Resepi chee cheong fun yang mudah dan sedap. Chee cheong fun merupakan salah satu makanan tradisi masyarakat cina yang di perbuat dari tepung beras. Kalau masyarakat Melayu makan laksam sebagai sarapan pagi, masyarakat Cina pula jadikan chee cheong fun sebagai sarapan pagi. Makanan ini juga sangat terkenal dan boleh didapati di restoran-restoran Cina atau restoran yang menyajikan dimsum.

Walaupun begitu, chee cheong fun ini sangat sesuai untuk disajikan dengan pelbagai jenis masakan. Bukan sahaja teksturenya yang sihat dan kenyal, chee fun ini juga biasanya disajikan dengan sos, mahupun dibalut dengan udang atau daging. Jom tengok pelbagai resepi chee cheong fun yang sangat mudah dan sedap untuk anda cuba.

Chee Cheong Fun Hong Kong Style

Imej via [facebook]

Peminat chee fun mesti suka dengan resepi ni. Kalau nak makan bila-bila masa pun boleh. Makan pula dengan sambal bilis dan bawang goreng. Memang lagi terasa kesedapannya. Resepi kali ini dikongsi oleh Bob Kelanang di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan kue tiaw (dicelur)
  • 200gm isi udang atau isi ayam (celur, cincang dan perasakan dengan lada putih)

Bahan kuah:

  • 30ml kicap cair
  • 60ml air
  • 1 1/2 sudu kecil gula
  • 1/4 sudu kecil kiub ayam knor
  • 1/4 sudu kecil minyak bijan

Hiasan:

  • Sambal Ikan Bilis Bercili Rangup Brand Delimas
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Bijan
  • 4 hingga 5 titik minyak bijan

Cara Penyediaan:

1)Masukkan semua bahan kuah ke dalam kuali dan panaskan dengan api kecil hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.

2)Letak kue tiaw masukkan ayam atau udang cincang mengikut citarasa anda.

3)Letak kuah and taburkan ke semua bahan hiasan. (wajib ada bawang goreng and sambal).

4)Siap untuk di makan!

Fried Chee Cheong Fun

Imej via [facebook]

Nak cuba resepi chee cheong fun yang baru? Anda mungkin akan tertarik dengan resepi ini. Kalau biasanya chee cheong fun dikukus atau direbus, kali ini chee cheong fun goreng. Menggunakan bahan asas yang mudah untuk anda perolehi. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Bob Kelanang di bawah.

Bahan-bahan:

  • 15 batang Chee Cheong Fun (digunting sebesar 1 inci)
  • 1 cawan isi udang
  • 2 sudu besar bawang merah kisar
  • 2 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil secukup rasa maggi
  • 2 biji telur (dipecah dalam cawan dan gaul sebati)
  • 1 genggam taugeh
  • 1 genggam kucai (dipotong)
  • 1/3 cawan minyak (untuk menumis)

Cara Penyediaan:

1)Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.

2)Masukkan oyster sauce, kicap cair, garam, gula dan secukup rasa maggi. Gaul rata kemudian masukkan udang. Biarkan seketika supaya udang masak.

3)Masukkan Chee Cheong Fun, gaul rata kemudian masukkan telur yang telah dipukul. Gaul rata lagi.

4)Masukkan chee fun yang telah siap masak ke dalam pinggan dan taburkan daun kucai dan tauge. Gaul sebati. Siap!

Chee Cheong Fun Berinti Sayur

Imej via [facebook]

Hidangan chee cheong fun sememangnya satu hidangan yang sihat. Nak rasa yang sedap dan sihat? Jom tengok resepi chee cheong fun yang ini. Menggunakan sayur sebagai inti bukan sahaja memberikan rasa pada makanan, malah memberikan khasiat yang diperlukan untuk badan. Resepi kali ini dikongsi oleh Zaleha Yusof di laman facebook.

Bahan-bahan:

Bahan inti:

  • 1 biji lobak merah (disagat)
  • 1/2 biji sengkuang (disagat)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 sudu besar udang kering (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis

Cara Penyediaan Inti:

1)Sediakan kuali dan panaskan minyak.

2)Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.

3)Masukkan udang kering. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap sambil dikacau.

4)Masukkan lobak merah dan sengkuang. Masak hingga sedikit layu.

Bahan kuah:

  • 2 Sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 cawan air
  • Bijan

Cara Penyediaan:

1)Campurkan semua bahan kecuali bijan. Masak hingga mendidih.

2)Tuang ke dalam bekas dan taburkan bijan.

Bahan untuk kulit:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 4 sudu kecil garam
  • Air secukupnya
  • Daun bawang atau daun kucai (didadu)

Cara Penyediaan:

1)Campurkan semua bahan di atas dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.

2)Sapukan sedikit minyak pada loyang atau pinggan.

3)Letakkan satu senduk kecil adunan dan ratakan. Taburkan daun bawang atau daun kucai.

4)Kukus selama 1-2 minit. Bila sudah masak angkat dan letakkan inti kemudian gulungkan seperti ketayap.

5)Ulang proses 4 sehingga habis.

6)Potong kepada saiz yang sesuai dan hidangkan di dalam mangkuk atau pinggan.

7)Tuangkan kuah dan taburkan bijan. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba.

Chee Cheong Fun Chili shrimp

Imej via [facebook]

Kalau biasa korang dengar chee cheong fun yang dimakan dengan sos special, kali ni ada chee cheong fun yang dimakan dengan chili shrimp. Bagi peminat pedas pastinya akan tertarik dengan resepi ini. Resepi kali ini dikongsi oleh fatenmasak di laman Instagram.

Bahan-bahan:

Chili shrimp:

  • 5 susu besar minyak masak
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 12 tangkai cili kering (rendam air panas sampai lembut and cuci bersih)
  • 2 sudu besar udang kering
  • 5 susu besar air
  • 1 kiub ikan bilis atau garam
  • Soya sos
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar kicap
  • 1/2 sudu besar minyak bijan
  • 3 sudu besar air panas
  • Rice paper (guna brown rice tapi kalau nak guna yang biasa pun boleh)
  • Isi udang (rebus sekejap)
  • Bijan

Cara Penyediaan:

1)Bagi menyediakan shrimp oil, kisar bawang merah, bawang putih, cili kering, udang kering dan air.

2)Sediakan kuali dan panaskan minyak. Tumis kesemua bahan yang telah dikisar tadi. Masak sehingga bawang dan cili kering bertukar ke warna gelap. Ketepikan.

3)Masukkan soya sos, kiub ikan bilis, kicap, minyak bijan, air panas dan campur semua bahan. Letak tepi.

4)Celup keping rice paper ke dalam air suam dan susun udang. Balut hingga menjadi bentuk chee cheong fun.

5)Masak air hingga betul-betul mendidih dan masak chee cheong fun selama 2 hingga 3 minit. Pastikan tidak terlebih masak. Angkat dan ketepikan.

6)Sapukan minyak dengan minyak bijan supaya chee cheong fun tidak melekat.

7)Letakkan soya sos tadi bersama chili shrimp oil. Tabur bijan. Selamat mencuba!

Chee Cheong Fun Sos Manis

Imej via [facebook]

Pening fikir makan malam? Apa kata cuba resepi chee cheong fun yang menggunakan sos manis. Anak-anak anda juga pastinya akan suka dengan hidangan ini. Cara penyediaannya juga sangat mudah dan sedap. Jom tengok resepi yang dikongsi di page Ibu Resepi di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 150g tepung beras
  • 20g tepung ubi
  • 20g wheat starch
  • 20g tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak
  • 600 hingga 650ml air
  • 1/8 sudu teh alkaline solution

Bahan taburan:

  • Minyak bijan
  • Sos cili
  • Sweet sauce (bukan kicap manis)
  • Bijan (bakar dalam oven sebentar)
  • 4 sudu besar petis udang
  • 125ml air panas

Cara Penyediaan:

1)Satukan bahan, tapis dan biar selama 30 minit.

2)Campurkan air panas bersama petis udang. Kacau sebati.

3)panaskan pengukus. Sediakan loyang bersaiz 6 kali 6 inci dan sapukan dengan minyak sehingga rata. Panaskan ke dalam pengukus.

4)Setelah panas, masukkan 1 senduk kecil adunan tepung iaitu bersamaan 1 layer.

5)Kukus diapi tinggi 1 atau 2 minit hingga masak. Keluarkan dan gulung ketika panas. (guna spatula kecil untuk sapu minyak agar kulit tidak kering.

6)Ulang proses 4 dan 5 hingga adunan habis. Pastikan kacau adunan dan jika terlalu pekat, tambahkan air.

7)Sediakan gunting dan gunting chee fun yang telah siap tadi mengikut saiz yang anda mahukan. Letakkan ke dalam pinggan atau mangkuk.

8)Renjis sedikit minyak bijian dan campurkan dengan 1 sudu besar petis udang, sweet sos, chili sauce dan taburkan dengan bijian. Siap!

Chee Cheong Fun Berlauk

Imej via [facebook]

Kalau biasa dengar kuih cara berlauk, kali ni jom tengok resepi chee cheong fun berlauk. Sekali makan mesti kenyang. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Kak Emma di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 170gm tepung beras
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 450 ml air panas
  • 450ml air biasa.

Cara Penyediaan:

1)Campurkan tepung beras, tepung ubi, tepung jagung, minyak masak dan garam.

2)Bancuh bersama dengan 900ml air suam dan kacau sebati. Tapis bahan yang telah dibancuh tadi bagi memastikan bahan tidak berketul.

4)Panaskan periuk kukus. Sapu loyang dengan minyak dan panaskan loyang sebentar.

5)Masukkan adunan hingga rata di dalam loyang. Pastikan adunan disapu senipis yang boleh,

6)Kukus selama 5 minit atau hingga adunan berubah warna.

7)Angkat adunan yang telah masak dan gulung. Ulang hingga adunan habis.

Bahan tabur:

  • Bijan yang di sangai
  • Bawang goreng
  • Kacang tanah halus
  • Daun bawang

Bahan inti:

  • 3 ekor udang basah di buang kulit dan di hiris halus (boleh guna daging atau seafood)
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Cara Penyediaan:

1)Ambil udang yang telah dipotong tadi dan goreng dengan sedikit minyak. Jangan goreng terlalu lama dan toskan.

2)Campurkan bahan di atas bersama udang dan gaul sebati.

3)Taburkan inti yang telah siap ke atas che chong fun semasa sedang di kukus.

Bahan sos hitam:

  • 120ml air panas
  • 1/2 cawan kicap soya cair
  • 3 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil stock ayam
  • 1 sudu kecil minyak bijan

Cara Penyediaan:

1)Campurkan bahan di atas dan didihkan dengan api perlahan.

2)Campurkan 1/2 sudu kecil tepung jagung ke dalam bahan didihan tadi.

3)Larutkan dengan sedikit air dan campur ke dalam sos kicap. Kacau sebati dan tutup api. Siap!

Resepi Menarik Lain:

Selain resepi chee cheong fun di atas, anda juga dijemput untuk membaca artikel resepi menarik kami yang lain. Jangan lupa untuk tinggalkan komen dan share. Selamat mencuba!

Penulis: kiraasla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.