Mencari restoran Cina halal yang sedap sekitar KL dan Selangor?

Kami yakin anda pasti akan bersetuju jika kami katakan yang negara kita merupakan syurga makanan! Kaya dengan berbagai jenis makanan dari berbilang kaum yang kena dengan citarasa ramai, harganya juga berpatutan, bukan?

Ada penggemar makanan Cina di sini? Atau anda teringin mencuba makanan Cina yang semestinya halal dan kena dengan tekak anda? Berikut merupakan senarai restoran yang menghidangkan makanan Cina sekitar KL dan Selangor, teruskan membaca ya!

#1 Homst Restaurant

Ada yang menetap di Kl atau bercadang untuk berkunjung ke sana? Teringin mencuba makanan Cina yang bukan sahaja halal malah enak-enak di di restoran Cina Muslim? Homst Restaurant pasti akan menjadi pilihan yang terbaik untuk anda!

Menu @ Homst Restaurant

Imej via Foursquare

Menu di sini juga cukup beraneka. Antara menu yang wajib anda cuba di sini ialah Tew Chem Steam Fish, Kong Po Sotong, Smoked Duck with Mantau dan Crab Meat Shark Fin Soup, memang bikin kecur air liur!

Alamat: No. 48, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 10 malam hingga 10:30 malam

#2 Muhibbah Seafood Restaurant

Anda pencinta makanan laut dan makanan Cina? Atau teringin mencuba kedua-duanya sekali bersama keluarga atau rakan-rakan tersayang? Restoran Muhibbah Seafood ini wajib anda singgah!

Menu @ Muhibbah Seafood Restaurant

Imej via Foursquare

Antara menu yang wajib anda cuba di restoran Muhibbah Seafood ini ialah Butter Coconut Prawns, Baby Kailan with Salted Fish dan Ginger Scallion Beef. Lauk di sini segar-segar belaka, pasti kena dengan tekak anda sekeluarga!

Alamat: Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 12 tengahari hingga 2:30 petang dan dibuka smeula pada jam 6:30 petang hingga 10 malam

#3 Golden Valley

Ingin mencuba makanan Cina yang cukup bervariasi di sebuah restoran yang berkosepkan moden dan membangkitkan suasana santai? Restoran Golden Valley yang terletak di Menara LGB ini pasti sesuai buat anda!

Menu @ Golden Valley

Imej via Foursquare

Antara menu yang kami sarankan untuk anda cuba ialah Kong Po Chicken Yam Basket, Black Pepper Beef in Hotplate dan untuk pencita makanan laut, Chili Crab. Kesemuanya dijamin enak-enak belaka, anda pasti menikmati keenakannya!

Alamat: LGB Tower, Lower Ground Floor, 1, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, untuk hari minggu bermula dari jam 11:30 hingga 3 petang dan dibuka semula pada jam 6 petang hingga 10 malam. untuk hujung minggu pula dibuka pada jam 6 petang hingga 10 malam

#4 Restoran Mohd Chan

Restoran Cina Muslim ini cukup terkenal di Bandar Baru Bangi. Cukup terkenal dengan menu yang cukup beraneka, hidangan nasi dan mi yang berbagai, kami yakin anda pasti rambang mata!

Dim Sum @ Mohd Chan

Imej via Foursquare

Antara menu yang menjadi pilihan ramai ialah Dim Sum, seperti Chicken Siew Mai, Shark Fin Dim Sum dan Giant Chicken Bao. Cukup enak dikenakan bersama sosnya yang manis dan pedas. Dim Sum yang rangup di luar dan lembut di dalamnya, dijamin enak!

Alamat: 28 & 30, Jalan Medan Pusat 2C, Seksyen 9,, Pusat Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam

#5 Dolly Dim Sum

Ada penggemar Dim Sum di sini? Pasti anda sudah biasa terdengar tentang nama restoran Dolly Dim Sum yang terletak di KL ini, bukan?

Dim Sum @ Dolly Dim Sum

Imej via Foursquare

Cukup terkenal dengan aneka Dim Sum yang disajikan, tidak keterlaluan jika kami katakan yang restoran ini menyajikan Dim Sum terbaik! Antaranya ialah Salted Egg Yolk Bun, Siew Mai dan Crystal Prawn Dumplings, dijamin sedap tak terhingga!

Alamat: G9, Avenue K, 156, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam

#6 Tung Yuen Chinese Restaurant

Ingin mencuba makanan Cina yang halal dan dijamin enak bersama keluarga atau rakan-rakan dalam suasana penuh santai dan mewah pada masa yang sama? Restoran Tung Yuen Chinese ini pasti cocok buat anda!

Dim Sum @ Tung Yuen Chinese Restaurant

Imej via Foursquare

Terkenal dengan makanan Cina seperti Dim Sum, makanan laut yang mempunyai berbagai cara masakan mengikut citarasa pengunjung dan juga menu untuk vegetarian, boleh dikatakan menu di sini memang sesuai dimakan beramai-ramai, pasti meriah!

Alamat: Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 12 tengah hari hingga 2:30 petang untuk makan tengah hari dan 6:30 petang hingga 10:30 malam untuk makan malam

#7 Restoran Mohammad Chow

Restoran Mohammad Chow ini juga merupakan antara restoran Cina Muslim yang cukup terkenal di sekitar Petaling Jaya. Menyajikan makanan Cina yang asli dan semestinya halal, harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan.

Nestum Salted Egg Chicken @ Mohammad Chow

Imej via Foursquare

Antara menu yang wajib anda cuba di restoran ini ialah Yong Chow Fried Rice, Szechuan Soup dan yang paling digilai, Nestum Salted Egg Chicken. Saiz hidangan menu-menu ini juga besar, pasti mengenyangkan dan menyelerakan!

Alamat: Perdana Business Centre, 3-1, Jalan PJU 8/5h, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam (Jumaat bermula dari jam 4 petang hingga 11 malam)

#8 Amber Chinese Muslim Restaurant

Restoran Amber Chinese Muslim ini baharu sahaja beroperasi pada tahun 2015, namun sambutan yang diterima ramai cukup menggalakkan! Bukan sahaja kerana menghidangkan makanan Cina yang halal, interior restoran ini juga santai dan cantik!

Menu @ Amber Chinese Muslim Cuisine

Imej via Foursquare

Antara makanan Cina yang patut anda cuba di sini ialah Beef Noodles, Roasted Chicken Wings yang seakan-akan sate dan Mapo Tofu. Kualiti makanan di sini yang cukup baik dan kuantitinya yang cukup banyak, dijamin puas hati!

Alamat: Unit 14, 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11:45 pagi hingga 10:30 malam

#9 Jibby Chow

Pernah terdengar tentang kafe Jibby & Co yang cukup terkenal di Subang Jaya, Selangor? Restoran Jibby Chow ini merupakan salah satu cawangan kafe tersebut yang menghidangkan makann Cina yang semestinya halal, memang menarik!

Menu @ Jibby Chow

Imej via Foursquare

Antara menu yang wajib anda cuba di restoran ini ialah Jibby Chow Cantonese Style Crab Meat, Jibby Chow Boston Lobster Noodles dan Stir Fried Wanton Noodles. Kami berani jamin sepinggan pasti tidak cukup buat anda, terlalu sedap!

Alamat: Jalan SS 15/4d, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam

#10 Restoran Haslinda Sim Abdullah

Penggemar makanan Cina pasti akan jatuh cinta dengan menu-menu yang dihidangkan di Restoran Haslinda Sim Abdullah yang terletak di Bandar Baru Bangi ini.

Menu @ Restoran Haslinda Sim Abdullah

Imej via Foursquare

Kaya dengan menu yang cukup beraneka, dari makanan laut, ayam ke sayur-sayuran, antara menu yang wajib anda cuba di sini ialah Yong Zhou atau nasi goreng Cina, Sweet Sour Fish Slice dan banyak lagi menu yang enak-enak belaka!

Alamat: No. 48, Jalan Medan Pusat 2C, Section 9, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi

Waktu operasi: Setiap hari, untuk hari minggu bermula dari jam 11:30 pagi hingga 3 petang dan dibuka semula pada jam 5 petang hingga 10:30 malam. Untuk hujung minggu bermula dari jam 11:30 pagi hingga 10:30 malam

Ada yang sudah mula berkeroncong perut memikirkan makanan Cina yang kami senaraikan di restoran-restoran yang cukup terkenal di sekitar KL dan Selangor ini?

Jika ya, cepat-cepatlah serbu restoran-restoran yang kami senaraikan ini ya! Anda juga digalakkan untuk datang lebih awal atau membuat tempahan sebelum ke sini. Selamat menjamu selera!

Jemput juga membaca artikel menarik kami yang lain seperti restoran mee kolok di KL dan restoran butter chicken di KL.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.