Ada yang mencari resepi peach strudel yang enak? Nah, kami sediakan tiga resepi Peach Strudel buat anda yang teringin untuk menikmati pencuci mulut ini.

Peach Strudel pernah viral suatu Ketika dahulu. Tak dinafikan ia masih menjadi kegilaan ramai. Ramai yang menyangka resepinya agak sukar. Namun percayalah jika anda teliti dan buat dengan cara yang betul pasti menjadi senang dan sedap.

Jika ada yang tak pernah mencubanya, kami beri sedikit bayangan keenakan pencuci mulut ini. Rasa roti adalah rangup dimakan pula bersama cream cheese dan buah peach yang manis di atasnya. Cair di mulut, memang mengiurkan.

Tak perlu lagi ke bakeri, cubanya sendiri di rumah pasti puas. Boleh buat mengikut kuantiti dan citarasa yang diinginkan. Jom pilih resepi mudah bagi anda.

Resepi 1

Resepi pertama peach strudel ini dikongsikan oleh BWY Kuantan di laman Facebooknya. Menariknya, puff pastri yang digunakan adalah dari produk dan jenama itu sendiri. Nak tahu kesedapannya, anda cubanya sendiri bersama puff pastri tersebut. Ikuti langkah di bawah.

Bahan-bahan:

  • 4 keping Puf Pastri BWY
  • 1 biji kuning telur
  • 125gm keju krim Cottura
  • 2 sudu besar gula ising
  • 70gm Krim Putar Westgold
  • 1 tin BWY Peach Halves (dihiris)

Cara memasak:

1. Potong puf pastri menjadi segi empat, letak pada dulang pembakar yang telah dilapis.

2. Sapukan kuning telur di atas puf pastry.

3. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 30 minit lalu biarkan sejuk.

4. Di dalam mangkuk pengadun, pukul keju krim sehingga berkrim lalu masukkan gula ising dan gaul hingga sebati.

5. Masukkan krim putar dan gaul sehingga sebati.

6. Pindahkan adunan keju krim ke dalam beg paip.

7. Paipkan keju krim di atas puf pastry kemudian letakkan hirisan peach di atas krim.

8. Tutup dengan kepingan puf pastry lain. Paipkan lagi inti keju krim di atas puf pastri. Letakkan hirisan peach di atas krim.

9. Akhirnya, taburkan sedikit gula ising sebagai hiasan.

10. Peach strudel sedia untuk dihidangkan

Resepi 2

Resepi yang kedua ini dikongsikan oleh Jaevyn Krsty di Facebooknya. Beliau menggunakan air fryer Giselle 6.8L untuk membakar pastri tersebut. Jika anda mempunyai air fryer, ikuti resepi ini. Jadi peach strudel anda dapat masak dengan cepat iaitu dengan 195 darjah selsius hanya dalam masa 10 minit sahaja.

Bahan-bahan:

  • 1 paket puff pastry
  • 1 biji telur kuning
  • 200 gram cream cheese
  • 5 sb gula kastor
  • 1 cawan whipping cream
  • 1 sk esen vanila
  • 1 tin peach

Cara memasak:

1. Potong kepingan puff pastry kepada dua bahagian.

2. Cucuk kepingan puff pustry dengan garfu.

3. Sapu kepingan pustry dengan telur kuning.

4. Bakar sehingga bahagian atas puff pastry kekuningan.

5. Pukul whipping cream sehingga kental dan ketepikan.

6. Pukul cream cheese, gula kastor, esen vanila hingga sebati.

7. Masukkan whipping cream tadi dan kaup semula hingga sebati (jangan overbeat).

8. Paipkan cream tadi atas puff pastry yang sudah dibakar.

9. Hiaskan di atasnya dengan peach yang dipotong nipis.

Tips: Boleh taburkan gula ising di atas peach jika anda mahu.

Resepi 3

Resepi peach strudel yang ketiga ini pula milik Hidayati Hana di Facebook. Resepi yang dikongsikannya mendapat sambutan yang hangat melalui perkongsian dan jumlah like serta komen. Caranya sangat mudah dan teratur. Rasanya sudah pasti sedap. Tak hairanlah dapat banyak perkongsian di FB. Jom tengok bahan-bahan dan cara memasak.

Bahan-bahan:

  • 4 keping kulit pastry puff
  • 1 biji kuning telur
  • 125gm cream cheese
  • 2 sdb gula icing
  • 70gm whipping cream
  • Buah peach dalam tin

Cara memasak:

1. Potong puff pastri kepada empat bahagian.

2. Sapukan puff tersebut dengan kuning telur.

3. Lapikkan tray dengan baking paper lalu letakkan puff pastry yang telah disapu telur.

4. Bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah selama 30 minit.

5. Jika sudah masak, sejukkan sebentar.

6. Putar cream cheese hingga lembut.

7. Masukkan gula ising dan whipping cream.

8. Putar atau kacau hingga sebati.

9. Masukkan krim ke dalam piping bag.

10. Pipekan krim keatas pastry puff tadi ( jika cream cheese cair, anda boleh masukkan ke dalam peti sejuk sekejap sebelum digunakan).

11. Susun buah peach yang yang sudah dipotong ke atas krim.

12. Taburkan gula ising jika anda suka.

13. Sedia untuk dihidang.

Tips: Jika anda mahu membuat dalam kuantiti yang banyak, anda boleh gandakan adunan.

Bagaimana dengan resepi peach strudel di atas? Rata-rata resepi menggunakan bahan yang sama. Namun cara memasak sedikit berbeza mengikut citarasa yang mereka mahukan sendiri. Setelah diteliti, memang mudah resepi ini.

Jika anda teringin pencuci mulut atau mahukan menu berbeza yang enak dan unik untuk sebarang majlis, apa kata anda hidangkan peach strudel. Pasti ramai yang memujinya. Selamat mencuba!

Nak resepi pencuci mulut yang lain? Apa kata anda cuba resepi di bawah:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.