Nak menikmati hidangan 4 negara Asean di bawah satu bumbung? Restoran Gajah Mada by THE MAJAPAHIT patut anda kunjungi. Uniknya restoran ini yang terletak di MyTOWN Shopping Centre. Ia menawarkan sajian dari empat negara: Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam di bawah satu bumbung.
Restoran Gajah Mada diambil sempena nama Perdana Menteri dan pemerintah terkemuka Empayar Majapahit. Ia terletak di Kepulauan Jawa suatu ketika dahulu.
Terdapat pelbagai menu a la carte dan ‘Signature Plates’ yang membolehkan anda menjamu selera sama ada dalam kumpulan kecil atau besar.
Mudah kerana pelanggan tidak lagi perlu berkunjung ke restoran berlainan bagi memenuhi cita rasa yang pelbagai.
Menu yang paling digemari di Restoran Gajah Mada adalah Majapahit Mini Flying Fish. Di mana seekor ikan talapia goreng yang rangup dihidang bersama sambal kicap. Sedap juga kalau dicicah sambal terasi, lagi pedas dan terangkat.
Bagi penggemar makanan Thai jangan lupa memesan menu daging kari hijau. Sajian berkuah santan asli memukau selera.
Ia cukup sedap apabila dinikmatinya bersama nasi putih hingga terasa aroma rempah kari dan tumisan bawang serta cili padi. Tom yam putih berlemak atau tom kha gai juga enak.
Penggemar makanan Vietnam pula boleh mencuba sajian ‘Ki Sab Kab Khaw Sd’ atau nasi goreng yang disajikan bersama grilled chicken chop atau Pomelo Salad yang amat rare dan istimewa.
Sajian Indonesia popular, ayam cabe ijo, gulai kari ayam padang, rendang daging dan ikan goreng talapia memikat selera. Ayam cabe ijo direbus terlebih dulu disaji bersama sambal cili hijau membangkitkan rasa pedas hingga ke telinga.
Menu Premium Signature Plates pula, antaranya nasi goreng kampung dihidang bersama telur mata sebagai pelengkap selera hidangan tempatan. Menampilkan 50 menu termasuk pisang goreng disalut keju dan coklat sebagai pencuci mulut, selain pelbagai jenis minuman.
Bagi penggemar minuman hangat, anda boleh memilih teh tarik, kopi Vietnam, teh susu Thailand, teh botol dan teh hijau jasmin berpudina.
Berkonsep eksklusif atau ‘fine-dining’ khusus untuk pelanggan yang mementingkan gaya mewah. Restoran Gajah Mada pula bersifat santai bagi memberi peluang kepada masyarakat menikmati santapan ‘ala di raja’ pada harga lebih berpatutan.
Walaupun menghidangkan hidangan autentik dari empat negara dalam suasana yang selesa tetapi menawarkan harga berpatutan. Iaitu RM12 hingga RM35 bagi makanan dan RM4 hingga RM15 untuk minuman
Restoran Gajah Mada
Lokasi G-021 & G-E-021, Ground Level, MyTOWN Shopping Centre, Seksyen, 90, Jalan Cochrane 55100 Cheras, Kuala Lumpur
Operasi setiap hari
Dibuka 10 pagi – 10 malam