Apa itu resepi kengsom?

Sebagai seorang surirumah ataupun pelajar, atau mungkin sesiapa sahaja yang biasa untuk masak dirumah, kadangkala mesti kita kehabisan idea untuk masak apa pada hari itu bukan? Balik – balik, juadah yang sama sahaja kita akan masak. Akhir sekali, dengan yang ada di rumah itu juga naik jemu dengan benda yang sama.

Sekiranya anda menginginkan kelainan, tetapi tetap mahukan resepi yang enak, lazat dan berkhasiat, disini kami bawakan resepi kengsom. Resepi ini jarang – jarang ada di dapur orang kita, akan tetapi ianya elok dan sangat recommended terutamanya kepada mereka yang mahu berdiet.

Resepi ini adalah resepi yang berasal daripada Thailand. Ianya ala asam pedas, menggunakan ikan siakap, akan tetapi ianya menggunakan bahan yang lain daripada yang biasa kita gunakan. Resepi yang telah mendapat banyak perkongsian di Facebook ini telah dikongsikan oleh Dalilah Hassan. Jom kita lihat resepinya!

Resepi Kengsom

kengsom

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Seekor ikan siakap ( cuci bersih )
  • Setengah genggam cili padi yang merah (ikut ketahanan pedas)
  • 3 batang cili hidup merah
  • Belacan 1/2 inci
  • Bawang merah 2 ulas
  • Bawang putih 4 ulas (resepi ini menggunakan bawang putih lebih daripada bawang merah. Ada resepi yang langsung tidak menggunakan bawang merah)
  • Kunyit hidup

Nota: Semua bahan diatas dikisar halus.

  • Asam jawa sesudu besar (tambah asam keping atau jus limau nipis jika ingin lebih masam)
  • Gula merah 1/2 keping
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Kangkung seikat.

Cara – cara memasak:

  1. Rebus semua bahan kisar dan masukkan asam,garam dan serbuk perasa. Bila mengelegak masukkan ikan biar seketika sebelum masukkan sayur kangkung.
  2. Untuk memastikan keaslian masakan Thai, jangan letak daun kesom atau bunga kantan, dan masukkan gula melaka atau gula siam Thailand sahaja.
  3. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba selain daripada resepi Kengsom. Jangan lupa untuk mencuba resepi – resepi ini dan kalau tidak keberatan, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan dan ahli keluarga anda juga ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.