Salah satu antara menu sarapan yang digemari ialah nasi goreng. Nasi goreng merupakan masakan panas segera yang lazat. Nasi goreng dibuat daripada nasi putih yang di goreng dengan ramuan serta bahan-bahan mengikut selera.

Jika di rumah ada banyak nasi yang tidak habis dan sudah dingin, anda boleh mengolahnya menjadi nasi goreng. Nasi goreng biasa disediakan dengan telur dan sayur salad. Namun makin lama resepi makin berkembang sehingga ada yang membuat nasi goreng dengan ikan bilis, udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran lain.

Bagi masyarakat Malaysia sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan nasi goreng sebagai sarapan. Namun ada juga yang menjadikan nasi goreng sebagai makan malam. Biasanya nasi goreng dimakan tanpa. Namun masa kini ada yang memakan nasi goreng dengan lauk mengikut selera masing-masing.

Tanpa membuang masa pada resepi kali ini kami akan berkongsi resepi nasi goreng ikan masin mudah dan sedap yang dikongsikan oleh ‎Nana Sabrina Sarsan di Facebook. Sila cuba resepi ini.

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

nasi goreng ikan masin

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang putih kisar kasar/tumbuk.
  • Ikan masin jenis apapun boleh, cincang kasar.
  • Kacang panjang hiris kasar.
  • Minyak.
  • Cili padi. Untuk yang suka pedas.
  • Fish sos.
  • Sos tiram.
  • Garam.
nasi goreng ikan masin

Imej via Facebook

Cara Memasak :

1. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin sehingga betul-betul garing.

2. Masukkan 1/2 sdm bawang putih, jika masukkan 1 sdm pun boleh. Tumis sehingga bawang putih warna coklat.

3. Kemudian masukkan kacang panjang, gaul sebentar.

4. Ketepikan kacang panjang di tepi kuali, selepas itu pecahkan sebiji telur. Gaul sehingga telur masak.

nasi goreng ikan masin

Imej via Facebook

5. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata.

6. Selepas itu masukkan 2 sdm sos ikan.

7. Masukkan 1 sdm sos tiram.

8. Akhir sekali, masukkan garam. Gaul sebati lebih kurang 10 minit. Siap!

Tips :

Kalau mahu lagi sedap pastikan masa goreng nasi menggunakan api kuat hingga nasi masak sebati.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi goreng ikan masin, kami juga berkongsikan resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.