahmad Munawar Mohamad

Penggemar nasi arab dan apa jua makanan yang ada kambing. Suka memasak dan seringkali bereksperimentasi dengan makanan!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.