Air soya, selalunya terdapat di kedai ataupun di pasar malam. Sekiranya anda penggemar air soya, pasti sukar untuk mencarinya dalam kuantiti yang banyak. Apa gusar lagi, anda boleh sahaja menyediakannya sendiri!

Resepi air soya ini hanya menggunakan dua bahan sahaja, amat ringkas tetapi menghasilkan rasa yang amat lazat! Dengan bahan yang ringkas, pasti sahaja langkah – langkahnya mudah. Bolehlah anda hidangkan air soya buatan sendiri kepada keluarga dan tetamu.

Resepi ini dikongsikan oleh Rita Zul dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa lagi, jom scroll down!

Resepi Air Soya

Resepi Air Soya

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Kacang soya
  • Gula
  • Daun pandan (optional)

Cara penyediaannya:

  1. Rendamkan kacang soya semalaman. Esoknya, cuci bersih dan toskan.
  2. Blender kacang soya dengan air sehingga halus. Kemudian tapis menggunakan tapis teh. Ulang sehingga 3 kali.
  3. Kemudian, buangkan buih-buih menggunakan tapis.
  4. Masakkan air soya yang sudah ditapis. Masukkan gula dan daun pandan.
  5. Apabila sudah mendidih tutup api.
  6. Boleh dihidang panas atau sejuk. Jika simpan di dalam peti boleh tahan sehingga 4 hingga 5 hari. Lagi lama disimpan lagi sedap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.