Kuih gunting adalah sejenis makanan tradisi Melayu yang rangup dan agak keras. Sesetengah orang memanggil kuih gunting dengan kerepek, keropok atau kacang (contoh: kerepek gunting).
Terdapat pelbagai jenis kuih gunting di Malaysia seperti kuih gunting yang pedas, manis, masin dan ada pula kuih gunting ikan bilis, kuih gunting udang, kuih gunting pedas, dan sebagainya. (Sumber: Google)
Kuih gunting banyak dijadikan sebagai camilan hari raya, ataupun sebagai camilan sehari-hari dirumah. Bahan asas kuih gunting ialah tepung, air, garam, marjerin, telur, santan, serbuk kari, minyak masak, udang kering, bawang putih dan bawang merah. Cara asas membuatnya ialah dengan mencampurkan kesemua bahan-bahan tersebut mengikut sukatan tertentu dan diuli sehingga menjadi doh. Doh tersebut digunting-gunting sebelum digoreng.
Dibawah ini kami tuliskan resepi kuih gunting yang dapat perkongsian ramai yang dikongsikan oleh Nurul Fasihah Zamahidi di Facebook. Sila cuba resepi ini
1. Masukkan marjerin yang dipanaskan ke dalam tepung gandum, gaulkan.
2. Kemudian masukkan bahan blend, gaul rata.
2. Masukkan garam, daun sup, daun kari dan cili kisar. Gaul lagi masukkan air sedikit demi sedikit sehingga jadi doh. Yang suka keras boleh letak air sedikit sahaja.
3. Canaikan doh, kalau suka yang nipis boleh canai nipis, yang suka tebal boleh buat tebal sedikit.
4. Masak di atas pan sekejap sahaja. Untuk memudahkan kita gunting nanti.
5. Sedia untuk digunting, ikut suka mahu gunting macam mana.
6. Goreng dalam minyak yang panas bersama dengan daun kari. Goreng sehingga keemasan.
7. Tapis dan sejukkan, simpan dalam bekas kedap udara.
Selain resepi Kuih Gunting, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.