Jika anda penggemar pajeri nenas, tentu anda pernah mencuba atau melihat pelbagai jenis dan cara masakan orang yang membuat menu ini. Ada yang bersantan dan ada juga yang tidak menggunakan santan. Yang menggunakan santan pula, ada yang jenis sukakan kuah cair dan ada pula yang sukakan kuah yang pekat.

Terdapat pelbagai cara masakan untuk pajeri nenas ini terpulanglah kepada citarasa masing-masing untuk mengolah resepi kerana nanti akhirnya, akan masuk ke dalam perut anda jugak kan. Hihi. Hatta buah nenas itupun ada pelbagai cara masak; ada yang suka mencelurnya terlebih dahulu supaya akan hilang rasa masam nenas itu kerana pajeri nenas ini biasanya manis, bukan masam.

Kuah pajeri nenas ini jika ikut tradisi turun temurun, ia mestilah pekat bersantan dan manis. Manakala rasanya mestilah berempah. Jika cukup semua tu, InshaaAllah biasanya akan menjadilah pajeri nenas anda itu. Sangat sedap dihidang dengan nasi putih yang masih panas bahkan dapat menambahkan lagi selera makan anda.

Tak susah pun untuk membuat pajeri nenas ini. Apa kata anda ikut sahaja resepi yang telah dikongsikan oleh saudari Yusni Abdul Rahman di Facebook. Pajeri nenasnya nampak sedap dan resepinya pula mudah untuk dimasak. Selamat mencuba!

Resepi Pajeri Nenas

Pajeri Nenas

Image via Facebook

Bahan-bahan:

Nenas (potong ikut suka)
Bwg merah bwg putih halia (hiris halus)
Rempah 3 sekawan (Bunga lawing, kulit kayu manis, dan bunga cengkih)
Udang kering
Santan
Kerisik
Serbuk kari daging(saya guna babas)

Cara Penyediaan:

(1) Tumis bahan yg dihiris hg kekuningan.
(2) Masukkan rempah 3 sekawan tu sekali ye kemudian bila tumisan dah kekuningan masukkn serbuk kari yg sudah dicampurkn sedikit air.
(3) Masukkn sedikit udang kering (agak2 lah ye)
(4) Kacau sehingga rempah masak atau naik minyak
(5) Kemudian masukkn hirisan nenas..biarkn hingga nenas sebati ngan rempah tu.
(6) Apabila dah sebati masukkan santan dan kacau sebati lagi
(7) Kemudian, bolehlah diletakkn kerisik (agak2lah ye)
(8) Masaklah hingga agak sedikit pekat. Letak garam dan gula secukup rasa. Kepekatan terpulang pada selera masing-masing. Nak pekat lebihkan kerisik dan kalau tak nak pekat kurangkan ok. Siap!

Selain resepi pajeri nenas ini, kami juga memaparkan resepi-resepi lain yang turut mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan lihat kesemua resepi kami yang semuanya sedap dan mudah untuk dicuba. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.