Mencari port roti canai di Johor?
Johor merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan dan sejarah. Jadi, tidak hairan negeri ini kerap dikunjungi oleh orang ramai.
Bukan itu sahaja, tempat makan di Johor juga ada berbagai dan ini termasuklah dengan port roti canai.
Masih tercari-cari port roti canai di Johor? Jangan risau, berikut kami senaraikan 12 port roti canai di Johor yang boleh anda serbu. Teruskan membaca!
Alamat: 394, Jalan Tengku Azizah, Bukit Chagar, 80300 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 11 am
Sebut sahaja Roti Canai Bukit Chagar, pasti ramai penduduk yang menetap di Johor tahu tentangnya. Biasalah, restoran popular!
Dibuka seawal jam 7 pagi, restoran yang terletak di Jalan Tengku Azizah ini turut dikenali sebagai port sarapan di JB.
Roti canai yang disajikan di sini dikatakan rangup, setiap suapan pasti akan membuat anda teruja kerana keenakkannya.
Kuah dhal dan kuah karinya juga turut dipuji pelanggan. Ianya pekat, memang rugi kalau anda tak pesan lebih.
Alamat: Jalan Persiaran Teratai, Taman Cempaka, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari, Sabtu – Rabu 6.30 am – 12 pm, Khamis – Jumaat 6.30 am – 1.22 pm
Di Taman Cempaka, nama restoran roti canai ini memang menjadi sebutan ramai – Fendi Roti Canai.
Roti canainya memang dipuji ramai. Ianya tebal, rangup dan lembut, memang menetapi kriteria roti canai yang sempurna.
Walaupun roti canai di sini enak dimakan begitu sahaja, kami sarankan anda cuba kuah dhal yang pekat dan sambal yang disediakan, pasti lebih berganda sedap.
Restoran ini turut menyajikan hidangan sarapan lain seperti roti sardin gulung, kuih-muih dan nasi lemak yang tidak kurang hebatnya.
Alamat: Jalan Saleng 7, Kampung Baru Saleng, 81400 Senai, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 1.30 am manakala Ahad 5 pm – 12 am
Jika anda berada di Senai, antara restoran roti canai yang halal dan boleh anda kunjungi ialah Roti King Saleng.
Restoran ini menyajikan pelbagai jenis roti canai seperti roti telur, roti kosong, roti tampal dan roti boom.
Rotinya tidak tebal, namun kerangupannya pasti akan bikin sesiapa sahaja ketagih. Rugi tak cuba!
Alamat: 29A, Jalan Tarom, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7 am – 12 am
Onn Kitchen merupakan restoran yang sangat terkenal di Johor Bahru. Menyajikan aneka jenis hidangan, ianya juga terkenal dengan roti canai.
Restoran yang dibuka seawal 7 pagi ini sememangnya diserbu oleh ramai pencinta roti canai.
Roti prata yang tebal serta kuah kari yang pekat dan pedas merupakan antara punca roti canai di sini begitu digemari.
Alamat: 7, Jalan Anggerik 2, Taman Anggerik, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari, 6.30 am – 12 pm, 5.30 pm – 12 am
Roti sarang burung merupakan jenis roti canai yang memang diburu ramai, terutamanya akhir-akhir ini.
Jika anda berada di JB, ini adalah antara restoran yang menyajikan roti sarang burung tersedap – Restoran Zaidi Canai.
“Rotinya padat, kaya dan tebal” – antara ulasan yang ditinggalkan oleh kebanyakan pelanggan tentang roti sarang burung di sini.
Kuah yang disajikan pula ialah kuah kari daging, memang wajib minta lebih jika anda ke sini!
Alamat: 23, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: 24 jam
Sambil lepak di kedai Mamak, semestinya anda mahu menikmati roti canai, bukan? Untuk itu, singgah sahaja di Restoran Reaz Corner ini.
Roti canai di sini bukan sahaja sedap, malah murah. Roti canai kosong berharga sekitar RM 3 sahaja untuk 2 keping.
Ianya juga rangup, sangat enak dicicah bersama kuah dhal atau kari yang boleh anda pilih sendiri.
Alamat: Pagoh, 84600 Pagoh, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 – 11.45 am
Satu lagi port roti canai di Johor ialah Warung Roti Canai Lan Janggut yang terletak di Pagoh.
Roti canai di sini turut disajikan dengan pilihan kuah sama ada kuah dhal, sambal atau kari. Jangan lupa pilih kuah banjir, lebih padu!
Selain roti canai, nasi lemak juga merupakan antara menu terlaris di warung ini. Saiz hidangannya besar dan sambalnya memang sedap.
Alamat: Jalan Lembing, Taman Sri Tebrau, 80050 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7 – 11 am
Di Jalan Lembing, warung Tahir Roti Canai atau Roti Canai Jalan Lembing 1 ini memang kerap diserbu pelanggan.
Jika anda sukakan roti canai yang garing, inilah warung roti canai yang cocok dengan citarasa anda.
Selain roti canai, menu sarapan lain seperti nasi lemak, lontong dan mi goreng turut disajikan di sini.
Alamat: 22, Jalan Pingai, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 3 pm dan ditutup Rabu atau Khamis
Restoran Mamak memang menyajikan roti canai yang tersedap, dan salah satu restoran Mamak yang wajib anda kunjungi ialah Md Salleh Restoran.
Restoran ini menyajikan roti canai yang rangup. Kuahnya juga pekat dan tidak terlampau pedas, secukup rasa!
Alamat: Kampung Pasir, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin dan Selasa, 6.30 am – 12 pm
Masih ada ke roti canai yang berharga 50 sen, terutamanya pada zaman sekarang? Semestinya ya!
Anda boleh dapatkan roti canai tersebut di Roti Canai 50 Sen Cik Madi. Roti canainya rangup dan saiznya juga agak besar, sangat berbaloi.
Selain roti canai, restoran ini turut menyajikan murtabak yang harganya serendah RM2.
Alamat: 34, Jalan Ros Merah 2/13, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7 am – 10 am
Jika anda menetap sekitar Johor Jaya, pasti nama Restoran Selera Selatan ini sudah tidak asing lagi bagi anda. Ini merupakan antara lokasi sarapan pagi yang popular sekitar situ.
Semestinya menu sarapan yang laku keras di restoran ini ialah roti canai. Roti canai ini digemari disebabkan oleh rasa dan rupanya yang persis roti canai yang terdahulu.
Ianya nipis dan rangup, namun masih mengenyangkan. Kuah dhalnya pula memang secukup rasa,
Alamat: 6, Jalan Durian, Kampung Pasir, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 12 pm
Roti Canai Kampung Pasir ini merupakan antara warung roti canai yang tertua di Johor, memang legend!
Roti canai di sini disajikan dengan kuah kari daging yang sangat digemari pelanggan tetapnya.
Selain roti canai, hidangan sarapan lain seperti nasi lemak sambal sotong turut disajikan di sini, anda wajib cuba.
Sudah jumpa port roti canai di Johor yang ingin anda lawati? Semua restoran dan gerai yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!