Siapa yang teringin makan westers food spaghetti carbonara?

Spaghetti Carbonara berasal dari Italia, dan sudah berkembang hingga luar Eropa. Spaghetti carbonara ialah pasta yang dihidangkan bersama sos yang berasaskan telur, keju, dan daging.  Spaghetti carbonara sangat sesuai dihidangkan untuk makan bersama rekan ataupun keluarga anda.

Rasanya yang unik dengan cheese dan daging membuat ia menjadi kesukaan ramai namun harganya agak mahal. Juga biasanya spaghetti carbonara hanya tersedia di restaurant western food. Rasa lazat daripada pasta dan sos keju yang pekat sangat memanjakan selera.

Tidak perlu masa lama untuk memasak spaghetti carbonara ini, cara memasaknya sangat senang dan bahannya mudah didapat. Siapkan fon untuk screenshoot atau buku nota anda untuk salin resepi kami di bawah ini. Selamat mencuba.

Lemon Yogurt Salted Egg Spaghetti Carbonara

Rafael Remy telah mengolah resepi spaghetti carbonara dengan cara mudah, lazat dan lain daripada biasa. Hal ini kerana ia menggunakan yogurt dan salted egg yang dicampur dalam carbonara. Buat mereka yang suka makan dengan sedikit masam, cuba ikuti resepi ini.

Bahan-bahan:

  • 100g Spaghetti (dicelur bersama minyak zaitun dan sedikit garam sehingga lembut, toskan)
  • 100g ayam (direbus dan dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar Lactel Malaysia Yogurt Perisa Lemon
  • 3 biji kuning telur masin (ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Secubit garam

Cara memasak:

1. Panaskan kuali bersama sedikit minyak zaitun bersama 1 sudu besar mentega.

2. Kemudian masukkan bawang putih yang telah dicincang bersama 1 sudu besar serbuk cili.

3. Masukkan ayam dan gaul sebati dengan api yang perlahan.

4. Masukkan 2 sudu besar susu cair, 3 sudu besar Lactel Yogurt Perisa Lemon, 3 biji kuning telur masin, 1 sudu kecil serbuk kari serta secubit garam ke dalam kuali. Kacau sebati.

5. Hidang di atas pinggan dan sedia untuk dimakan

Spaghetti Carbonara Pedas

Buat mereka yang suka akan makanan pedas. Cuba ikuti resepi yang dikongsikan oleh Nurussalwa Hilmi. Walaupun pedas, kuah carbonara masih mempunyai rasa yang berlemak dan sedap. Resepi ini sesuai untuk hidangan dua orang.

Bahan tumis:

  • ½ Bawang Holland dipotong dadu
  • 3 ulas Bawang putih dicincang

Bahan lain:

  • Udang
  • ½ tin Sos carbonara Prego (mushroom )
  • Chilli flakes
  • Dried parsley.
  • Lada hitam

Cara-cara:

1. Tumis bawang Holland kemudian tambah bawang putih (lagi baik jika guna minyak zaitun).

2. Tambah udang dan chilli flakes.

3. Tambah sos Prego.

4. Tambah dried parsley & sedikit lada hitam.

5. Siap. Boleh tuang atas pasta pilihan masing-masing.

Nota: Kalau rasa kuah pekat, boleh tambah air sedikit. Rasa dia dah cukup, tapi kalau jenis suka masin sikit boleh tabur garam gaya salt bae. Saya tak tambah sebab rebus spaghetti dah bubuh garam.

Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam

Lagi satu resepi buat mereka yang gemar makan-makanan yang masam, anda boleh cua Spicy Spaghetti Carbonara Tom Yam. Sesuai juga untuk penggemar makanan pedas. Menariknya, resepi ini dimakan bersama ayam grill. Jom cuba resepi milik Aein Mohamad yang sesuai untuk hidangan 3 orang.

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar Buttercup
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Cendawan butang
  • Cili padi (kalau nak pedas)
  • 2 kotak kecil cooking cream brand Emborg/susu cair 400ml
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • Udang
  • Daun limau purut
  • Spaghetti (rebus dulu selama 10 minit)

Cara penyediaan:

1. Cairkan buttercup dan tumis bawang putih sampai naik bau.

2. Masukkan cendawan butang.

3. Masukkan cooking cream. Guna susu cair pun boleh jika tiada cooking cream. Lebihkan cooking cream dan susu cair jika mahukan berkuah.

4. Masukkan dua sudu besar pes tomyam.

5. Masukkan dua sudu besar susu pekat. Ini untuk buatkan kuah lebih creamy. Kalau tak nak letak pun tak apa. Kacau sebati.

6. Masukkan udang, sotong atau ayam. Kemudian masukkan cili padi.

7. Masukkan spaghetti dan daun limau purut. Gaul sebati dan siap!

Cara memasak ayam grilled:

1. Perap isi ayam dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk bersama 2 sudu besar sos tiram, serbuk lada hitam dan mixed herbs.

2. Lagi lama perap, lagi sedap. Boleh grill guna magic pan atau air fryer.

Fettucine Meatball Carbonara

Resepi ini pula menggunakan Fettucine yang dimakan bersama meatball. Masih menggunakan sos karbonara sebagai kuahnya. Ikuti resepi milik Siti Shafinnatul Aierran yang dikongsikan di Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 pax fettucine
  • Butter secukupnya
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 1 biji cili benggala
  • 1 pek bebola daging (digoreng dahulu dan toskan)
  • 1 tin cendawan butang (dihiris)
  • 2 tin susu cair
  • 1 cawan air rebusan fettucine (ikut kepekatan yang digemari)
  • 6 keping cheese
  • Garam secukupnya
  • Perasa secukupnya
  • 1½ sudu besar tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
  • Oregano secukupnya

Cara rebus fettucine:

1. Masak air hingga mendidih. Masukkan garam satu sudu kecil serta fettuccine.

2. Apabila fettuccine sudah lembut, angkat dan toskan serta cepat-cepat gaul butter pada fettuccine supaya tidak melekat antara satu sama lain.

Cara masak kuahnya:

1. Cairkan butter dan tumis bawang holland hingga layu.

2. Masukkan cili benggala dan cendawan butang dan kacau rata. Masak seketika.

3. Masukkan susu cair, air rebusan fettuccine dan cheese. Perasakan secukupnya dan masak hingga mendidih. 4. Apabila hampir mendidih, masukkan tepung gandum yang siap dibancuh. Masak hingga mendidih. Kalau terlampau pekat, boleh tambah sedikit air.

Spaghetti Cabonara Simple

Imej via Ruhaiza Bunyamin

Namun, sekarang anda tidak perlu risau kerana kami akan mengongsikan kepada anda resepi rahsia spaghetti carbonara yang sangat menjilat lidah ini. Resepi ini menggunakan sos mushroom prego. Untuk anda pecinta cheese dan mushroom silakan baca resepi yang kami dapatkan daripada Ruhaiza Bunyamin di facebook ini.

Bahan-bahan yang digunakan:

  • 1 paket spaghetti
  • 1 biji bawang besar Holland cincang
  • 5 ulas bawang putih cincang
  • 5 batang sosej
  • 1 tin cendawan
  • 2 tin sos cendawan carbonara Prego
  • 1 liter susu segar
  • Lada hitam
  • Oregano flakes

Caranya:

1. Tumiskan bawang besar & bawang putih.
2. Masukkan sosej dan cendawan butang yg telah dihiris.
3. Taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam.
4. Tuangkan sos cendawan.
5. Tuangkan susu. Perasakan dengan garam. siap.
6. Spaghetti rebus macam biasa hingga lembut dengan tambah sedikit minyak masak & garam. agar tidak melekat.

Kalau ingin terasa cheesy, anda bole tambah cheese yang slice. Confirm sedap.
Mudah dan senang kan? sekarang anda boleh membuat spaghetti carbonara setiap hari di rumah anda.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Spaghetti Carbonara, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.