Sarapan pagi merupakan waktu makan yang paling penting untuk kita. Kalau tidak mengambil sarapan pagi, badan kita pastinya akan kekurangan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Umumnya roti selalu dijadikan sebagai sarapan pagi. Selain dari mudah disediakan, rasanya yang sedap juga menjadikannya sarapan pilihan ramai.
Selain itu, roti juga mempunyai pelbagai khasiat dan mengenyangkan. Roti juga sangat mudah didapati. Malah terdapat pelbagai aneka resepi berkaitan dengan roti yang boleh anda cuba. Selepas ni, anda pasti tidak akan pening memikirkan menu sarapan pagi. Jom tengok senarai resepi roti di bawah.
Selalu dengar roti goreng sardine je, apa kata kali ni anda cuba resepi roti goreng lemak manis ni. Sedap makan masa hujan, cara penyediaan pon senang je. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Arieana Zarra di laman Facebook.
Simple dan sedap! Dah makan mesti nak lagi!
1) Pecahkan telur. Masukkan susu dan garam. Kacau hingga sebati.
2) Potong roti ikut citarasa masing2 dan celup didalam adunan tadi.
3) Bila minyak dah panas. Goreng aje apa tunggu lagi.
4) Siap! Sedia untuk dinikmati.
Kalau buat roti murtabak, mesti ramai yang rasa terlalu berat dan tidak sihat. Jom cuba resepi murtabak bercheese yang sihat ni. Guna roti gardenia jenis wholegrain. Resepi dikongsi oleh Tengku Asmadi di laman Facebook.
1)Masukkan minyak zaitun dan biarkan sehingga minyak panas.
2)Masukkan daun bawang dan tumis sehingga naik bau.
3)Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis hingga layu dan bertukar kekuningan.
4)Masukkan cili padi dan lada benggala.
5)Masukkan ayam yang telah dipotong tadi sehingga masak.
6)Masukkan serbuk cili, serbuk paprika, lada hitam, serbuk oregano dan garam secukup rasa.
7)Gaul sehingga bahan masak dan ebati.
8)Potong roti di bahagian tengah menjadi bentuk segi empat.
9)Pecah kan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
10)Panaskan kuali non-stick, dan letakkan bahan tumisan tadi ke bahagian petak di tengah roti.
11)Tuangkan telur yang dipukul tadi ke atas roti.
12)Letakkan cheese ke atas roti dan ambil bahagian roti yang dipotong tadi dan tampalkan ke bahagian tengah roti.
13)Tunggu selama 1 hingga 2 minit dan terbalikkan roti sehingga roti masak.
14)Letakkan roti yang telah siap ke dalam pinggan. Murtabak roti siap untuk dihidangkan.
Sekiranya anda pening memikirkan menu yang sesuai untuk minum petang, apa kata cuba resepi tiny bites pizza ni. Anak-anak pun mesti suka. Cara penyediaannya pun mudah. Resepi dikongsi oleh Ain Marhaini di laman Facebook.
1)Roti menjadi 4 bahagian.
2)Sapukan sos cili ke atas roti dan ratakan.
3)Susunkan sosej ke atas roti yang disapukan sos cili tadi.
4)Taburkan mozzarella cheese.
5)Bakar pada suhu 170°c selama 5 minit.
6)Tiny bites pizza siap untuk dihidangkan.
Kalau ada roti lebih, mesti terfikir nak bawak bekal. Kalau selalu guna resepi yang sama mesti boring. Jom tengok cara buat roti daging cheese ni. Padat dengan isi dan pasti dapat mengenyangkan anda. Resepi ini dikongsi oleh Zarini Jaafar di laman Facebook.
1)Masukkan daging kisar ke pan dan goreng tanpa minyak sehingga garing.
2)Masukkan daging kambing dari sup kambing adabi tin ke dalam pan.
3)Goreng sekali daging kisar.
4)Masukkan serbuk oregano dan serbuk parsley.
5)Masukkan sos cili dan garam.
6)Gaul sehingga sos cili, garam, serbuk oregano, serbuk parsley sebati.
7)Setelah bahan-bahan sebati dan masak, tutupkan api.
8)Di pan pembakar sapukan marjerin sehingga rata.
9)Potong roti kepada dua belah bahagian.
10)Sapukan marjerin ke kedua dua belah roti.
11)Letak daging ke atas roti, letak mayonis, dan cheese.
12)Bakar roti ke dalam oven dengan menggunakan api atas bawah.
13)Setkan oven kepada 180 darjah selama 20 minit.
14)Keluarkan dari oven dan roti sedia untuk dihidangkan.
Sekiranya sebelum ini anda biasa mendengar mengenai kek pisang, apa kata kali ni anda cuba resepi roti pisang yang rangup dan manis ini. Gunakan roti keping dan bahan yang senang untuk di dapati. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Hamizah Zakaria di laman Facebook.
1)Sapu marjerin ke atas roti.
2)Potong pisang kepada dua bahagian atau secara bulat-bulat.
3)Susun pisang mengikut kreativiti sendiri.
4)Sapu mejerin dan sapu kuning telur di atas pisang tersebut.
5)Tabur cheddar cheese atau gula perang.
6)Bakar dengan suhu 180 celcius dengan masa selama 5 hingga 7 minit.
7)Keluarkan roti dan biar kan sedikit sejuk. Roti sedia untuk dimakan.
Puding roti sememangnya sangat sedap dimakan, lagi-lagi ketika disimpan dalam peti sejuk. Bagi peminat cheese, anda pastinya akan suka dengan puding roti cheese ini. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria di laman Facebook.
1)Carikkan roti dan rendam ke dalam 1 cawan air.
2)Kisar santan bersama gula, garam dan tepung gandum
3)Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam roti yang direndam tadi
4)Sapukan butter atau marjerin ke dalam loyang
5)Masukkan roti yang telah disebatikan ke dalam loyang tadi
6)Parut cheese jika mahu dan taburkan coklat chip serta kismis ke atas roti tadi
7)Bakar pada suhu 200 celcius selama 30 minit
8)Keluarkan roti dan tunggu sehingga sejuk
8)Potong roti mengikut saiz kesukaan anda
9)Hidangkan roti bersama kuah kastard. Siap! Selamat mencuba.
Bagi yang tinggal sendiri, pastinya mahukan sarapan yang senang dibuat tetapi sedap. Apa kata cuba resepi garlic bread ni. Menggunakan bahan-bahan yang senang didapati dan mudah untuk disediakan. Resepi ini dikongsi oleh Resepi Enak.
1)Ambil satu sudu butter dan campurkan dengan serbuk parsley dan serbuk garlic.
2)Sapukan butter yang telah dicampurkan dengan serbuk parsley dan bawang putih ke atas roti.
3)Bakar dalam periuk ajaib atau oven selama 5 minit.
4)Hidangkan roti yang telah siap bersama mushroom soup.
Sekiranya anda terfikir pencuci mulut yang menarik dan mudah untuk dibuat, apa kata cuba resepi ini. Tekstur puding yang lembut dengan sos kastard yang manis pastinya menjadi pelengkap rasa. Jom tengok cara mudah menyediakan puding ini. Resepi ini dikongsi oleh Azlina Ina.
1)Blander ke semua bahan kecuali roti.
2)Sapu butter pada setiap keping roti dan Loyang.
3)Susun roti ke dalam loyang dan curahkan bahan yang telah di blend tadi.
4)Tekankan roti supaya kesemua sos meresap.
5)Taburkan buah-buah kering yang telah direndam ke dalam air panas.
6)Kukus selama 30 minit.
1)Campur tepung kastard ke dalam air dan kacau sehingga rata.
2)Campur semua bahan dan masak di atas api perlahan.
3)Kacau sehingga sos sedikit pekat.
4)Tutup api dan biarkan sejuk.
5)Letakkan ke dalam mangkuk dan siap untuk dihidangkan.
Banyak kedai makan yang mula menyajikan roti telur goyang. Walaupun begitu, roti ini sebenarnya sangat mudah untuk disediakan. Resepi yang dikongsikan oleh Syima Haikal ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapat dan mengambil masa penyediaan yang singkat. Jom cuba resepi ini.
1)Panaskan air di dalam periuk. Biarkan sehingga air mendidih.
2)Setelah air mendidih, matikan api dan masukan telur yang telah dibersihkan.
3)Rendam selama 5 hingga 7 minit. Angkat dan ketepikan.
4)Rendamkan telur ke dalam air sejuk selama 2 dan 3 minit.
5)Panaskan pan dan bakar roti ke dalam pan.
6)Guna api sederhana, bakar selama 2 minit atau sehingga garing sambil membalikkan roti tadi.
7)Angkat dan ketepikan ke dalam pinggan.
8)Sapu roti yang dibakar tadi dengan kaya dan marjerin.
9)Pecahkan telur setengah masak tadi di atas roti.
10)Hidangkan roti dengan serbuk lada putih dan kicap. Selamat mencuba.
Kalau anda biasa mendengar mengenai roti sardin bakar, apa kata kali ni cuba roti sardin goreng. Rasa roti sardin yang rangup pastinya sesuai untuk dijadikan sajian minum petang. Resepi yang sangat mudah untuk disediakan ini dikongsi oleh Akila Insin.
1)Letakkan sedikit minyak ke dalam pan dan biarkan sehingga panas.
2)Tumis bawang besar dan cili padi sehingga garing.
3)Masukkan sardin ke dalam pan.
4)Masukkan gula dan garam secukup rasa.
5)Masak sehingga sardin sedikit kering.
6)Tutup api dan lenyek-lenyekkan sardin.
7)Masukkan tepung goreng pisang adabi dan tepung gandum ke dalam mangkuk.
8)Bancuh campuran tepung dengan air secukupnya.
9)Ambil sedikit inti sardin dan sapu ke atas roti.
8)Lipatkan roti dan celup ke dalam adunan tepung yang dibancuh tadi.
9)Panaskan minyak dan goreng roti sehingga garing.
10)Angkat dan toskan. Potong kepada dua bahagian.
11)Letakkan ke dalam pinggan dan siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Korang tahu tak sekarang ni ramai yang tengah mencuba resepi roti simple ala old town. Lepas ni tak perlu keluar beli dah. Boleh buat sendiri untuk jimatkan duit. Jom tengok resepi mudah yang dikongsikan oleh Resepi Insider di laman Facebook.
1)Bakar roti menggunakan oven atau toaster (pastikan roti tidak dibakar terlalu garing).
2)Potong roti kepada dua bahagian.
3)Sapu kaya pada sebelah bahagian roti sahaja.
4)Letakkan potongan butter yg dipotong nipis ke atas roti yang telah disapukan dengan kaya.
5)Tutup dengan roti kosong.
6)Ulang step ke 3, 4 dan 5.
7)Letakkan roti ke dalam pinggan dan roti siap untuk dihidang. Selamat mencuba !
Selain resepi roti simple di atas, kami juga menulis mengenai resepi menarik yang lain. Jangan lupa untuk mencuba dan memberi komen. Selamat mencuba!