Sudah bosan memasak juadah yang sama setiap hari? Tidak tahu hendak masak apa untuk bekal anak ke sekolah dan suami ke tempat kerja?

Resepi pada kali ini dapat menyelesaikan masalah anda. Resepi ini sangat menarik dan senang untuk disediakan.

Resepi Pizza Roti Telur ini telah dikongsikan oleh Noriza Zainal Abidin di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian dan like.

Resepi Pizza Roti Telur

Resepi Pizza Roti Telur

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 biji telur
  • 3 keping roti (potong cube)
  • 2 batang sosej
  • 2 sb butter (cairkan)
  • 2 sb sos spahetti
  • 5 sb susu cair
  • 1 sb mayonis
  • 2 keping cheddar cheese (sekeping potong 4)
  • Mozarella
  • Sedikit oregano (hiasan atas cheese)

P/s: Boleh dapat sehingga 8 papercup.

Cara penyediaannya:

  1. Campurkan kesemua bahan dari telur sehingga 2 keping cheddar cis uang dipotong empat.
  2. Masukkan ke dalam pepercup. Letak cheese. Tabur sedikit oregano.
  3. Bakar suhu 160 celcius selama 10 minit.
  4. Jika kurang masak tambah masa lagi.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.