Resepi lontong sedap pasti dicari terutama menjelang raya. Ada yang menjadikan lontong sebagai salah satu menu khas yang ada pada perayaan selain lemang, rendang dan ketupat.
Namun tahukah anda terdapat pelbagai jenis lontong di Malaysia? Lazimnya, hidangan lontong disediakan atau dimakan bersama kuah lodeh. Ada juga yang memakannya bersama sambal tumis ikan bilis dan kuaha kacang.
Pada kali ini, kami kongsikan 5 jenis lontong dengan resepi lontong sedap dan berbeza. Ada resepi dengan citarasa Kelantan, Johor dan ada juga lontong unik yang belum anda cubanya. Jom tengok resepi yang mudah bagi anda!
Resepi lontong yang pertama ini dikongsikan oleh Cik Panda di Facebook. Beliau berkongsikan resepi lontong dengan kuah lodeh bersama sambal ikan bilis. Lengkap satu set resepi juadah lontong yang sedap. Ikuti resepi tersebut:
Bahan Kisar:
Aneka Sayuran Dipotong Kecil:
Bahan Direndam:
Bahan Akhir:
Cara-cara Memasak:
1. Kisarkan semua bahan kisar menggunakan blender.
2. Kemudian, panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk.
4. Masak hingga mendidih kemudian masukkan sayur-sayur. Sayur seperti sengkuang, carrot, baby jagung dan tempe boleh dimasukkan awal agar cepat lembut. Kemudian, masukkan sayur yang cepat lembut seperti kacang panjang, cili, kobis, terung dan tauhu.
5. Seterusnya masukkan soo hoon dan fucuk yang telah direndam.
6. Apabsila semua bahan sudah lembut, bolehlah anda perasakan.
7. Bubuh garam secukup rasa, 2 keping asam keping dan akhir sekali santan. Jika mahukan kuah lambat basi, guna santan kotak. Kacau sebati.
8. Masukkan perasa secukupnya dan tutup api. Siap!
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan-Bahan:
Cara-cara Memasak:
1. Kisar semua bahan kecuali serai dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan sekali dengan serai yang diketuk.
3. Apabila sudah naik bau, masukkan ikan bilis. Gaul dan siap!
Resepi lontong ini dikongsikan oleh Afy AL Habibi di Facebook. Beliau mencipta resepi ini dengan citarasa atau sentuhan dari Kelantan. Paling menarik, beliau turut menyediakan beberapa tips rahsia untuk membuat resepi ini. Nak tahu rasa lontong dengan citarasa Kelantan? Ikuti resepi ini!
Bahan-bahan kisar:
Bahan lain:
Bahan Sampingan:
Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak lalu tumis sebatang serai yang diketuk dan 2 helai daun purut untuk aroma wangi.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan sehingga naik bau dan sedikit garing lalu masukkan 1 sudu besar kunyit.
3. Masukkan pula seketul atau dua ketul ayam yang dipotong kecil.
4. Tuang 2 senduk santan pekat. Kemudian tambahkan 1 cawan air. Tengok atas kepekatan santan sendiri. Boleh tambah atau kurangkan air jika perlu.
5. Perasakan dengan nisse atau gula Melaka, gula dan garam. Perasakan mengikut citarasa sendiri.
6. Masukkan kubis, ubi kentang dan carrot (sentiasa kacau supaya kuah tidak pecah minyak atau timbul biji keli).
7. Selepas sayur mula layu, bolehlah masukkan bahan sampingan iaitu udang, kacang panjang, fishcake, bebola ikan dan tempe.
8. Masukkan sedikit sahaja suhun, fucuk dan tauhu pok (suhun tidak boleh masuk terlalu banyak kerana apabila makin lama ia mengembang dan meresap kuah).
9. Selepas dua hingga tiga minit, bolehlah ditutup apinya.
10. Siap untuk dimakan bersama nasi impit.
Ada yang pernah merasai keenakan lontong goreng? Jika tiada bahan untuk memasak kuah lodeh atau kehabisan kuah lodeh tetapi nasi impit masih banyak, ikut sahaja resepi dari Jamiaah Omar ini. Resepi unik namun rasanya pasti memukau. Cara-cara memasak memang senang lebih-lebih lagi ada tips untuk memasaknya. Jom cuba!
Bahan Kisar:
Bahan Lain:
Cara-cara Memasak:
1. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan sos cili, tiram dan kicap manis.
3. Masukkan telur dan biarkan sekejap. Apabila telur sedikit mengeras atau masak, kacau sehingga rata.
4. Masukkan kacang panjang.
5. Masukkan air sedikit dan kicap pekat.
6. Kacau dan apabila pekat, masukkan nasi impit, tauhu dan taugeh. Gaul sehingga rata.
7. Tambah garam dan gula secukup rasa dan masak hingga kering.
8. Agak-agak dah okay, matikan api dan sedia dihidang.
Tips:
1. Rebus nasi impit dengan lama. Selepas rebus, tunggu sekurang-kurangnya hingga 2 jam untuk sejuk. Jika tidak, lontong akan berkecai apabila masak.
2. Jika mahu dibuat sarapan, rebus nasi impit pada belah malam.
3. Lauk ikut selera masing-masing. Anda boleh masukkan udang, sotong, isi ketam dan sebagainya.
4. Apabila sudah siap, taburkan bawang goreng , daun sup atau daun bawang sebagai hiasan.
Lontong darat juga dikenali sebagai lontong kering. Menu ini lebih meriah kerana kebiasaannya dimakan dengan aneka lauk-pauk iaitu sambal tumis, rendang, serunding, sambal kacang, sayur goreng jawa, sayur goreng hitam, sambal sotong berkacang mahupun sambal kering paru berkacang.
Uniknya kali ini disediakan resepi khas untuk membuat nasi impit. Jika tiada nasi impit di rumah, but sahaja sendiri. Lauk yang digunakan untuk resepi kali ini adalah rendang. Jom ikuti resepi dari Roshidah Abu Bakar Shidah.
NASI IMPIT
Bahan-bahannya:
Cara memasak:
1. Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau rice-cooker.
2. Masakkan seperti masak nasi biasa.
3. Apabila nampak nasi telah kering masukkan ke dalam loyang yang dilapikkan daun pisang.
4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
5. Lapikkan semula dengan daun pisang dan tindihkan dengan bahan yang berat saperti lesung batu atau periuk kecil yang berisi air.
6. Biarkan semalaman atau 5-6 jam.
7. Apabila sudah sejuk, potong dan hidangkan dengan kuah kacang.
Nota: Sekiranya tiada daun pisang, gantikan dengan plastik biasa.
Resepi Rendang Ayam
Bahan-bahan:
Bahan Kisar:
Cara menyediakannya:
1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil. Kemudian basuh dan toskan. Gaul dengan garam dan kunyit lalu digoreng 3/4 masak. Setelah masak, ketepikan.
2. Tumis empat sekawan. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar ke dalam kuali besar bersama serai yang dititik. Tumis hingga garing dan harum.
3. Masukkan santan.
4. Masukkan gula Melaka dan biarkan ia cair lalu masukkan asam keping , kerisik, garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah mendidih, masukkan ayam.
6. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat.
Mardziyah Hj Yahya pula telah berkongsikan resepi lontong milik bonda mertuanya. Lebih menarik ia seperti gabungan lontong kuah lodeh dan lontong darat. Lontong kuah lodeh ini dimakan bersama serunding kelapa, kuah kacang dan ayam goreng kunyit. Jom ikuti resepi khas lontong bersama lauk-pauk yang lain.
Bahan Kuah Lontong:
Cara menyediakan kuah lontong:
1. Basuh sayuran dan toskan airnya. Potong memanjang atau menyerong jangan melebihi 3 cm (mudah untuk makan).
2. Untuk nampak cantik berseri kita boleh potong carrot berbentuk bunga dengan cara mengerat dalam 3 cm. Kemudian potong bentuk ‘V’ memanjang di sekeliling karot lalu di hiris tidak terlalu nipis. Sila lihat gambar. Ketepikan semua sayuran.
3. Udang kering atau udang geragau, serai, lengkuas dan kunyit hidup dibersihkan dan dipotong nipis lalu ditumbuk sehingga lumat. Ketepikan
4. Soon dan Fucook dibasuh dan toskan airnya. Potong Fucook saiz kecil. Ketepikan.
5. Tauhu dan tempe dipotong ikut suka dan goreng sehingga garing bagi menghalang dari hancur dan cepat basi.
6. Perahkan santan atau sediakan santan kotak. Ketepikan.
7. Sediakan periuk dan tuang minyak sekadar bercampur dengan pes udang kering. Kacau hingga wangi dan naik bau.
8. Masukkan santan diikuti sengkuang, kacang panjang, kobis dan lain-lain kecuali brokoli.
9. Apabila kuah hampir mendidih baru masukkan brokoli kerana ia cepat lembut.
10. Bila mendidih kecilkan api dan masak lagi lebih kurang 5 minit agar kuah lambat basi. Siap.
Bahan-bahan Seronding Kelapa:
Cara-cara Memasak Seronding Kelapa:
1. Kunyit hidup, serai dan lengkuas ditumbuk halus.
2. Panaskan kuali dan tuang minyak masak 2 sudu makan.
3. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan yang ditumbuk kedalam kuali dan kacau tanpa henti.
4. Apabila garing dan wangi, masukkan cili kisar dan kacau lagi sehingga cili garing.
5. Masukkan kelapa dan kacau lagi sehingga sebati dan sekata. Masukkan gula dan garam.
6. Kacau kelapa sehingga garing, berderai, kering dan naik baunya. Tutup api dan siap.
Bahan Kuah Kacang Resepi Bonda:
Cara-cara memasak:
1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak atau masukkan dalam oven. Apabila masak buang kulit arinya.
2. Tumbuk kacang atau guna grinder.
3. Bawang merah dan halia dibuang kulit, basuh, toskan airnya kemudian dimayang lalu dutumbuk sehingga lumat.
4. Sediakan kuali dan tuang 1/2 cawan minyak.
5. Setelah minyak panas tumis bawang merah dan halia sehingga garing dan wangi. Masukkan cili blend.
6. Kacau sehingga naik minyak. Masukkan kacang tanah dan goreng bersama cili sebentar. Masukkan kacang tanah dan kacau sekejap kemudian tambah secawan air.
7. Masak lagi sehingga mendidih dan masukkan lagi secawan air sehingga mindidih kali kedua.
8. Masukkan asam keping diikuti perahan limau kedalam tumisan kacau lagi.
9. Akhir sekali baru masukkan garam dan gula. Kuah kacang ini merah menyala dan berkilat. Rasakan pedas, manis dan masinnya biar seimbang. Siap.
Tengok gambar pada resepi lontong di atas sudah terliur. Anda suka resepi yang mana? Pasti ada menu lontong yang belum pernah anda rasai.
Aneka resepi lontong sedap boleh anda cuba dan pasti sedap kesemuanya. Memang mudah untuk dimasak. Sesekali cuba resepi unik pasti memuaskan, lebih-lebih lagi jika makan bersama keluarga.
Kami juga ada berkongsi pelbagai resepi enak dan mudah untuk anda cuba seperti: