Masakan Indonesia merupakan jenis masakan yang cukup popular di Malaysia. Bukti popularitinya terserlah apabila restoran yang menyajikan hidangan Indonesia kerap dikunjungi orang kita.
Alang-alang berada di rumah, apa kata anda cuba masak masakan Indonesia? Untuk itu, berikut kami senaraikan 12 resepi masakan Indonesia untuk anda. Teruskan membaca!
#1 Soto Ayam
Siapa sahaja yang tidak pernah terdengar tentang soto ayam? Hidangan ini cukup enak dinikmati panas-panas sebagai sarapan atau makan malam. Resepi ini dikongsikan oleh Fara Lome di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
1 inci lengkuas
1 inci halia
4 biji bawang merah besar
1 ulas bawang putih
1 biji buah keras
Bahan lain:
Isi ayam (dipotong besar )
2 batang serai (diketuk)
Minyak untuk menumis
Serbuk sup Adabi (guna separuh daripada satu paket)
Serbuk kurma Adabi (guna separuh juga)
1 kiub pati ayam
Akar daun sup (potong dan cuci bersih)
Air 2 liter/ satu jag
Bahan begedil kentang:
5-6 biji ubi kentang (dibuang kulit dan dipotong kecil)
1 biji telur
Lada sulah
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Cara-cara:
Tumis bahan kisar, serai dan akar daun sup sehingga naik bau / masak / sedikit garing.
Masukkan serbuk sup dan kurma / rempah soto.
Masukkan ayam. Setelah air ayam hampir kering, baru masukkan air.
Masukkan kiub pati ayam dan perasakan dengan gula dan garam.
Renehkan sehingga ayam masak.
Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nanti).
Untuk begedil kentang, rebuskan kentang.
Lenyekkan kentang dan masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng.
Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.
Dalam mangkuk berasingan, pecahkan telur dan masukkan lada sulah. Pukul laju.
Panaskan minyak (menenggelami separuh begedil).
Celup begedil dalam bancuhan telur dan gorengkan hingga garing.
Sedia untuk dihidang.
#2 Bakso
Bakso – nama hidangan Indonesia yang tidak perlu kami perkenalkan lagi. Resepinya yang mudah ini juga turut viral. Resepi ini dikongsikan oleh Indri Alvirra Alvisya di laman Facebook.
Bahan-bahan:
500 g daging lembu giling
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil garam
90 ml air sejuk
1 biji putih telur
5 sudu besar tepung ubi
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Bahan kuah bakso:
½ sudu kecil serbuk lada putih
6 ulas bawang putih
3 sudu besar garam
2 liter air
2 helai daun bawang
500 g tulang daging lembu
Bahan sambal bakso:
1 paket cili padi
Lada kering
2 ulas bawang putih
Garam
Serbuk perasa
Garam
Gula
Bahan lain:
Mi kuning atau mihun
Cara-cara:
Masukkan tepung ubi dan serbuk penaik ke dalam mangkuk.
Kisar daging giling bersama sedikit air.
Untuk daging kisar, campurkan dengan bawang putih, putih telur, serbuk lada putih dan garam. Uli sebati.
Campurkan pula dengan bahan tepung ubi tadi dan uli sebati.
Simpan di dalam bekas dengan plastic dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
Setelah doh mula sedikit sejut, bulatkan dan rebus seketika.
Setelah bebola daging terapung, angkat dan ketepikan.
Untuk kuahnya, rebus air hingga mendidih.
Masukkan tulang lembu dan biar selama 30 minit.
Masukkan bawang putih yang sudah dihancurkan.
Masukkan daun bawang, garam dan serbuk lada putih.
Untuk sambal, rebus cili padi bersama lada kering.
Kisarkan bersama bawang putih.
Perasakan dengan garam, serbuk perencah dan gula.
Tunggu hingga ia mendidih.
Sedia untuk dihidang.
#3 Rendang Daging Minang
Rendang daging Minang ini cukup enak dinikmati bersama Nasi Padang. Resepinya juga mudah untuk diikuti. Resepi ini dikongsikan oleh Ayu Susanti di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering pedas
Halia
Lengkuas
Bahan lain:
Daun kunyit
Serai
Daun limau purut
Daun salam
Santan
Daging
Cara-cara:
Tanpa menggunakan minyak, panaskan kuali dan masukkan daging bersama bahan kisar, daun kunyit, serai, daun limau purut dan daun salam.
Apabila menggelegak, boleh masukkan santan, garam & serbuk perasa.
Untuk 1 kg daging, anda perlukan 1 kg santan.
Sedia untuk dihidang.
#4 Biskut Kastengels
Biskut Kastengels merupakan sejenis biskut di Indonesia yang mempunyai pengaruh Belanda. Seperti namanya, ianya merupakan jejari keju. Resepi ini dikongsikan oleh Ida Alina Salleh di laman Facebook.
Bahan-bahan:
250 g mentega
50 g marjerin
2 biji kuning telur
Sedikit garam (jika guna butter unsalted)
360 g tepung kek
40 g tepung jagung
250 g keju Gouda (disagat)
150 g keju Cheddar (disagat)
1 atau 2 sudu besar susu segar (jika adunan kering dan tidak menjadi bola)
Sedikit telur untuk sapuan atas
Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 160°C.
Campurkan mentega, marjerin dankuning telur. Pukul rata.
Masukkan sedikit garam dan gaulkan.
Masukkan campuran tepung.
Masukkan 250 gm cheese disagat.Gaul rata.
Ambil 1⁄3 bahagian adunan dan canai hingga ketebalan mencapai 2 mm. Potong dengan pisau (nak terap pun boleh).
Sapukan adunan dengan telur dan taburkan keju cheddar di atasnya.
Bakar selama 20-25 minit.
Sedia untuk dihidang.
#5 Pecel Lele
Sukakan hidangan yang rasanya lemak-lemak? Cubalah masak sendiri pecel lele, pasti anda akan jatuh cinta! Resepi ini dikongsikan oleh Mia Honey di laman Facebook.
Bahan-bahan:
4 ekor ikan keli (dikelar dan disapukan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit)
4-5 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
7-8 biji cili padi (ditumbuk lumat)
4-5 ulas buah cekur *wajib
Daun cekur (dihiris)
Setengah kotak kecil santan pekat
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula
Serbuk perasa
Cara-cara:
Menggunakan api sederhana, gorengkan ikan keli.
Tumiskan bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
Masukkan santan. Kacaukan.
Perhatikan api dan pastikan santan tidak pecah.
Masukkan daun cekur.
Masukkan air asam jawa dan tunggu hingga kuah mendidih.
Setelah mendidih, masukkan ikan keli yang digoreng tadi.
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
Sedia untuk dihidang.
#6 Nasi Ayam Penyet
Resepi masakan Indonesia ini pasti anda nantikan – nasi ayam penyet. Hidangan ini memang popular di Malaysia, jadi anda wajib cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Jida Jat di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan sambal penyet:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah
20 tangkai cili hijau
3 biji tomato
Sedikit belacan
Ikan bilis *optional
Bahan ayam goreng:
4 sudu tepung gandum
4 sudu tepung jagung
Sedikit kunyit
Sedikit rempah kari daging
Serbuk perasa
Bahan ulam:
Salad
Kacang panjang
Timun
Tempe (digoreng)
Cara-cara:
Gorengkan bahan-bahan sambal penyet. Setelah layu, toskan.
Tumbuk atau kisar bahan tadi dan perasakan dengan serbuk perasa. Ketepikan.
Untuk ayam goreng, gaulkan ayam dengan bahan-bahan lain dan gorengkan.
Sedia untuk dihidang.
#7 Gado-Gado
Sukakan salad? Jika ya, anda wajib cuba resepi masakan Indonesia ini – Gado-Gado. Ia merupakan hidangan salad yang cukup menyelerakan dan menyihatkan. Resepi ini dikongsikan oleh Hajah Zainab Binti Mawan di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Lada kering
Cili merah
Bawang merah
Bawang putih
Biji cekur
Gula melaka
Gula pasir
Garam
Air asam jawa
Kacang tanah
Air panas
Daun limau purut (dihiris) *optional
Cara-cara:
Campurkan lada kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan biji cekur.
Goreng dan tumbukkan.
Masukkan gula melaka, gula pasir, garam, air asam, garam dan kacang tanah ke dalam kuali. Goreng dengan sedkit minyak.
Keluarkan dan tumbuk berselang seli dengan bahan (1) tadi.
Masukkan air panas secukupnya dan kacau.
Masukkan hirisan daun limau purut jika suka dan perasakan.
Sedia untuk dihidang.
#8 Mie Ayam
Mie ayam merupakan antara resepi masakan Indonesia yang wajib anda cuba. Hidangan berat ini sesuai juga dinikmati untuk sarapan pagi. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Aisya di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan kuah:
Bawang putih (diketuk)
Halia (diketuk)
Serbuk lada sulah
Tulang ayam
Bahan ayam kicap:
Isi ayam
Bawang putih (diketuk)
Halia (diketuk)
Kunyit (diketuk)
Kicap manis
Bahan lain:
Cili api (jika perlu)
Sayur sawi (dicelur)
Mi
Bawang goreng
Daun bawang (dihiris)
Sos
Cara-cara:
Rebus bahan kuah di dalam periuk.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Boleh masukkan kiub pati ayam jika mahu.
Untuk ayam kicap, tumis halia, bawang putih dan kunyit.. Boleh juga letak cili api jika mahu.
Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
Kemudian masukkan kicap manis. Tunggu sehingga kuah kicap agak pekat.
Dalam kuali berasingan, rebus mi dan celurkan sayur. Masukkan ke dalam mangkuk.
Letakkan kuah ayam rebus dan masukkan ayam kicap.
Letakan bawang goreng, daun bawang dan sos jika perlu.
Potong cilia pi jika mahu dan masukkan.
Sedia untuk dihidang.
#9 Rujak
Rujak ini merupakan rojak, namun ianya merupakan versi Indonesia. Bezanya ialah rasanya lebih pedas. Resepi ini dikongsikan oleh Bae Fika di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Kacang tanah
Gula melaka
Garam
Belacan bakar
Cili api kampung
Asam jawa
Sedikit air
Sedikit kicap
Cara-cara:
Tumbukkan kacang tanah, gula melaka, garam, belacan bakar, cili api dan asam jawa.
Masukkan sedikit air dan sedikit kicap. Tumbuk lumat.
Sedia untuk dihidang.
#10 Sayur Asem
Ini adalah jenis hidangan sayur yang cukup popular di Indonesia – sayur asem. Resepi ini dikongsikan oleh Amelia Tamby Hussin di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bawang merah (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Asam keping
Belacan
Cili merah
Ikan bilis
Kacang panjang
Labu air
Jagung (direbus dan jangan dibuang airnya)
Kacang tanah (direbus dan jangan dibuang airnya )
Air asam jawa
Cara-cara:
Masukkan air rebusan jagung dan kacang ke dalam periuk.
Masukkan bawang yang telah dikisar.
Biar ia mendidih sehingga agak kering dan tambahkan air.
Masukkan ikan bilis, belacan, asam keping dan tambah air lagi.
Kemudian, masukkan labu air dan kacang panjang.
Masukkan air asam jawa dan cili . Biarkan hingga empuk.
Sedia untuk dihidang.
#11 Bakwan
Bakwan merupakan hidangan cucur sayur yang cukup sedap dinikmati semasa minum petang. Resepi ini dikongsikan oleh Bae Fika di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Lada putih (disangai)
Biji ketumbar (disangai)
Telur ayam
Serbuk perasa
Tepung gandum
Lobak
Kobis
Daun bawang
Taugeh *optional
Cara-cara:
Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada putih dan biji ketumbar.
Masukkan ke dalam tepung gandum.
Campurkan telur bersama sayur-sayuran dan serbuk perasa.
Campurkan sedikit air supaya teksturnya menjadi sedikit cair (cucur akan menjadi rangup).
Goreng sehingga rangup.
Sedia untuk dihidang.
#12 Suhun Goreng
Suhun goreng ini kelihatan seperti menu biasa sahaja, namun rasanya yang sedap pasti akan membuatkan anda teruja. Resepi ini dikongsikan oleh Ariff Budiman Zainal Abidin di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Suhun
Bawang putih cincang
Cili kering kisar
3 biji cili merah (ditumbuk)
Kiub pati ikan bilis
Sedikit sos ikan
Sedikit garam
Batang sawi
Sedikit air
Daun sawi (dihiris)
Cara-cara:
Rendam suhun selama 5 minit.
Tumis bawang putih.
Masukkan cili kering kisar, cili merah dan kiub pati ikan bilis.
Masukkan sedikit sos ikan dan perasakan dengan garam.
Tumis semua bahan dan masukkan sedikit air.
Masukkan batangs sawi dan tunggu sehingga masak.
Matikan api dan masukkan suhun. Goreng sehingga kering.
Masukkan daun sawi.
Sedia untuk dihidang.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi masakan Indonesia, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!