Tomyam merupakan salah satu hidangan Thai yang sangat popular dan digemari masyarakat setempat. Tomyam biasanya berwarna kemerahan dan berasa pedas dan sedikit masam. Tomyam dan rasa pedas tidak dapat dipisahkan. Jika tak pedas, maka kurang umph lah masakan tomyam tersebut.
Bagi yang tidak suka dan tidak boleh makan masakan pedas, tomyam putih adalah alternatif yang sedap dan terbaik buat anda. Rasanya juga seperti tomyam biasa namun apa yang berbeza adalah kuahnya berwarna putih dan rasanya tidak pedas atau tidak sepedas tomyam biasa. Tomyam putih ini seakan-akan sup tapi rasanya sangat sedap seperti tomyam biasa.
Anda boleh menggunakan lauk apa sahaja yang anda gemari untuk dimasukkan ke dalam tomyam. Jika anda peminat setia seafood, itu lagi bonus untuk keenakan sebenar tomyam. Jika anda ada alahan terhadap seafood, boleh sahaja menggunakan ayam dan daging atau hanya sayuran untuk masakan tomyam putih anda. Rasanya tetap sedap kerana ramuannya memang unik dan membangkitkan selera.
Anda mahu resepi tomyam putih yang best untuk anda cuba? Apa kata anda cuba resepi marvelous yang telah dikongsikan oleh saudari Shima Laili Mansor di Facebook. Resepi ini sangat mudah untuk dimasak, hanya merebus bahan-bahan tanpa menumis. Sangat sedap lagi menyihatkan!
Ayam (potong ikut suke)
Kobis bnga
Carrot
Cendawan
Bwg holand dipotong2
Bwg putih diketuk2
Serai diketuk2
Lengkuas diketuk2
Lada kecil diketuk2
Daun limau purut
Daun tomyam
Bwg besar merah sebelah ditumbuk dengan lada kecil sedikit agak2 nk pedas
Air limau nipis
Sos sotong/ikan/nampla
Susu
Air
Garam, ajinomoto dan gula
1) Rebus ayam bersama bahan2 diketuk2 tadi.
2) Bubuh daun limau purut
3) Kemudian masukkan air limau sos sotong/ikan/nampla
4) Masukkan sayur2 dan masak sampai lembut
5) Letak perasa last sekali baru letak susu n daun tomyam. Siap.
Selain resepi ini, anda juga boleh menjengah lagi ke blog kami untuk mendapatkan resepi-resepi yang menarik untuk anda cuba. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!