Di negara Hungary, Langos merupakan “street food” yang amat popular. Rupanya bulat seperti pizza mini, nipis di bahagian tengah dan tebal di bahagian luar. Ianya boleh diletakkan bersama variasi inti mengikut kepada selera anda. Anda juga boleh menyediakan hidangan fusion dengan menggabungkan Langos bersama sambal kegemaran anda.
Tahukah anda, cara pembuatan Langos amat mudah? Walaupun ianya berasal daripada Hungary, bahan – bahannya mudah didapati disekitar kita. Ianya juga kena dengan tekak orang Malaysia. Sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga.
Resepi ini telah pun dikongsikan oleh Sai Aliyas dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi, jom tengok!
Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!