Cuaca yang panas kadangkala membuatkan kita mudah berasa haus. Apabila tekak terasa kering, mulalah teringat minuman-minuman manis.
Apa kata anda ubah citarasa kepada jus buah yang lebih sihat? Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 resepi jus buah buat anda. Teruskan membaca!
#1 Jus Tembikai Lemon Laici
Jus ini menggabungkan tiga jenis buah yang kaya dengan vitamin C iaitu buah tembikai, lemon dan laici. Rasa manis dan masam setiap buah ini memang seimbang, dijamin sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Ben Safwan di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 kg tembikai (ditimbang bersama kulit)
1 tin laici
Jus/air lemon
Cara-cara:
Kisarkan tembikai bersama air lemon. Buang ⅓ hampas dan buih dengan menapisnya.
Tambahkan air laici dan boleh letakkan ais,
Sedia untuk dihidangkan.
#2 Jus Limau
Ada pembaca yang sukakan jus limau? Umum mengetahui yang limau merupakan buah sitrus yang kaya dengan vitamin C. Jadi, memang rugi jika anda tidak cuba resepinya. Resepi ini dikongsikan oleh Wawa Nazami di laman Facebook.
Bahan-bahan:
8 biji limau kasturi
1 biji limau nipis
4 sudu besar gula (optional)
3 cawan air
Ais
Cara-cara:
Masukkan limau kasturi bersama gula ke dalam pengisar.
Perahkan jus limau nipis dan kisar semua bahan. Boleh tambah air.
Tapiskan bahan kisar tadi.
Tuangkan jus bersama ais. Sedia untuk dihidangkan.
#3 Jus Epal Hijau
Resepi jus buah ini memang sesuai dinikmati oleh penggemar minuman masam – jus epal hijau. Ianya dicampur dengan buah limau dan asam boi, berganda keenakkannya! Resepi ini dikongsikan oleh Jastia Taza di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Epal hijau
Perahan limau kasturi
Asam boi
Ais
Cara-cara:
Rendam epal hijau di dalam air garam selama 5-10 minit untuk membersihkan epal.
Potong epal dan buang biji serta tangkainya. Kulit tak perlu buang.
Kisar hingga lumat.
Tuangkan ke dalam gelas dan masukkan perahan limau kasturi bersama asam boi dan ketul ais.
Sedia untuk dihidang.
#4 Jus Alpukat
Jus alpukat ini nama lainnya ialah jus avokado. Ianya dicampur bersama milo atau kopi, manis dan menyegarkan tekak. Resepi ini dikongsikan oleh Gee Sulaiman di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 cawan kopi (dibancuh tanpa gula)
1 biji buah avokado (dibuang kulit dan potong kecil)
½ cawan susu pekat
2 cawan ais
1 sudu kecil esen vanilla
Sirap coklat
Cara-cara:
Sediakan gelas, tuang keliling gelas dengan sirap coklat.
Kisar semua bahan kecuali sirap coklat hingga hancur dan sebati.
Tuang ke dalam gelas tadi.
Lorekkan di bahagian atas dengan sirap coklat.
Sedia untuk dihidang.
#5 Jus Mangga Susu
Bayangkan keenakan jus mangga yang dicampurkan dengan susu segar, rasa manis berkrimnya pasti akan membuat anda terpikat! Memang best diminum petang-petang. Resepi ini dikongsikan oleh Nura Elias di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Buah mangga
Susu segar
Cara-cara:
Potong buah mangga supaya mudah dikisar.
Masukkan susu segar ke dalam pengisar.
Kisakan hingga lumat.
Sedia untuk dihidang.
#6 Jus Nanas Berkrim
Bagi yang sukakan jus buah yang berkrim, cubalah resepi jus nanas ini. Ada rasa masam, manis dan lemak berkrim, memang padu! Resepi ini dikongsikan oleh Sya Shamsuddin di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1½ cawan nanas (dipotong kecil)
Santan
Krim soda
1 gelas ais
Gula perang (optional)
Cara-cara:
Masukkan nanas, ais, krim soda dan santan ke dalam pengisar dan kisar lumat.
Tuang ke dalam gelas dan sedia untuk dihiang.
#7 Jus Anggur Hijau Bersama Pegaga
Jika anda penggemar ulam-ulaman, bolehlah anda cuba resepi jus anggur hijau bersama pegaga ini. Ianya kaya dengan khasiat, memang rugi jika tak cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Kesavan Supramaniam di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Anggur hijau
Daun pegaga
Cara-cara:
Kisarkan semua bahan hingga lumat.
Tuangkan ke dalam gelas dan sedia untuk dihidang.
#8 Jus Buah Naga
Buah naga memang terkenal dengan pelbagai khasiat, Antara khasiat utamanya ialah baik untuk penghadaman. Jadi, cubalah resepi jus yang mudah ini. Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Afiqah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 tin laici
1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat (mengikut kemanisan)
Sari kelapa / nata de coco
Buah naga (dipotong dadu)
Biji selasih (optional)
Cara-cara:
Potong dadu buah naga
Masukkan buah naga bersama sari kelapa.
Masukkan air tin laici dan susu cair.
Tambahkan susu pekat.
Akhir sekali, masukkan biji selasih.
Kacau sebati dan rasa.
Boleh tambah ais dan sedia untuk dihidang.
#9 Jus Delima
Jus delima merupakan antara jus yang dikatakan dapat mencegah kanser, jadi bolehlah anda mengamalkannya secara rutin. Resepi ini dikongsikan oleh Fendy Noordin di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Biji-biji buah delima
Air
Cara-cara:
Masukkan biji-biji buah delima ke dalam pengisar.
Masukkan ½ cawan air.
Jangan kisar berterusan. Sebaiknya pulse beberapa kali sehingga lapisan biji buah pecah dan mengeluarkan jus.
Tapis dan tekan dengan sudu untuk dapatkan kuantiti jus yang maksima.
#10 Jus Roselle
Pernah terdengar tentang buah roselle? Buah ini memang sedap jika dibuat jus, ada rasa manis dan masam yang seimbang. Rgi jika anda tak cuba! Resepi ini dikongsikan oleh Nurhamimi Huda binti Harme di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Buah roselle
Gula batu
Air
Cara-cara:
Kupas buah & buang bijinya.
Basuh buah sebersihnya di bahagian luar & dalam.
Rebus bersama gula batu buah roselle dalam periuk sehingga agak hancur atau lembut.
Tapis & masukkan dalam botol.
Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi jus buah, kami juga ada menulis tentang koleksi resepi menarik yang lain. Jangan lupa untuk memberi komen dan berkongsi dengan rakan. Selamat mencuba!