Pau merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentuk bulat serta mempunyai inti di dalam, sama ada manisan, berdaging atau sayur-sayuran.

Pau sangat mengenyangkan, sebahagian orang memakan pau untuk sarapan. Pau termasuk favorit dalam kalangan kanak-kanak hingga orang dewasa. Di bawah ini kami kongsikan resepi pau gebu yang sangat diminati yang dikongsikan oleh Rosaslinda Md Nor‎ di Facebook.

Ciri pau ialah berwarna putih, bulat dan gebu serta lembut dimakan. Walaupun ada beberapa pau berwarna hijau misalnya, menandakan itu ialah pau pandan dengan inti kelapa. Biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut.

Teknik popular memasak pau ialah dengan cara kukus. Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilakukan.

Sila cuba resepi ini dirumah dengan cara kukus dan anda boleh meletak inti yang anda mahu seperti kaya, kacang merah, coklat, cendawan, ayam dan lain-lain.

Resepi Pau Gebu

pau kukus

Imej via Google

Bahan-bahan :

  • 1 kg tepung pau.
  • 1 sudu teh baking powder.
    -Kedua-dua bahan di atas diayak bersama (Bahan A)
  • 1 sudu teh garam.
  • 1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak.
  • 2 1/4 cawan air.
  • 11 gm yis.
  • 1 sudu makan gula.
  • 2 sudu makan susu pekat manis.
  • 1 biji telur.
    -Satukan bahan di atas dan kacau hingga gula larut (Bahan B)

Cara Membuat :

1. Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk besar.

2. Tuangkan Bahan B cecair sedikit-sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.

3. Tutup doh dengan kain dan biarkan 5 minit.

4. Ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar bola pimpong ( anggaran berat 35 gm ).

5. Kemudian leperkan.

6. Masukkan inti yang telah dibulat-bulatkan sebesar guli ( anggaran berat 12 gm ).

7. Tutup dan kemaskan.

8. Letakkan doh di atas lapik kertas minyak yang dipotong segi empat atau bulat, atau letakkan di atas paper cup yang dileperkan sedikit.

9. Susun dalam kukusan, dan jarakkan sedikit antara satu sama lain.

Tips :

  • Biarkan doh naik 1 kali ganda (jangan terlalu naik ya, sebab ia akan mengecut pula bila di kukus dan membuatkan permukaannya mengerutu dan keras).
  • Pastikan kukusan telah di panaskan terlebih dahulu hingga airnya betul-betul mendidih.
  • Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari kukusan tidak menitis atas pau yang membuatkan permukaan pau berkawah.
  • Jika mahu buat ½ adunan, kurangkan jumlah air, gula, susu pekat, sukatan yis tetap sama.

10. Kukus pau selama 7 hingga 10 minit.

pau kukus

Imej via Facebook

Tips Untuk Frozen :

  • Setelah pau sejuk dari redai, simpan dalam bekas plastik yang kedap udara. Masukkan dalam beg plastik pun boleh.
  • Simpan dalam peti ais.
  • Bila nak makan keluarkan dan kukus semula selama 1 minit.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pau kukus gebu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.