Macaron, camilan dessert nan manis dan comel. Kek ini tersedia dalam pelbagai warna yang memikat. Macaron ialah makanan manis yang berasal daripada Prancis. Macaron berbasis meringue yang biasanya dibuat dengan putih telur, gula aising, gula pasir, tepung almond atau almond bubuk dan pewarna makanan.
Cita rasa macaron didominasi oleh rasa gurih almond yang selaras dengan aneka isi, seperti coklat, rasberi, vanilla, aneka buah, matcha dan banyak lagi. Teksturnya rangup di luar tetapi lembut dan sedikit chewy di dalam. Masa dimakan, terus cair di mulut. Yummy!
Perlu kemahiran dan kejituan dalam membuat macaron. Namun meskipun nampak rumit, bukan berarti anda tak boleh membuatnya sendiri di rumah. Jangan berkecil hati apabila adunan pertama anda gagal. Macaron biasanya disajikan dengan tambahan ganache atau buttercream sebagai isi di antara dua macaron.
Dengan selalu mencuba dan mengikuti resepi shell macaron berperisa lemon yang dikongsikan oleh Ida Alina Salleh di Facebook, anda pasti boleh membuat macaron yang sempurna. Apabila sudah menguasai teknik membuat kulitnya, anda hanya perlu kreativity membuat macaron dalam berbagai warna dan variasi isi.
1. Satukan tepung badam dan gula aising dalam food processor. Pulse 15 kali untuk haluskan dan satukan kedua-dua bahan.
2. Ayak tepung badam dan gula aising tadi 2 kali. Kalau ada badam yang tak lepas dari ayakan, ketepikan. Jangan guna.
3. Lap mangkuk dan pemukul telur dengan cuka sehingga kering. Kemudian pukul putih telur hingga kembang sedikit.
4. Masukkan cream of tartar. Pukul lagi hingga “soft peaks”.
5. Masukkan gula castor sedikit-sedikit. Masukkan juga beberapa titik gel pewarna.
6. Pukul putih telur hingga “stiff peaks” atau bertanduk
7. Satukan tepung badam tadi ke dalam putih telur, masukkan dalam 3 batch, sedikit-sedikit. Fold hingga adunan mengalir seperti lava mengalir apabila dijatuhkan dari spatula
8. Isi dalam piping bag. Guna muncung bulat untuk paip macaron.
9. Paipkan bulat-bulat atas “parchment paper”.
10. Keringkan 2-3 jam hingga atasnya kusam dan keras. Lebih elok jika ada bilik air-cond.
11. Bakar dalam oven 150’C selama 12-14 minit. Sejukkan sebelum di angkat dari tray.
12. Macaron shells yang sudah disejukkan boleh diisi dengan perisa buttercream yang disukai.
Macaron sudah siap.
Jangan guna kertas minyak ya! Pergi kedai baking dan minta “parchment paper”. Kalau salah guna kertas, macaron ni akan jadi gunung berapi, meletus di tengah.
Selain resepi macaron, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.