Suka makan daging? Nak cuba resepi daging black pepper ini?

Daging black pepper atau lada hitam merupakan masakan yang sangat terkenal di Asia. Daging lada hitam biasa dihidangkan pada majlis-majlis istimewa. Masakan ini biasa dijadikan lauk dimakan bersama nasi.

Lada hitam memiliki banyak manfaat, antaranya ialah mencegah kanser, melegakan batuk dan hidung tersumbat, mengurangkan berat badan, merangsang selera makan dan lain-lain. Memasak dengan resepi yang benar maka anda tidak hanya dapat menjamu selera namun manfaat kesihatan juga dapat.

Cara memasak daging lada hitam ialah dengan menumis daging bersama bahan-bahan. Daging ditumis sehingga pekat dan menghasilkan warna yang menarik serta rasa yang gurih dan enak. Anda boleh memvariasikan daging lada hitam dengan memakan bersama pasta dan sos lada hitam.

Oleh itu, kami hadirkan resepi daging lada hitam yang dikongsikan oleh ‎Mazliza Ahmad‎ di Facebook dan mendapat perkongsian ramai. Mulai sekarang anda boleh membuat daging lada hitam kegemaran mengikut selera anda dan keluarga. Bookmark resepi ini dan buat daging lada hitam kegemaran anda bila-bila masa sahaja.

Resepi Daging Lada Hitam

daging black pepper

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1/2 kg daging (potong nipis dan basuh).
  • 2-3 biji kentang (potong ikut suka).
  • *1 biji bawang besar.
  • *4 ulas bawang putih.
  • *1 inci halia.
  • *2 sudu makan lada hitam.
  • 3 sudu makan sos tiram.
  • 3 sudu makan cili sos.
  • Kicap lemak manis (tuang ikut hitam mana yang kita suka).
  • Garam dan perasa.
  • 1 sudu makan gula.
  • Cili masak/cili hijau, belah.
  • Cilipadi, 5-6 tangkai.
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat.

Cara Membuat :

  1. Blend bahan bertanda*.
  2. Masukkan bahan blend dalam daging.
  3. Masukkan cili sos, sos tiram dan kicap.
  4. Gaul rata daging dan bahan.
  5. Panaskan sedikit minyak dan tumis daging tadi.
  6. Masukkan kentang.
  7. Masukkan garam, perasa dan gula.
  8. Masak hingga daging dan kentang empuk dan agak pekat (kalau daging belum empuk boleh tambahkan air).
  9. Akhir sekali, Masukkan cili padi, cili belah dan bawang hiris.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi daging lada hitam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.