Dominos merupakan sebuah rantaian restoran makanan segera yang amat digemari oleh rakyat Malaysia. Restoran ini menyediakan pelbagai menu antaranya pizza dan ayam panggang. Menu ini amat popular dan pastinya, ramai menyukainya. Namun begitu, buat mereka yang mempunya keluarga yang besar atau ingin sesuatu yang lebih mesra ekonomi, membeli makanan diluar bukan lah pilihan yang terbaik.

Oleh itu, kali ini kami sediakan resepi ayam panggang ala Dominos yang amat lazat serta lebih murah untuk disediakan. Ianya juga menjanjikan rasa yang sama dan dapat dihasilkan dalam kuantiti yang lebih banyak. Oleh itu, ianya amat sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga dan juga kepada para tetamu.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Asmani Amirrudin dan telah mendapat ribuan perkongsian di media sosial tau. Jom kita lihat!

Resepi Ayam Panggang Ala Dominos

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Serbuk cili
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Madu
  • Sedikit minyak
  • Garam /gula

Cara – cara memasak:

  1. Gaul kesemua bahan perapan bersama dengan ayam.
  2. Perapkan ayam selama 2 jam.
  3. Bakar ayam yang telah diperap di dalam ketuhar pada suhu 180°c selama 30 minit mengikut kepada ketuhar masing – masing.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.