Akan ingin kongsikan resepi yang menggunakan roti putih yang menarik iaitu resepigarlic bread. Kenapa garlic bread? kerana resepi ini sangat terkenal dan diminati ramai. Jika anda selalu pergi ke Pizza Hut, maka anda akan tahu betapa sedapnya garlic bread.

Garlic bread bikin ketagih, bila makan sekali tak boleh berhenti. Garlic bread dibuat daripada roti yang atasnya diberi bawang putih dan olive oil atau mentega, dan diberi dedaunan tambahan, seperti parsley. Roti ini biasanya dimasak dengan cara dipanggang namun ada pula yang digoreng.

Selain daripada olive oil, mentega cair boleh digunakan untuk menggantikan olive oil tersebut. Pada bagian atasnya ada juga yang memberi pelbagai jenis seperti cheese, mozzarella, cheddar atau feta. Garlic bread sesuai dimakan sebagai sarapan, lebih sedap jika dihidangkan dengan sup cendawan.

Tanpa membuang masa, kami akan mengongsikan kepada anda resepi garlic bread yang sangat menggugah selera. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Norizan di Facebook. Sila cuba resepi ini di rumah anda dan hidangkan garlic bread ala Pizza Hut bersama keluarga anda.

Resepi Garlic Bread

garlic bread

Imej via Facebook

Bahan Yang Digunakan

  • Marjerin pelangi @ butter *
  • 3 labu bawang putih (tumbuk halus) *
  • Secubit garam (tak letak pun tak apa) *
  • Daun parsley kering
    (guna mix herbs pun boleh)

Cara Membuat Garlic Bread

1. Kacau sebati marjerin, bawang putih, dan garam.
2. Kemudian masukkan daun parsley, kacau sebati.

garliv bread

Imej via Facebook

3. Sapu pada roti.
4. Kemudian potong 3 roti tadi.
5. Susun roti dalam tray.
6. Semburkan dengan sedikit air, supaya roti tidak kering sangat.

garlic bread

Imej via Facebook

7. Bakar selama 20 minit pada suhu 170’C selama 17 minit api atas bawah. 3 minit terakhir guna api atas sahaja.

garlic bread

Imej via Facebook

8. Siap. Makan panas-panas memang sedap. Roti pun lembut.

garlic bread

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi garlic bread, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.