Sup Poh Hor Fun merupakan makanan bangsa Cina yang terdiri daripada sayur yang diperap, dipanggil Chye Poh bersama dengan kuey teow, Hor Fun. Ianya merupakan makanan yang lengkap dengan protein, serat dan karbohidrat.

Sup Poh Hor Fun juga sesuai untuk dimakan oleh mereka yang tengah berdiet, atau pada sesiapa yang ingin mengubah gaya hidup yang lebih sihat kerana ianya kurang minyak, tinggi serat dan protein. Cara pembuatan sup ini tidak sukar. Ianya juga enak dihidangkan bersama sambal dan ikan bilis!

Resepi ini dikongsikan oleh Keroroyz Royz dan mendapat likes dan shares yang tinggi! Resepi ini juga difahamkan berasal daripada Ipoh. Apa tunggu lagi, jom kita tengok!

Resepi Sup Poh Hor Fun

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan-bahan minyak udang:

  • 500g udang buang kepala & kulit tinggalkan ekor (simpan kulit & kepala)
  • 1 ekor ketam dipotong 4 (tidak wajib)
  • 1/3 cawan minyak masak

Bahan-bahan sup:

  • 1 rangka ayam
  • Segenggam ikan bilis
  • 2 keping dada ayam
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 litre air

Bahan perasa (seasoning):

  • Garam
  • Gula
  • 1/2 kiub bilis

Bahan-bahan sampingan:

  • 500g kuey teow (hor fun) jenis kecil dicelur
  • Segenggam taugeh dicelur
  • Dada ayan dicarik – carik
  • Fish cake / fish ball dicelur
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Sambal kicap
  • Chili flakes (tidak wajib)

Cara – cara memasak:

  1. Didihkan bahan sup & celur udang, ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng kulit, kepala udang & ketam hingga minyak menjadi kemerahan & masukkan semua bahan minyak udang ini ke dalam bahan sup.
  3. Didihkan sup dengan api perlahan selama 30 minit hingga 45 minit, kacau sekali sekala.
  4. Angkat dan tapis semua. Simpan ketam & dada ayam untuk dimakan bersama bahan sampingan.
  5. Perasakan dengan bahan perasa, jika sudah cukup rasa tutup api.
  6. Hidangkan bersama bahan sampingan.

Nota: Boleh juga asingkan minyak udang kemudian makan bersama bahan sampingan.

image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.