Nak cuba resepi sambal telur?

Telur merupakan salah satu makanan yang paling digemari ramai. Telur ialah makanan multifungsi, ia boleh dibuat jadi masakan apa sahaja. Tak kisah telur goreng, telur mata, telur kicap dan lain-lain. Telur dapat dijadikan masakan siap saji yang pantas, kerana penyediaannya tidak leceh dan tidak buang masa.

Telur sangat disukai kanak-kanak mahupun orang dewasa. Bahkan untuk sebahagian orang yang pantang makan daging mereka hanya akan makan telur sahaja.

Ibu yang bekerjaya, selalunya mengambil option masak telur apabila tak sempat masa untuk siapkan hidangan. Meskipun begitu, rasanya tetap sedap dan menambah nafsu makan. Namun ibu juga perlu tahu banyak tentang resepi telur yang sedap, bukan setakat telur goreng saja.

Resepi telur sedap yang patut anda cuba. Resepi sambal telur cili padi yang dikongsikan oleh CikMar Jhd di Facebook. Resepi ini telah mendapat perkongsian ramai. Konfirm keluarga anda akan makan bertambah 2 pinggan dengan telur sambal cili padi ini.

Resepi Sambal Telur Cili Padi

sambal telur cili padi

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Cili padi + cili merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Belacan
    (Blender/tumbut lumat)
  • Garam/gula/sedikit air asam jawa
  • Telur ayam
  • Minyak utk menumis

Cara Menyediakan :

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis semua bahan smpai pecah minyak.
  3. Masukkan air dan bahan perasa.
  4. Jika sudah mendidih, pecahkan telur sebiji-sebiji.
  5. Tunggu telur masak. Tutup api. Siap.

Sangat senang bukan? Tengok gambarnya saja sudah menitikkan air liur. Apalagi rasa betul-betul.
Sila cuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sambal telur cili padi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.