Restoran Haslinda Sim Abdullah – jika anda menetap di Bangi, pasti anda pernah terdengar tentang restoran ini. Tambahan pula jika anda merupakan peminat tegar masakan Cina-Muslim!

restoran haslinda sim abdulah

Imej via Facebook

Restoran ini sudah mula beroperasi sejak 2001 lagi. Sebut sahaja tentang restoran masakan Cina-Muslim yang halal & lazat, pasti nama restoran ini tidak ketinggalan dalam senarai.

Wah, nampaknya bukan biasa-biasa ya Restoran Haslinda Sim Abdullah ini. Agak-agak menu istimewa apa yang cukup istimewa di sini? Teruskan membaca ya!

Aneka Jenis Hidangan, Bikin Pelanggan Rambang Mata!

Pergilah ke mana-mana restoran pun, antara perkara yang diutamakan oleh pelanggan ialah semestinya kepelbagaian menu. Kalau menu ada satu dua, memang pelanggan lari!

makan @ haslinda sim abdullah

Imej via Foursquare

Isu sebegini tidak akan anda hadapi jika anda ke restoran ini kerana menunya cukup berbagai. Dari makanan berat, hidangan ringan, sayuran, semuanya ada. Silap-silap memang penuh semeja dek kerana rambang mata!

Salted Egg Squid, Hidangan ‘Power’ Yang Wajib Dipesan

Perasan atau tidak, zaman sekarang menu yang dimasak bersama Salted Egg kian viral di kalangan orang kita. Hidangan seperti Salted Egg Chicken, Salted Egg Prawn dan Salted Egg Squid memang sangat terkenal!

salted egg squid

Imej via Foursquare

Anda boleh mencuba salah satu menu tersebut iaitu Salted Egg Squid di restoran ini. Hidangan tersebut juga merupakan antara menu yang paling ‘hangat’ di sini!

Kebanyakan pelanggan mengakui yang rasanya cukup enak. Tidak terlampau masin, ada sedikit rasa manis. Sotongnya rangup di luar namun tidak liat. Semakin dikunyah, keenakkan Salted Egg kian terasa.

Nasi Itik Hainan, Jarang Didengari Namun Enak Sekali

Biasanya kita menikmati Nasi Ayam Hainan sahaja, namun pernahkah anda mencuba Nasi Itik Hainan? Pasti ada di kalangan pembaca yang tertanya-tanya tentangnya, bukan?

nasi itik hainan @ haslinda sim abdullah

Imej via Instagram

Di restoran ini, hidangan ini memang antara yang terlaris. Keistimewaan utama terletak pada daging itiknya yang dipanggang dengan sempurna. Isinya ‘juicy’ dan lembut.

Ianya dihidangkan bersama sambal, sup dan nasi Hainan yang menggunakan planta asli tanpa pewarna. Bukan sahaja menyelerakan malah menyihatkan!

Banyak Lagi

Sebut sahaja tentang makanan Cina, hidangan ini memang wajib tersenarai – Dimsum. Restoran ini juga turut menyediakan beberapa jenis Dimsum yang enak-enak belaka.

lemon chicken butter chicken @ haslinda sim abdullah

Imej via Instagram

menu haslinda sim abdullah

Imej via Instagram

Lauk lain yang anda boleh cuba ialah Butter Chicken, Lemon Chicken, Beancurd with Crab Meat Soup dan banyak lagi. Pasti berganda kelazatannya jika anda pesan kesemuanya!

Kesimpulan

Sudah mula kecur air liur membayangkan keenakan masakan Cina-Muslim di restoran ini? Apa tunggu lagi, singgah sahaja sebelum rugi! Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran, selamat menjamu selera!

Alamat: No. 48, Jalan Medan Pusat 2C, Section 9, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa. Dibuka 12 tengah hari – 10.30 malam pada Rabu – Jumaat, manakala pada hari Sabtu Isnin dibuka 11.30 pagi – 11.30 malam

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Bangi? Klik sahaja di link di bawah ya!
25 Tempat Makan Best Di Bangi 2019 (PATUT Anda Pergi)

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.