Sipa di sini mahu resepi sambal greng yang sedap?

Dalam masyarakat Melayu, tidak dapat lari dengan sambal. Ianya umpama penyedap kepada makanan. Tidak kisahlah bagaimana bentuk sambal itu. Yang pasti ianya dapat menambah om lagi selera. Di sini kmai ingin kongsikan resepi sambal goreng.

Sambal goreng adalah masakan yang tampak senang dibuat. Tetapi persoalannnya di sini, adakah ianya sedap? Ha, di sini menjadi satu tanda tanya besar.

 

Sambal Goreng Ikan Bilis Sedap
Imej via Lyana Hisham

 

Artikel kali ini kami ingin kongsikan sambal goreng sedap yang boleh anda cuba. Ianya telah dikongsikan oleh Puan Lyana Hisham. Sehingga hari ini ketika artikel ini ditulis, resepi sambal goreng ini telah mendapat ratusan ribu perkongsian di Facebook.

Sambal goreng ini apabila siap bolehlah digunakan untuk apa sahaja. Untuk kami, ianya boleh dimakan dengan apa-apa yang bergoreng apabila memasak masakan yang tidak berkuah. Selain itu, ianya juga boleh digunakan sebagai penambah rasa pedas untuk makanan seperti bubur, mee goreng dan lain-lain.

Yang penting, memang banyak manfaat dapat digunakan apabila siap sambal goreng ini. Nah, kami kongsikan resepi dan perkongsian oleh Puan Lyana secara terus di Facebooknya.

 

Cara dan Tips sambal Goreng Sedap

Ramai berkenan pada sambal goreng ini kan. Okay lah, Yana share resepi so anda semua bolehlah try.

Sebenarnya ini Yana belajar daripada Ibu, resepi asal daripada arwah nenek Yana. Arwah nenek memang pandai masak, dulu kecil-kecil order apa sahaja semua dia buat. Rinduu tok mak, Al Fatihah.

Here’s the recipe, Yana list kan secara ringkas ya.

 

Bahan bahannya:

  • *Bawang besar saiz sederhana 2
  • *Cili hijau 6 & Cili Merah 4
  • *Cili Padi merah sikit (kalau nak pedas)
  • *Ikan bilis sikit
  • *Belacan sikit
  • Asam Jawa (agak agak 1/2 dari saiz telur ayam, perah dalam mangkuk, air dia toskan)

*Semua bahan bahan nih blend kering.

 

Cara caranya:

  • Ambil minyak dalam 1 senduk (memang kena lebih kalau tak sambal tak garing)
  • Tumis bahan bahan blend kering tadi sampai garing
  • Once dah garing, baru masukkan air asam
  • Perasakan dengan garam, then gula sikit
  • Hiriskan bawang and campur sekali dalam sambal lepas tu tutup api
  • Lebihan minyak pada sambal tadi pandai pandai la buang sendiri okyah

Siap dah! Selamat mencuba. Boleh try makan dengan bubur, dengan nasi biasa pun okay jer.

 

Resepi Menarik Lain Yang Viral & Perkongsian Ramai

 
Anda suka resepi yang telah dikongsikan di atas? Pastikan anda tidak lupa untuk mencuba resepi sambal goreng ini nanti. Jangan lupa tinggalkan komen di bawah ini.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.