Ada yang mencari resepi mee berkuah? Ramai yang lebih menggemari mee berkuah lebih-lebih lagi dihidangkan sewaktu masih panas. Setiap hirupan kuah lebih nikmat.

Jika anda penggemar mee yang mencari resepi mee berkuah untuk makan sendiri atau dihidangkan buat tetamu, kami sediakan 10 resepi mee berkuah yang perlu anda cuba.

Kebanyakan resepi sangat mudah untuk dimasak dan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah. Setiap resepi dikongsikan dari resepi dan mempunyai banyak perkongsian. Pasti menjadi dan tak menyesal untuk dicuba. Ini 10 resepi pilihan anda!

Mee Hailam

NorSilah Abdullah telah berkongsi resepi mee hailam di Facebook. Resepi ini menggunakan daging namun jika ada yang lebih gemar ayam, anda boleh memasukkannya.

Bahan-bahan:

  • 6 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • 2 sdm cili blender
  • 1/2 sdt lada sulah (boleh tambah kalau suka)
  • 2 sdm sos cili
  • 2 sdm sos tomato
  • 2 sdm sos tiram
  • Sedikit kicap pekat
  • 2 sdm tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah)
  • Kicap manis secukupnya
  • 500 gm mee kuning
  • Daging hiris nipis
  • Fish ball/fish cake
  • Udang/sotong (tak bubuh)
  • 1 ikat sayur kailan
  • 1 paket kecil putik jagung
  • 1 batang lobak merah
  • Sedikit kubis bunga
  • Garam secukup rasa
  • Minyak bijan

Cara memasak:

1. Masukkan minyak ke dalam kuali. 

2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.

3. Masukkan cili dan tumis lagi.

4. Masukkan daging dan bahan-bahan sos.

5. Tambahkan sedikit air dan masak sehingga daging agak empuk. Masukkan fish ball atau fish cake, udang atau sotong jika ada.

6. Masukkan 1 liter air (nak banyak kuah boleh tambah).

7. Masukkan lada sulah dan renehkan kuah sehingga daging empuk.

8. Masukkan sayuran yang keras dahulu dan renehkan lagi.

9. Masukkan mee dan sayur kailan juga garam (jika perlu).

10. Masukkan juga tepung jagung yang sudah dibancuh. Renjiskan sedikit minyak bijan untuk aromanya dan jangan masak lama apabila sudah masuk mee kerana mee akan kembang.

11. Siap.

Mee Kuah Kelantan

Kebiasaannya mee kuah dibuat dengan cara menumis cili kisar. Namun lain pula mee kuah versi Kelantan dan Terengganu yang seakan mee sup dan berwarna putih. Memang sedap untuk dicuba. Ikuti resepi dari Nur Adyani.

Bahan-bahan:

  • Tulang/daging
  • Mee kuning (cuci & toskan)
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Bawang besar (hiris)
  • Halia*
  • Lada hitam*
  • Sawi, Carrot, Kobis
  • Telur
  • Tomato

Cara Memasak:

1. Rebus tulang atau daging sampai empuk.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk* (tumis darat).

3. Apabila sudah garing masukkan kedalam rebusan tulang atau daging tadi bersama bawang besar.

4. Masukkan garam, sedikit ajino dan maggie cukup rasa.

5. Biar seketika dan pecahkan telur. Masukkan sayur-sayur.

6. Akhir sekali masukkan mee yang telah dicuci tadi.

7. Siap.

Mee Bandung

Zana Mokhtar pula berkongsi resepi mee bandung. Resepi ini juga menjadi kegemaran ramai kerana sangat mudah untuk dimasak. Lebih pedas pasti lebih ngam! Dengan pes istimewa ini menjadikan mee bandung ini lebih nikmat!

Bahan-bahan untuk pes:

  • Udang kering yang direbus dulu
  • Air rebusan udang kering
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit biskut Marrie

Nota: Kisar kesemua bahan diatas dan tumiskan masak untuk di jadikan p-b. 

Bahan-bahan untuk kuah:

  • Daging atau tulang daging
  • Udang hidup
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sayur sawi
  • Telur
  • Ubi kentang (untuk pekatkan kuah)

Cara memasak:

1. Rebuskan tulang daging atau daging bagi empuk dahulu dan air rebusan tu jangan di buang sebab nak buat stok kuah nanti.

2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang kita dah buat pes tadi.

3. Biarkan seketika sehingga tumis pecah minyak dan selepas tu masukkan tulang daging atau daging yang kita sudah rebuskan tadi.

4. Biar seketika bagi mesra selepas tu masukkan kesemua stok air daging tadi dan sedikit air.

5. Biarkan semesra daging tersebut dan masukkan kentang yang sudah dikisar ke dalam kuah tapi sebelum itu kentang itu perlu di goreng dahulu dan barulah di kisarkan.

6. Masukkan udang, fish cake, fish ball dan pecahkan telur ke dalam kuah.

7. Biar seketika sehingga masak dan akhir sekali masukkan sawi.

8. Angkat dan siap dihidangkan bersama mee dan bawang goreng.

Mee Celup Thai

Ada penggemar mee celup disini? Anda boleh membuatnya sendiri dan ikuti resepi mudah dari Faziela Lala. Selain mee, anda juga boleh menggunakan bihun, maggi mahupun kuey teow. Mee celup sedap dan lengkap dimakan bersama cili jeruk, chili oil, telur separuh masak dan minyak bawang putih.

Bahan kuah:

  • Tulang/Daging/Ayam
  • 1 paket Rempah Sup Thai (Pack Oren)
  • Bawang putih *Diketuk
  • Serai *Diketuk
  • Akar Ketumbar
  • Daun Ketumbar *Diblender
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kicap Sotong/ Sos Ikan
  • Kicap Mountain Thai

Cara memasak:

1. Tumis bawang putih, akar daun ketumbar, serai, halia, lengkuas dan 1 paket rempah sup thai sehingga naik bau.

2. Kemudian, masukkan daun ketumbar yang telah dikisar untuk menaikkan lagi aroma kuah, Masukkan sekali kicap sotong dan kicap mountain thai.

3. Tambahkan air berserta daging atau ayam, garam dan serbuk perasa.

4. Rebus sehingga daging empuk.

5. Apabila daging sudah empuk, keluarkan dan hiris nipis-nipis.

Bahan Celur:

  • Kangkung/sawi
  • Taugeh
  • Mee/kuew teow/ bee hoon/Meggi Thai

Bahan Penambah Rasa:

  • Lada Jeruk
  • Limau Nipis
  • Bawang Goreng
  • Bawang Putih Goreng
  • Kacang Tumbuk
  • Serbuk Lada Sulah
  • Minyak Cili

Mee Kari

Mencari menu dan resepi mee berkuah yang sesuai untuk makan petang mahupun untuk sebarang jamuan? Mee kari pasti menjadi pilihan ramai. Bukan sahaja sedap, malah cara penyediannya cukup mudah. Ikuti resepi dari Bunga Jua.

Bahan-bahan untuk kuah:

  • Ayam / daging
  • Tauhu pelampung (goreng sekejap)
  • 2 biji bawang merah besar *
  • 3 biji bawang putih*
  • 2s/b udang kering*
  • 10 tangkai cili kering*
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 4s/b serbuk kari√
  • 2s/b serbuk cili√
  • 1 kotak kecik santan
  • 1cwn air
  • 1 pc kiub pati ayam

Nota: Kisar bahan bertanda * manakala bahan bertanda √ bancuh degan sedikit air.

Cara memasak:

1. Panaskan minyak.

2. Masuk serai, bahan kisar bahan kisar bertanda * dan bahan bertanda √.

3. Tumis sampai  pecah minyak.

4. Masuk ayam atau daging. Biar bagi masak sekejap.

5. Masukkan santan dan air serta kiub pati ayam mengikut kepekatan yang diinginkan. Jangan terlampau cair atau terlampau pekat.

6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.

7. Biar mendidih baru masukkan tauhu tadi.

8. Siap.

Bahan lain:

  • Mee kuning (celur sekejap)
  • Fishball (goreng&hiris)
  • Fishcake (goreng&hiris)
  • Tauge
  • Dau sup (hiris)
  • Lada merah/hijau (hiris)
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi
  • Telur rebus belah dua
  • Nak tambah kerang/udang pun boleh

Sizzling Yee Mee

Shai Anne Ahamed pula telah mengongsikan resepi kegemaran ramai jika berkunjung ke medan selera di Lotus iaitu Sizzling Yee Mee. Anda juga boleh menggantikan yee mee bersama mee mahupun nasi.

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 1 mangkuk ayam
  • 10 biji cendawan shiitake kering (rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian)
  • 10 tangkai cili kering (potong)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 inci halia (hiris nipis)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sk serbuk lada hitam (dikisar sendiri)
  • 1 senduk kicap pekat
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 sb minyak bijan
  • 3 sb tepung jagung (dilarutkan dalam sedikit air)
  • Garam
  • Gula
  • 1 liter air

Bahan-bahan lain:

  • 1 bungkus yee mee (Boleh juga guna mee kuning, kueh tiaw & nasi putih)
  • Telur
  • Pakchoy

Cara penyediaan:

1. Perap ayam dengan kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam.

2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar.

3. Masukkan cendawan shiitake.

4. Masukkan 1 liter air, perasakan dengan garam dan 1sb gula.

5. Apabila dah menggelegak, masukkan larutan tepung jagung, masak hingga kuah pekat.

6. Tutup api.

7. Sediakan kuali non stick, letakkan yee mee, curahkan kuah sizzling ke atas yee mee. Buka api dapur, masukkan sebiji telur dan pakchoy. Masak sekejap hingga mee lembut.

8. Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan yg ingin disediakan.

Mee Kicap Ipoh

Tak perlu bersusah payah ke Ipoh hanya sekadar ingin merasai keenakan mee kicap di sana. Anda boleh mencubanya sendiri mengikut resepi yang dikongsikan oleh Keqla Aziz. Rupa-rupanya memang sangat mudah untuk menyediakannya.

Bahan untuk kicap:

  • Bwg putih (cincang halus)
  • Halia (cincang halus)
  • Kicap
  • Chicken Stock
  • Minyak Bijan

Nota: Tumis semua bahan di atas dan renehkan. Perasa ikut sesedap rasa.

Bahan Sup:

  • Bwg putih / Halia (tumbuk halus)
  • Fishball
  • Rangka ayam (isi asingkan, carik-carik untuk letak di atas mee nanti)
  • Garam dan perasa secukupnya

Bahan-bahan lain (hiasan):

  • Mee Kuning (celur)
  • Sawi Pak Choy (celur)
  • Taugeh
  • Fishcake
  • Fish & Soy
  • Isi Ayam
  • Chili and Garlic Oil

Cara-cara Penyedian:

Letak sedikit kicap tadi ke atas pinggan kemudian letak mee dan gaul-gaulkan dengan kicap. Sup sebagai tambahan jika mahukan mee berkuah.

Mee Kungfu Seafood

Buat penggemar mee, mereka pasti lebih suka makan dan menikmati mee kungfu berbanding kuey teow kungfu. Resepi yang dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman ini adalah untuk satu hidangan sahaja. Jika anda ingin makan beramai-ramai, anda boleh gandakan bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan:

  • 250g mee kuning
  • 2 biji telur
  • Seafood pilihan
  • 3 ulas bawang putih  ( cincang halus )
  • 3 biji cili padi ( ketuk sedikit)
  •  Sedikit lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung ( bancuh dgn air)
  • Sayur pilihan
  • Air secukupnya
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam dan perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

1. Ambil mee kuning lalu basuh dan toskan.

2. Pecahkan sebiji telor dan letak sedikit garam. Kacau telur lalu masukkan kuey teow dan gaul sebati. Goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara buat kuah:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan, masukkan cili padi dan masukkan isi ayam dan udang goreng sampai masak.

2. Masukkan lada sulah dan sos tiram serta masukkan air.

3. Apabila mendidih masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan air,  nak kepekatan kuah macam mana terpulang selera masing-masing ye.

5. Ambil sebiji lagi telur (saya guna telur putih je) tuang dalam kuali dan kacau cepat-cepat. Masukkan sotong.

6. Masukkan garam dan perasa dan sayur pilihan.

7. Apabila kuah dah masak, bolehlah tuang ke atas mee kuning yang di goreng tadi.

8. Bolehlah tabur sedikit bawang goreng ke atas hidangan dan boleh perah limau kasturi jika suka.

Cara buat kicap cili potong:

Potong cili padi dan masukkan ke dalam kicap cair. Siap.

Mee Udang

Sebut sahaja mee udang, pasti ramai yang terbayang keenakan mee udang di Kuala Sepetang. Nak rasa mee udang yang sedap? Apa kata cuba resepi dari Itah Dhlan. Resepi ini dikhaskan untuk 2 hidangan sahaja.

Bahan A:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1/2 biji carrot (rebus sekejap)
  • 8 tangkai cabai kering (kalau tak nak pedas kurangkan cabai )
  • 2 biji tomato

Bahan B:

  • Udang
  • Mee
  • Garam
  • Perasa
  • 1 sudu kecik gula
  • Daun bawang dan daun sup
  • Bawang goreng
  • 5 sudu besar sos cili

Cara penyediaan:

1. Kisar bahan A sehingga hancur.

2. Kemudian masukkan minyak, tumis bahan A sampai garing atau sampai masak. Apabila sudah nampak kering, masukkan sos serta air dan udang.

3. Basuh mee terlebih dahulu. Kemudian masuk mee ke dalam kuah tadi. Kacau lalu masukkan perasa dan garam secukup rasa. Ikut kepekatan kuah udang tu nak pekat atau cair.

4. Jika tak mahu masukkan mee, boleh celur terlebih dahulu. Curah kuah udang tadi ke atas mee, hias dengan daun sup, daun bawang serta bawang goreng.

Mee Sup Chinese Style

Mee sup chinese style yang dikongsikan oleh Fatin Hanisah ini antara resepi mee berkuah paling mudah dan sedap untuk dibuat. Tambah chili oil lebih sedap terutama buat penggemar makanan pedas. Resepi ini menggunakan mee lidi. Namun jika anda tidak mempunyainya, anda boleh menggunakan mee biasa.

Bahan sup:

  • Ayam
  • Kiub ayam
  • 5/6 biji bawang putih (dicincang)
  • Garam

Cara penyediaan sup:

1. Rebus ayam dan apabila sudah masak ayam, keluarkan.

2. Masukkan kiub ayam.

3. Tumis bawang putih lalu masukkan semuanya ke dalam air rebusan ayam.

4. Bubuh garam dan siap.

Bahan hiasan:

  • Sawi (dicelur)
  • Jejari ketam
  • Ayam rebus (dicarik isinya)
  • Sambal kicap
  • Mee lidi

Menarikkan resepi mee berkuah diatas. Kesemuanya sangat mudah untuk disediakan walaupun ada resepi yang menggunakan pelbagai bahan.

Dah tahu menu yang mahu dicuba untuk dimakan bersama yang tersayang? Cuba kesemuanya pasti tak menyesal!

Mencari resepi lain yang mudah dan sedap selain nasi? Jom tengok resepi-resepi ini!

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.