Sebut sahaja tentang teh tarik, kami yakin pasti ramai pembaca yang cukup menggilai minuman yang sememangnya popular di negara kita ini. Digemari oleh ramai orang tidak mengira umur dan bangsa, tidak hairanlah minuman ini sangat terkenal.

Teh Tarik cukup sesuai dikenakan semasa sarapan atau minum petang. Selalunya dihidangkan di restoran mamak atau warung-warung, minuman ini juga acap kali dipesan ramai. Jelaslah yang ianya memang disukai ramai, bukan?

Bagi yang menetap sekitar KL dan Selangor, anda masih tercari-cari tempat makan mana yang patut anda terjah untuk menikmati teh tarik yang cukup ‘padu’ rasa dan kualitinya? Kami ada senarainya, jadi teruskan membaca ya!

#1 Kelate Kitchen

Ada penggemar teh tarik madu yang cukup popular di negeri Kelantan di sini? Mungkin kedengaran terlampau manis buat anda, tapi jika anda menikmatinya di restoran Kelate Kitchen, anda pasti akan terpegun dengan rasanya!

Kelate Kitchen

Imej via Foursquare

Teh Tarik Madu di sini memang cukup padu! Rasanya yang tidak terlampau manis dan pekat ini menjadi punca ianya begitu digemari. Lebih ‘kaw’ apabila dikenakan panas-panas bersama menu yang cukup laku keras iaitu Nasi Kukus Beratur!

Alamat: Plaza Prima Setapak, B-G-7 & B-G-8, Jalan Prima Setapak 1, Taman Setapak, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam

#2 Sri Steven’s Corner

Nama restoran ini memang cukup terkenal di kawasan Jalan Kelang Lama di KL. Terkenal dengan masakan mamak yang cukup berbagai, restoran ini juga menyajikan teh tarik yang terbaik!

Teh Tarik & Roti Naan Cheese @ Sri Steven's Corner

Imej via Foursquare

Bukan sahaja menyajikan teh tarik yang rasanya cukup kena dengan tekak pelanggannya, malah harga yang ditawarkan juga memang murah. Cukup enak dikenakan bersama Roti Naan Keju yang merupakan menu terlaris di restoran ini!

Alamat: No. 18, Jalan Hujan Rahmat 2, 58000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 58200

Waktu operasi: Dibuka 24 jam

#3 Restaurant Ajimal Razim

Sambil mencuba Maggie Goreng Mamak yang merupakan menu paling banyak dipesan di restoran mamak iaitu Restaurant Ajimal Razim ini, kami cadangkan anda cuba sekali Teh Tarik di restoran ini, dijamin puas hati!

Teh Tarik @ Restoran Ajimal Razim

Imej via Foursquare

Restoran yang menyajikan makanan-makanan yang cukup popular di restoran mamak ini juga cukup popular dengan Teh Tarik yang manis dan pekat. Dikenakan bersama Maggie Goreng Mamak yang cukup enak, siapa sahaja yang tidak akan terpikat?

Alamat: 565, Jln 1/149D, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Dibuka 24 jam

#4 Mansion Tea Stall

Ads penggemar Roti Banjir dan Teh Tarik di sini? Jika ada, anda wajib terjah restoran Mansion Tea Stall yang cukup popular dengan menu Teh Tarik dan Roti Banjir Special.

Selangor Mansion Roti Banjir

Imej via Foursquare

Rata-rata pelanggan mengatakan yang Teh Tarik di sini merupakan antara yang terbaik di KL, dahsyat betul penangan Mansion Tea Stall ini! Roti Banjir Special di sini juga apa kurangnya – bau kuahnya sahaja boleh bikin sesiapa sahaja kecur air liur, inikan pula rasanya!

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Dibuka 24 jam

#5 Devi’s Corner

Sebut sahaja Nasi Daun Pisang yang dihidangkan bersama Kari Ketam, pasti ramai yang teringat-ingat restoran Devi’s Corner yang cukup popular dengan menu tersebut, bukan? Bukan sahaja itu, Teh Tarik di sini juga telah menawan hati ramai!

Teh Tarik @ Devi's Corner

Imej via Foursquare

Sambil mengenakan menu-menu yang sememangnya enak-enak belaka di sini, anda juga sangat disarankan untuk mencuba Teh Tarik di restoran Devi’s Corner ini. Pekat dan semestinya akan bikin anda terpikat!

Alamat: 14, Jalan Telawi 4, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Dibuka 24 jam

#6 Teh Tarik Place

Jika kami senaraikan tentang senarai tempat makan yang menghidangkan Teh Tarik terbaik sekitar KL dan Selangor, tidak sahlah jika restoran Teh Tarik Place yang mempunyai banyak cawangan sekitar KL dan Selangor ini tidak tersenarai sekali!

Antara cawangan restoran Teh Tarik Place ini ialah di IOI City Mall, NU Sentral, The Curve dan banyak lagi! Namun antara cawangan yang paling terkenal ialah di 1 Utama Shopping Centre di Petaling Jaya. Jelaslah yang restoran ini memang bukan calang-calang restoran!

Teh Tarik @ Teh Tarik Place 1 Utama

Imej via Foursquare

Teh Tarik di Teh Tarik Place ini memang tinggi kualitinya. Dari segi rasa dan kepekatan serta kuantitinya, semuanya cukup sempurna. Kami yakin anda pasti tidak akan puas jika anda mencuba segelas sahaja!

Alamat: Lower Ground Floor, Rainforest, 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 8 pagi hingga 10:30 malam

#7 Original Penang Kayu Nasi Kandar

Nama restoran ini pasti sudah tidak asing lagi di kalangan penggemar Nasi Kandar resepi asli dari Pulau Pinang, bukan? Bukan sahaja terkenal dengan Nasi Kandar, malah Teh Tarik di sini juga turut digemari pelanggannya!

Teh Tarik @ Original Penang Kayu Nasi Kandar

Imej via Foursquare

Sambil anda ‘pekena’ menu-menu terlaris di sini seperti Nasi Kandar dan Roti Tisu yang luar biasa besar saiznya, bolehlah anda mencubanya bersama Teh Tarik. Sekali rasa pasti nak lagi!

Alamat: 81-101, Jalan SS 2/45 (64, Jalan SS2/10), 47300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Dibuka 24 jam

Ada yang sudah mula terliur memikirkan Teh Tarik yang kaya dengan buih yang manis dan pekat? Teh Tarik ini cukup enak dikenakan bila-bila masa terutamanya semasa bersarapan, bukan?

Bagi anda yang sudah mula mengidamkan Teh Tarik, lekaslah serbu restoran-restoran yang kami senaraikan di atas ya! Anda juga digalakkan untuk datang awal kerana dikhuatiri nanti tempar parkir dan ruang dalam restoran penuh. Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.