Mencari resepi telur yang enak dan berbagai?

Telur merupakan jenis hidangan yang cukup beraneka cara masakannya. Ianya juga ada berbagai jenis – telur ayam, telur ikan, telur sotong dan telur puyuh merupakan antara yang popular.

Kekeringan idea untuk memasak telur? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 resepi telur yang sedap dan beraneka cara untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Rendang Telur

resepi telur
Imej via Facebook

Ini merupakan antara resepi telur yang wajib anda cuba – rendang telur. Cukup enak dinikmati bersama nasi putih panas! Resepi ini dikongsikan oleh Latifah Hanim Muin di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur (direbus dan dibuang kulit)
  • ½  genggam ikan bilis
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 kotak santan
  • Beberapa helai daun limau purut
  • Daun kunyit (dihiris)
  • 1 keping asam
  • 1 kiub pati ikan bilis

Bahan kisar:

  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 tangkai cili kering (dipotong dan direbus)
  • 10 biji cili api (boleh kurangkan cili atau tambah ikut selera)
  • 5 biji buah keras
  • 4 batang serai
  • 5 biji bawang putih
  • 2 biji bawang besar

Cara-cara:

  1. Kisarkan bahan kisar.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan ikan bilis, santan, kerisik dan asam keping.
  4. Tambahkan garam dan kiub pati ikan bilis, masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daun limau dan daun kunyit.
  6. Apabila daun layu, masukkan telur rebus.
  7. Kacau sebentar dan tutup api.
  8. Sedia untuk dihidang.

#2 Masak Lemak Kuning Telur Itik

resepi telur
Imej via Facebook

Sukakan makanan pedas? Inilah dia resepi yang wajib anda cuba – masak lemak telur itik. Resepi ini dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur itik
  • 2 sudu besar cuka
  • ½ periuk kecil air
  • 1 biji kelapa parut (dikisar dengan 3 cawan air, perah dan ambil santannya)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu kecil membukit garam (boleh tambah jika kurang)
  • ½ sudu besar gula
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit bahan perasa jika perlu

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit kunyit hidup / serbuk kunyit
  • 10 biji cili padi (boleh tambah mengikut kepedasan)

Cara-cara:

  1. Satukan bahan kisar, santan,  serai, asam keping, gula dan garam.
  2. Renehkan menggunakann api sederhana perlahan.
  3. Kacau selalu jangan sampai pecah santan.
  4. Setelah mula mendidih, masukkan telur itik dan masak selama 2-3 minit.
  5. Sesuaikan rasa.
  6. Sedia untuk dihidang.

#3 Sambal Tumis Telur Hancur

resepi telur
Imej via Facebook

Satu lagi resepi yang wajib dicuba oleh pencinta makanan pedas – sambal tumis telur hancur. Ianya bukan sahaja enak, malah harum aromanya. Resepi ini dikongsikan oleh Mamaamna Aisyaa di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Garam
  • Gula
  • Telur
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan tumbuk:

  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Belacan

Cara-cara:

  1. Tumiskan bahan tumbuk dengan minyak masak yang banyak.
  2. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Setelah cili kelihatan masak, pecahkan telur.
  4. Tunggu selama 2 minit dan kacau secara ala kadar.
  5. Sedia untuk dihidang.

#4 Telur Masin

Imej via Facebook

Ini merupakan hidangan telur yang sangat terkenal dan digunakan dalam pelbagai hidangan – telur masin. Resepi ini dikongsikan oleh Lemon Razs di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 30 biji telur itik / telur ayam
  • 500 g garam kasar
    atau
  • 1 sudu garam kasar bersamaan 1 biji telur (diperam 2 minggu atau lebih)
  • 2 liter air

Cara-cara:

  1. Masukkan garam kasar ke dalam periuk yang mengandungi 2 liter air.
  2. Panaskan air hingga garam larut.
  3. Sejukkan dulu air garam
  4. Masukkan telur dalam balang, kemudian tuang air garam dengan penapis.
  5. Telur akan terapung bila dalam air garam, jadi leletakkan kain, tisu atau bubble wrap di atasnya
  6. Kemudian, tutup rapat dan simpan balang di tempat gelap.
  7. Peram selama 2 minggu.
  8. Sedia untuk dihidang.

#5 Sup Telur ala Cina

Imej via Facebook

Ingin mencuba kelainan yang bukan sahaja sedap malah menyihatkan? Cubalah resepi sup telur ala Cina ini! Resepi ini dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (dicincang halus)
  • Halia (dicincang halus)
  • Kiub pati ayam (tiada MSG)
  • Filamen ketam (dihiris nipis)
  • Telur ayam (dibancuh)
  • Tepung jagung (dibancuh)
  • Secubit garam
  • Sesudu kecil cuka
  • Sesudu kecil kicap pekat
  • Daun bawang
  • Minyak bijan

Cara-cara:

  1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
  2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
  3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
  4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
  5. Tambahan perasa –  secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
  6. Hiaskan dengan daun bawang & minyak bijan.
  7. Sedia untuk dihidang.

#6 Telur Bistik

Imej via Facebook

Telur bistik merupakan antara menu yang kerap disajikan di banyak restoran. Anda juga boleh mencuba resepinya sendiri di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Wan LuQman di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Daging atau ayam
  • 2 biji telur gred A atau B
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil kicap sotong
  • 1 sudu besar sos labu
  • 1 biji bawang putih
  • 1 helai daun limau
  • Hirisan cili dan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih.
  3. Setelah garing, masukkan daging.
  4. Perasakan daging mengikut citarasa.
  5. Setelah daging masak, ketepikan.
  6. Pukul telur dan masukkan 2-3 sudu air sejuk dan secubit garam.
  7. Setelah daging sejuk, masukkan ke dalam telur yang dipukul.
  8. Panaskan minyak dansetelah panas, tuangkan telur dari jarak yang tinggi supaya telur kembang.
  9. Setelah separa masak, balutkan dan goreng garing. Ketepikan.
  10. Untuk sos, masukkan semua sos.
  11. Masukkan sos air (kuantiti mengikut kepekatan yang diingini).
  12. Masukkan sos labu.
  13. Masukkan kicap sotong.
  14. Taungkan bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  15. Letakkan hirisan daun limau purut.
  16. Perasakan dengan garam, gula dan Ajinomoto jika mahu.
  17. Tuangkan sos di atas telur.
  18. Sedia untuk dihidang.

#7 Telur Madu Tiga

resepi telur
Imej via Facebook

Namanya unik, namun inilah resepi yang viral baru-baru ini. Ianya menggabungkan tiga jenis telur iaitu telur ayam, telur masin dan telur padi. Resepi ini dikongsikan oleh Amoi Sha di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur ayam (direbus)
  • 4 biji telur masin (direbus)
  • 4 biji telur hitam / telur padi
  • 12-14 biji telur ayam (jangan drebus )
  • Sedikit bawang goreng
  • Serbuk perencah secukupnya
  • Daun sup
  • Cili

Cara-cara:

  1. Potong 6 setiap sebiji telur yang direbus.
  2. Pecahkan 12 biji -14 biji telur tadi di bekas yang lain. Pukul guna pemukul.
  3. Masukkan serbuk perencah dan kacau sebati.
  4. Masukkan daun sup, bawang goreng, cili jika nak pedas dan kacau sebati.
  5. Sediakan loyang saiz 7” alas dengan kertas kulit.
  6. Susun semua telur di atas dasar permukaan loyang, kemudian tuang rata telur yang sudah dipukul.
  7. Susun dan lapis kedua telur rebus tadi dan tuang lagi telur tadi. Ulang langkah ini sehingga telur habis.
  8. Taburkan bawang goreng dan daun sup di atas permukaan terakhir.
  9. Panaskan pengukus dan kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
  10. Tunggu sejuk sedikit dan boleh dipotong.
  11. Sedia untuk dihidang.

#8 Kari Telur Ikan

Imej via Facebook

Ada peminat tegar telur ikan di sini? Jika dibuat kari, pasti rasanya sedap. Jadi, anda wajib cuba resepi kari telur ikan ini! Resepi ini dikongsikan oleh Siti Fatimah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 10 ketul telur ikan (direbus selama 10 minit)
  • 1 bungkus rempah kari ikan
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit santan
  • Garam
  • 1 kiub pati ayam
  • 4 ulas bawang kecil (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil jintan putih (ditumbuk)

Bahan tumis:

  • Sedikit daun kari (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang kecil (dihiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis)
  • Halba campur

Untuk hiasan:

  • 6 biji bendi
  • 2 biji cili hijau (dibelah dua)

Cara-cara:

  1. Tumiskan bahan tumis hingga kekuningan.
  2. Masukkan rempah yang dicampur dengan bahan tumbuk bersama sedikit air.
  3. Masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa, sedikit santan, garam dan pati ayam.
  5. Masak hinga mendidih dan masukkan telur ikan. Masak selama 10 minit.
  6. Masukkan bahan-bahan hiasan.
  7. Masak selama 5 minit dan padamkan api.
  8. Sedia untuk dihidang.

#9 Telur Sotong Goreng Kunyit

Imej via Facebook

Satu lagi telur yang cukup enak ialah telur sotong. Ianya lembut dan cukup enak jika dibuat goreng kunyit. Resepi ini dikongsikan oleh Shira Ishak di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Telur sotong
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • 1st serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • 2 keping ssam keping
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Cili kering (dipotong serong)
  • Bawang besar (dipotong bulat)
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah.
  2. Masukkan telur sotong goreng sekejap.
  3. Masukkan kunyit garam, gula, serbuk perasa dan asam keping.
  4. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau.
  5. Setelah masak, taburkan daun sup dan daun bawang.
  6. Sedia untuk dihidang. 

#10 Masak Lemak Telur Ikan Mayong

Imej via Facebook

Ini juga merupakan kaedah memasak yang terbaik untuk ikan mayong – masak lemak. Rasa kuah yang pedas dan berlemak pasti akan buat anda ketagih! Resepi ini dikongsikan oleh Luna Masod di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Telur ikan mayong (dibersihkan)
  • 2 biji bawang besar (diracik atau ditumbuk)
  • Cilia pi (mengikut kepedasan) (ditumbuk)
  • 1-2 butir kunyit hidup
  • Daun kunyit (diracik halus atau kasar)
  • Santan kelapa parut / kotak

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan-bahan tadi yang ditumbuk.
  2. Masukkan santan, kacau dan tambahkan air mengikut kepekatan.
  3. Kemudian, masukkan daun kunyit dan kacau hingga menggelegak.
  4. Selepas itu masukkan garam, gula dan asam keping. Sebatikan semua rasa.
  5. Masukkan telur ikan mayong yang sudah siap dibasuh tadi.
  6. Masuk seketul-seketul, jika kurang masam anda boleh tambahkan buah mangga muda.
  7. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi telur, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.