Minat resepi pizza?
Teringin makan pizza tapi duit tak cukup tak mampu beli? Lebih-lebih agi kalau mahu beli kena keluar rumah terlebih dahulu dan pergi restoran pizza. Untuk anda yang ada kenderaan memng senang. Tetapi macam mana pula dengan yang tidak ada kenderaan ini. Kena mengikat perut sahaja.
Anda semua tidak perlu risau. Kami akan menghadirkan resepi pizza yang simple, jimat masa, senang namun sangat lazat. Selepas ini anda tidak perlu mengikat perut lagi jika teringin pizza.
Resepi pizza ini sangat simple hanya dalam 15 minit siap. Pizza ini menggunakan roti putih. Tidak perlu leceh membuat adunan doh roti pizza. Cukup guna roti putih yang ada di rumah anda. Kalau ada roti yang hampir expired namun tidak habis lagi. Boleh diubah menjadi roti pizza yang sedap sangat!
Pizza simple ini boleh dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan atau dijadikan bekal untuk anak-anak anda pergi sekolah mahupun bekal sarapan untuk pergi bekerja.
Di bawah ini kami kongsikan resepi pizza mudah serta lengkap dengan gambar step by step yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali di facebook. Anda jangan risau, resepi ini sangat mudah dan tidak memakan masa. Sila cuba resepi ini.
1. Letak roti ke dalam dulang pembakar.
2. Letak sos spaghetti dan sos cili.
3. Letak sosej dan cendawan.
4. Letak mayonaise.
5. Taburkan cheese.
6. Akhir sekali, bakar selama 10 minit pada suhu 150’C. Siap.
Selain resepi pizza roti putih, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.