Mencari resepi masakan berpantang yang menarik dan sesuai?
Semasa berpantang, semestinya anda ingin menikmati hidangan yang masih enak tanpa perlu memaksa tekak untuk menelan hidangan bersup semata-mata. Tetapi, bolehkah makan sedap-sedap semasa berpantang?
Semestinya ya, jika kena dengan caranya. Untuk itu, berikut kami senaraikan 12 resepi masakan berpantang yang sesuai untuk anda. Teruskan membaca!
Teringin untuk menikmati siakap stim semasa berpantang? Boleh sahaja, resepinya juga mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan untuk ikan:
1 ekor ikan siakap
1 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
Bahan kuah stim limau:
1/3 cawan air
2 biji air perahan limau nipis
2 batang serai (dihiris nipis)
1/2 biji bawang Holland
5-6 biji cili padi (dihiris)
1 pokok akar ketumbar.
Sosikan
Serbuk perisa (kalau suka)
Cara-cara:
Basuk bersih ikan dan pastikan tiada darah di celah tulang.
Untuk menghilangkan bau hanyir ikan, rendam ikan dalam perahan limau kasturi atau tepung gandum selama 30 minit.
Tumbuk bawang putih dengan garam dan lumurkan pada ikan. Perap selama 15 minit.
Bungkus ikan dengan kerajang aluminium dan cucuk dengan lidi pada bahagian atas.
Kukus selama 20 minit atau sehingga masak (buang air ikan semasa mengukus).
Untuk kuahnya, panaskan semua bahan dalam kuali kecuali cili, sos ikan, perasa dan ketumbar sehingga mendidih,
Kemudian, baru masukkan bahan-bahan tersebut.
Curahkan kuah di atas ikan yang siap dikukuh ketika kuah masih mendidih.
Satu lagi resepi masakan berpantang untuk ikan siakap ialah siakap goreng dengan kicap cair dan halia. Resepi ini dikongsikan oleh Marina Ismail di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
¼ cawan kicap soya cair
3 inci halia (dihiris sederhana & dihiris lagi seperti batang mancis)
1 sudu teh gula perang
Daun bawang (bahagian pangkal, dipotong lebih kurang 1.5 inci)
Daun bawang (bahagian atas, fihiris untuk hiasan)
Timun (dihiris nipis/guna peeler)
Cili padi
Minyak bijan
Sedikit air panas
Sedikit garam
Cara-cara:
Gorenghalia yang dihiris nipis sekejap dan ketepikan.
Lumurkan ikan dengan garam dan goreng hingga garing. Gunakan minyak yang sama untuk goreng ikan.
Goreng ikan hingga garing. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak dari kuali dan masukkan ke dalam kuali lain.
Masukkan bancuhan kicap soya cair, minyak bijan, gula perang, air panas, daun bawang dan cili padi.
Masak dan biarkan mendidih sekejap.
Curahkan sos atas ikan, taburkan daun bawang dan halia goreng atas ikan.
Walaupun berpantang, tak semestinya anda tak boleh menikmati ayam. Ayam kukus halia merupakan antara hidangan mudah yang boleh anda cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Norizan Mansor di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Halia muda
Bawang besar
Bawang putih
Kicap cair
Sos tiram
Sedikit minyak bijan
Ayam
Brokoli
Lobak
Cara-cara:
Tumbuk atau kisa kasar halia muda, bawang besar dan bawang putih.
Masuukkan ke dalam bekas, gaulkan dengan kicap cair, sos tiram dan sedikit minyak bijan.
Masukkan ayam, gaul sebati dan perapkan selama 1 jam.
Kukus ayam menggunakan api sederhana hingga masak.
Masukkan sayur brokoli dan lobak. Kukus hingga sayur menjadi lembut.
Ayam ungkep ini merupakan menu berpantang yang cukup mudah untuk disediakan, cuma perlukan beberapa bahan yang ringkas sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Noor Baini Ali di laman Facebook.
Bahan-bahan:
2 batang serai (dititik)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Kunyit hiduo (sebesar ibu jari) (ditumbuk)
Cili padi (ditumbuk)
Ketumbar paket kecil (direndam dan ditumbuk)
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu besar asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk memasak
Cara-cara:
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.
Masukkan ayam dan gaul rata. Tutup periuk hingga ayam masak.
Ikan bakar juga boleh dinikmati semasa berpantang, namun resepinya semestinya lebih menyihatkan. Resepi ini dikongsikan oleh Azlan Syazani Adanan di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan pes:
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Serai
Sedikit minyak
Bahan ikan:
Ikan
Bawang putih
Hirisan serai
Sedikit lobak
Sedikit tomato
Cara-cara:
Kisarkan semua bahan pes.
Lumurkan bahan pes pada ikan.
Taburkan bawang putih, hirisan serai, sedikit lobak dan tomato di atas ikan.
Bungkus ikan dengan daun pisang atau kerajang aluminium.
Bekukan di dalam freezer jika mahu dan boleh nyahbekukan jika mahu membakarnya.
Ada banyak jenis ikan yang sesuai dinikmati semasa berpantang, dan salah satunya ialah ikan tenggiri. Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
5-7 keping tenggiri batang (dibersihkan)
Garam
Kunyit
2 sudu besar asam jawa dibancuh dengan 2 cawan air
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
7 biji cili padi merah
1 biji cili hijau (dibelah enam)
1½ sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Lumur ikan dengan garam dan kunyit dan gorengkan. Ketepikan.
Panasan minyak dan tumiskan bawang putih serta halia hingga kekuningan.
Masukkan serai, cili padi dan cili hijau.
Masukkan air asam jawa, gula dan garam.
Masukkan ikan yang telah digoreng dan masak hingga mendidih. Matikan api.
Resepi berpantang seterusnya ialah ayam masak lada hitam, ringkas dan hanya memerlukan beberapa jenis bahan sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Noraini Abdullah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Isi ayam (dihiris nipis)
3 paket rempah lada hitam dibancuh dengn sedikit air
Daun bawang (dihiris seinci)
Bawang besar (dihiris separuh bulat atau dipotong memanjang)
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Panaskan minyak dan goreng kosong ayam tersebut.
Keringkan minyak atau air dan masukkan rempah lada hitam.
Jika anda berada dalam fasa terakhir untuk berpantang, anda boleh menikmati hidangan ini iaitu daging goreng kunyit. Resepi ini dikongsikan oleh Dani Shopee’s di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Daging (dihiris mengikut kesukaan)
Kacang panjang (dihiris)
Bawang holland (dihiris)
Cili (dihiris)
Sos tiram
Serbuk kunyit
Cara-cara:
Masukkan daging ke dalam kuali dan hidupkan api. Biarkan air daging keluar dahulu.
Masukkan sos tiram dan serbuk kunyit. Masak hingga empuk.
Tambah air jika perlu. Kacau sebati hingga lembut.
Setlah daging lembut, air kering dan tinggal sedikit, inyak akan terbit dari lemak daging. Boleh tambah minyak lagi jika mahu.
Ikan salmon yang kaya dengan zat Omega 3 juga sesuai dinikmati semasa berpantang. Resepi ini dikongsikan oleh May Vo Dyakonov di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Isi ikan salmon
Tulang ikan salmon
Beras (dibasuh)
Bawang merah (dicincang)
Bawang putih (dicincang)
Sedikit halia (dicincang)
Brokoli
Batang daun bawang
Garam
Gula
Sos ikan
Lada hitam
Daun bawang biasa sebagai hiasan
Hirisan limau sebagai hiasan
Cara-cara:
Rebus tulang ikan salmon bersama sedikit garam dan sos ikan. Simpan air rebusan.
Kemudian, buangkan tulang dan ambil isi dari tulang jika terlekat.
Masak beras dalam air rebusan salmon tadi. Jika air sikit, tambahkan air lagi.
Setelah beras sudah bertukar menjadi bubur dan lembik, masukkan sayur-sayuran dan bahan perasa.
Tumis bahan cincang dan gaulkan.
Potong daun bawang dan masukkan ke dalam bubur bersama hirisan limau nipis atau kasturi.
Boleh juga perah limau jika mahu.
Sedia untuk dihidang.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi masakan berpantang, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!