Sebagai pelancong, selain melawat tempat – tempat menarik semasa percutian, pastinya anda inginkan tempat makan yang sedap serta menepati selera anda. Namun, yang paling utama adalah halal buat orang Islam.

Nak cari makanan halal dan sedap di Vietnam ini tidaklah sesukar mana kerana anda boleh melihat restoran – restoran yang menyajikan makanan halal akan memaparkan sijil halal di hadapan restoran. Ia bagi memudahkan pelancong serta penduduk tempatan beragama Islam mendapatkan makanan halal dengan mudah.

#1. Restoran Hjh. Basiroh

Restoran Hjh. Basiroh merupakan sebuah restoran halal yang terawal telah bertapak di bandar Ho Chi Minh dan sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan. Malah, ramai juga yang mencadangkan kepada pelancong luar agar menjamu selera di restoran ini.

Pho Basiroh

Imej via facebook

Menu makanan Malaysia dihidangkan di sini seperti nasi lemak serta teh tarik yang sedap sekali. Kuih tradisional seperti bingka ubi kayu juga lembut serta saiznya agak besar. Selain itu, anda juga boleh mencuba murtabak serta mee sup dagingnya yang juga agak hebat rasanya.

Vietnam Roll Basiroh

Imej via facebook

Para pelayan di restoran ini boleh berbahasa Melayu dan ini memudahkan anda berkomunikasi dengan pelayan restoran. Dekorasi restoran juga sangat menarik dan kemas bersama hiasan dinding yang begitu menarik.

Lokasi : 31 Nguyen An Ninh, Ho Chi Minh City, Vietnam

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 malam hingga 11.00 malam setiap hari

#2. Restoran Musa Kariem (1Malaysia)

Sebut sahaja nama restoran ini, rata – rata rakyat Malaysia yang pernah ke Ho Chi Minh pasti mengetahuinya. Restoran ini menyediakan pelbagai hidangan menarik seperti nasi goreng seafood, pho daging serta popia Vietnam.

Pho Musa Kariem

Imej via facebook

Lokasi : 47 Nguyễn An Ninh, Phường Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 11.30 malam setiap hari

#3. Restoran Halal Amin – Pho Muslim

Anda pernah mendengar hidangan bernama pho ? Jika ke Vietnam, jangan lupa untuk mencuba pho daging di restoran Halal Amin, memang sedap dan terbaik.

Pho Halal Amin

Imej via facebook

Kedai makan ini terletak berhampiran dengan Hotel Saigon Pink 2. Bagi anda yang menginap di hotel, adalah mudah untuk anda mengunjungi kedai makan ini yang dibuka sejak awal pagi.

Pho Halal Amin

Imej via facebook

Harga makanan di sini pula lebih murah berbanding restoran lain di sekitar Vietnam. Nasi ayam di restoran ini juga tidak kurang hebatnya. Seperti makan nasi ayam di negara sendiri, boleh juga lepas rindu. Terdapat juga popia Vietnam yang dibuat segar untuk pelanggan mereka.

Lokasi : 40, Nguyen An Ninh Street, District 1- Benh Thanh Market, Ho Chi Minh City Vietnam

Waktu Operasi: Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#4. Restoran Kampung Pandan

Restoran ini bukan di Kuala Lumpur ya ! Nama restoran memang sama seperti nama tempat di Malaysia, tetapi di Vietnam restoran Kampung Pandan ini terletak di Thu Khoa Huan.

Vietnam Roll Kampung Pandan

Imej via facebook

Anda yang bercuti di Vietnam, boleh mencuba bersarapan di sini kerana ia dibuka seawal jam 9.00 pagi. Apa menu yang menarik di sini ? Sudah tentulah hidangan pho yang merupakan makanan tradisi masyarakat tempatan.

Tomyam Kampung Pandan

Imej via facebook

Pho yang disediakan pula terdiri daripada pho daging dan pho ayam. Jadi, anda boleh mencuba pho yang juga sedap di sini. Popia di sini juga sangat sedap dan anda boleh mencuba sebagai hidangan sarapan pagi.

Lokasi : P. Q. 1, 53 Thủ Khoa Huân, Phường Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#5. The Daun Restaurant

Berehat sebentar setelah penat berjalan dan nikmatilah semangkuk pho hangat di The Daun Restaurant. Pho, yang merupakan mi sup begitu terkenal di Vietnam kerana ia antara makanan kegemaran masyarakat tempatan. Ia adalah mi yang dihidangkan bersama sup dan juga daging.

Pho The Daun

Imej via facebook

Selain pho, anda boleh juga mencuba banh xeo (penkek goreng), spring roll, bong thien ly xao bod an juga bo hue. Sambil berehat, perut anda pun kenyang dengan mencuba hidangan enak di sini.

Pho The Daun

Imej via facebook

Lokasi : 48 Lê Lai, Phường Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 11.30 malam setiap hari

#6. Halal @ Saigon

Sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Musulman terletak di Dong Du Street. Anda boleh menunaikan solat di masjid ini sekiranya berada di kawasan berhampiran.

Sate Halal Saigon

Imej via facebook

Seusai menunaikan solat, anda boleh lah mencuba hidangan di Halal @ Saigon yang terletak di seberang jalan masjid sahaja. Halal @ Saigon ini menghidangkan pelbagai menu masakan Malaysia kerana pemilik restoran ini adalah berasal dari Malaysia.

Ketam Stim Halal Saigon

Imej via facebook

Antara hidangan yang menarik serta tidak dapat dinikmati jika di Malaysia adalah Canh Ngheu (Baby Clam Soup). Rasanya memang sangat menarik dan unik. Menggabungkan citarasa tempatan dan Malaysia, pastinya ia sesuai dengan citarasa masyarakat Malaysia.

Lokasi : 31, Dong Du Street, Dist. 1, Ho Chi Minh City

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam

#7. D’ Serai Restaurant

Restoran ini mengenakan dekorasi yang ringkas dan menarik. Anda boleh melihat gambar – gambar bangunan yang terkenal di Malaysia menghiasi dinding – dinding restoran.

Kueteow D'Serai

Imej via facebook

D’ Serai Restaurant ini turut dikenali sebagai Malaysia Kitchen kerana menu yang ada di restoran ini merupakan makanan Malaysia. Uniknya di sini adalah kain batik dijadikan sebagai alas meja yang sungguh menarik.

Vietnam Roll D'Serai

Imej via facebook

Pelbagai hidangan ala carte boleh anda cuba dan pastinya seakan – akan sedang menjamu selera di tanah air tercinta. Harga makan di sini juga begitu berpatutan.

Lokasi : 22, Thu Khoa Huan Street, Ben Thanh Ward, Dist. 1, Ho Chi Minh City

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga jam 11.30 malam setiap hari

#8. Kasim Baba’s Prata House

Jika di waktu malam anda tidak tahu hendak makan di mana, apa kata cuba roti prata di Kasim Baba’s Prata House ini. Rasa rotinya yang lembut dengan kari ayam pastinya mengliurkan.

Roti Canai Kasim Baba

Imej via facebook

Restoran ini terletak betul – betul di hadapan Serai Restaurant. Jika di sebelah siang anda telah menjamu selera di Serai Restaurant, cubalah pula makan malam di sini.

Roti Prata Kasim Baba

Imej via facebook

Harga makanan di sini masih ok dan tidaklah terlalu mahal. Yang penting sedap dan kenyang!

Lokasi : 19 Thủ Khoa Huân, P. Bến Thành, Quận 1, Ho Chi Minh

#9. Restoran Muslim Halal 641

Restoran ini terletak di dalam kawasan Masjid Cholon Jamial. Ia sering menjadi tumpuan ramai terutamanya pelancong luar setelah singgah menunaikan solat.

Ayam 641

Imej via facebook

Menu yang disajikan di sini adalah seperti tomyam, sup daging, kari ikan, roti canai, makanan Barat dan banyak lagi. Hidangannya pula semua sedap – sedap dan semestinya berbaloi dengan harga yang sangat berpatutan.

Roti Canai 641

Imej via facebook

Uniknya restoran ini kerana terdapat sebatang pokok yang terletak betul – betul di tengah kedai bertahun – tahun lamanya.

Lokasi : 641 Nguyễn Trãi, Phường 11, Quận 5, Hồ Chí Minh, Vietnam

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#10. Redhouse Saigon

Restoran antara restoran makanan halal yang terdapat di Ho Chi Minh dan sering dikunjungi oleh masyarakat Islam untuk menjamu selera semasa bercuti di Ho Chi Minh. Menyediakan pelbagai menu tradisi masyarakat Vietnam halal seperti Pho, Banh Xeo, Ca Kho To dan banyak lagi.

Mussel Redhouse

Imej via facebook

Ca Kho To adalah makanan kuno khas masyarakat Vietnam yang harus anda cuba. Suasana restoran juga begitu bersih dan nyaman membuatkan anda selesa menikmati hidangan di sini.

Seafood Redhouse

Imej via facebook

Lokasi : 417 Dien Bien Phu Str, Ward 4, District 3 Ward 4, District 3

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam

#11. Saigon Green House

Bagi anda yang ingin menikmati hidangan dengan suasana yang rileks dan tenang, boleh singgah di Saigoin Green House. Ruang makan restoran ini menggunakan perabot kayu serta lukisan mural menghiasi ruang dalaman.

Ikan Saigon Green House

Imej via facebook

Menu makanan di sini berasaskan hidangan masyarakat Vietnam serta masakan Malaysia yang pastinya menjadi tarikan pelancong terutamanya pelancong dari Malaysia. Anda boleh mencuba hidangan nasi goreng kampungnya yang sedap, mee goreng mamak, hidangan klasik Vietnam seperti Pho Ga (mee sup ayam) dan Canh Chua Ca (sup masam dengan ikan).

Nasi Goreng Kambing

Imej via facebook

Jangan lupa juga untuk mencuba Goi Trai Buoi (salad udang limau gedang). Sulami juga tekak anda dengan secawan tra tac tempatan iaitu teh Vietnam yang cukup unik rasanya. Restoran ini terletak hanya kira – kira 3 minit berjalan kaki dari Pasar Ben Thanh dan berhadapan dengan Mariamman Hindu Temple.

Lokasi : 52 Trương Định, Phường Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh 70000, Vietnam

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#12. Restoran Haji Osman

Restoran ini dimiliki oleh orang Islam, maka anda tidak perlu risau untuk menjamu selera di sini. Tambahan pula nama restorannya juga sudah terang – terangan menunjukkan ianya restoran halal.

Roti Canai Halal Osman

Imej via facebook

Kedudukan restoran ini terletak bersebelahan dengan Restoran Kampung Melayu. Ia menyajikan pelbagai makanan Vietnam asli dan yang menu paling terkenal di sini adalah Pho Beef yang sememangnya sedap serta memuaskan hati.

Set Nasi Halal Osman

Imej via facebook

Lokasi :  35 Nguyễn An Ninh, Phường Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#13. Restoran Hummus and Grill

Sesekali ingin bertukar selera kepada hidangan Timur Tengah dan India, silalah berkunjung ke Restoran Hummus and Grill ini. Yang pastinya anda akan terpesona dengan aroma hidangan yang begitu menyerlah sebaik sahaja berada di dalam restoran ini.

Pizza Hummus

Imej via facebook

Menu paling popular di sini adalah kofta kebab, variasi roti naan serta biryani yang memang sedap. Selain itu, anda juga boleh mencuba hidangan Asia iaitu nasi goreng Yangzhou dan juga ayam rebus halia.

Maklooba Hummus

Imej via facebook

Bagi penggemar hidangan vegetarian, anda juga boleh menikmati hidangan tersebut di sini. Hidangannya pula dikenakan dengan harga yang sangat berpatutan. 

Lokasi : 175/16 Phạm Ngũ Lão, Hem 28 Bui Vien, Phương Phạm Ngũ Lão, Quận 1, Hồ Chí Minh 700000, Vietnam

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9:00 pagi hingga 2:00 pagi setiap hari

#14. Taj Mahal Restaurant 

Restoran Taj Mahal menyediakan hidangan dari India, Pakistan dan juga Malaysia. Ia terletak di Backpackert Street.

Kebab Taj Mahal

Imej via facebook

Anda boleh nikmati pelbagai jenis kari serta Dam Biryani yang begitu terkenal di sini. Tambahan pula aroma rempah ratusnya yang enak menguasai setiap pelosok restoran yang pastinya membangkitkan selera.

Naan Taj Mahal

Imej via facebook

Lokasi : 241 Phạm Ngũ Lão, Phường Phạm Ngũ Lão, Quận 1, Phướng Phạm Ngũ Lão Quận 1 Hồ Chí Minh, Vietnam

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10:00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#15. Al Sham Saigon

Al Sham Saigon menyediakan pelbagai hidangan Mediterranean, Timur Tengah serta makanan vegetarian halal di sini. Pemilik restoran ini berasal dari Syria dan cukup mementingkan kualiti hidangan untuk para pelanggan.

Kebab Al Sham

Imej via facebook

Selain menyediakan hidangan buat pelanggan, restoran ini turut menghasilkan sendiri keju serta roti yang disumbat. Pastinya anda dapat merasai sendiri keunikan di dalam makanan tradisi yang disajikan.

Nasi Arab Al Sham

Imej via facebook

Lokasi : 300 Võ Văn Kiệt, Phường Cô Giang, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#16. D’Nyonya Halal Restaurant

D’Nyonya menyediakan pelbagai makanan halal tempatan Vietnam dan Malaysia. Anda boleh rasai sendiri keenakan Pho yang disediakan, sedap serta harga yang begitu berpatutan.

Asam Laksa DNyonya

Imej via facebook

Selain Pho, anda juga boleh memesan makanan panas lain seperti Nasi Goreng, Mee Goreng dan banyak lagi. Roti canai juga turut disediakan buat para pelanggan yang datang.

Ikan Stim DNyonya

Imej via facebook

Ruang restoran juga bersih dan nyaman, membuatkan pengunjung dapat menjamu selerta dengan tenang dan selesa.

Lokasi : 56 Dong Du St, Ben Nghe Ward, District 1, Ho Chi Minh, Vietnam

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

Kesimpulan

Selain membeli belah ketika berada di Ho Chi Minh ini, pastinya anda ingin menikmati hidangan tradisi negara Vietnam. Anda tidak perlu risau ketika bercuti di Vietnam, kerana rata – rata ramai juga masyarakat Muslim di sini.

Malah, restoran – restoran halal sangat mudah didapati di sekitar bandar Ho Chi Minh yang terdiri dari makanan tempatan, Asia, Timur Tengah dan banyak lagi.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .