Capati sangat mengenyangkan kerana ia dibuat daripada tepung gandum. Capati boleh dijadikan sebagai sarapan. Capati sangat sedap dan tetap lembut meskipun sudah sejuk.

Capati ialah roti rata yang tidak beragi berasal dari Nepal, India dan Pakistan. Capati dibuat daripada tepung gandum. Ketebalan capati berbeza bergantung kawasan. Ada yang membuat setebal kertas tisu. Di malaysia capati biasa dimakan bersama kuah kari sardin ataupun susu.

Untuk menghasilkan capati yang gebu gebas. Kami telah menuliskan resepi capati yang akan mampu memuaskan selera anda dan keluarga. Resepi capati yang dikongsikan oleh Arieza Rieza‎ di Facebook ini sangat power.

Jika mengikuti resepi ini akan didapat hasil yang elok sangat kejadiaannya. Ramai yang sudah mencuba resepi ini. Lembut sangat walaupun sudah sejuk. Sila cuba resepi ini dan kongsikan capati buatan air tangan anda kepada kerabat dan jiran anda.

Resepi Capati

capati

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Air 2 cawan
  • Minyak

Cara Membuat Capati

1. Masukkan tepung gandum 2 cawan bersama sedikit garam dan kacau sehingga sebati.
2. Panaskan air 2 cawan sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit, kacau dengan senduk.
4. Kacau-kacau kemudian masukkan 1 sudu makan minyak dan gaulkan.
5. Kalau sudah sejuk anda boleh uli sampai jadi doh.
6. Sudah jadi doh tutup dan biarkan selama 15 minit.
7. Kemudian uli lagi dan tutup biarkan selama 15 minit.
8. Ulang proses yang sama sampai 3x (untuk bagi capati anda lembut).
9. Jika sudah siap bentukkan bola kecil.

capati

Imej via Facebook

10. Tutup dan biarkan selama 20 minit.
11. Tabur sedikit tepung gandum kemudian boleh canai doh tadi.

capati

Imej via Facebook

Ini yang sudah siap dicanai. Tak berapa nak bulat sangat.

12. Panaskan pan kemudian masak. Pastikan api kecil.

capati

Imej via Facebook

Tengok dari hasil tadi dan derhaka capati kami naik kembong elok. Sudah siap boleh makan dan cicah dengan kari sardin @ susu.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi capati, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.